Khamis, 3 September 2009

Bertandang ke Bukit Segambut


Ramadan memang bulan berkat dan rahmat.Hubungan kita dengan Allah pun semakin dekat.Ukhuwwah yang dijalin semakin akrab dan erat. Disana sini berbagai majlis dan program sedekah dan jamuan berbuka dianjurkan oleh orang perseorangan dan organisasi tertentu.

Dua hari yang lalu wak mendapat undangan untuk ke Majlis berbuka bersama dengan para Qiadah Gerakan Dakwah dan pemimpin politik dirumah salah seorang mantan TPM di Bukit Segambut.

Ramai sahabat dan kenalan yang Wak jumpa dan masing-masing begitu ceria dan gembira.
Ramai kalangan pimpinan dan segala mantan-mantan hadir menyahut undangan.
Walaupun pada mulanya agak sukar menjejak lokasi kediaman, tetapi akhirnya semua dapat sampai juga walaupun ramai yang tersesat dan terbabas. Wak sendiri pun terpaksa melalui perjalanan yang penuh makna kerana terpaksa melalui siri pengembaraan dan latihan kerohanian diri yang mencabar.

Selepas berbuka dan solat tarawih, satu majlis pengisian ilmu telah disampai oleh tuan rumah dan Dr Mohd Nor Manuti.Sebelum itu satu Tazkirah telah disampaikan oleh seorang Mantan Presiden ABIM.Banyak pengalaman dan ilmu yang Wak dapat dalam program tersebut. Prof Dr Razali Nawawi memberikan tazkirah yang sangat bernilai.Beliau seorang ilmuan dan pendakwah gigih yang disegani.Walaupun matanya buta tetapi pandangan hati dan nuraninya sangat cerah dan memancar sinar ilmu dan hikmah.

Kisah yang dikongsikan ialah berkaitan kisah perjuangan dakwah yang dibawa oleh Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Muhammad bersama pengikut masing-masing.Malangnya Wak bukanlah seorang tukang catat yang baik.Banyak perkara menarik hasil pemerhatian beliau dalam tafsir Al Quran.Menurut rakan Wak, kandungan bicara tazkirahnya itu ada disampaikan dalam halakah bulanan dirumahnya tetapi sering bersambung dan ada sub plot. Jadi kuliahnya malam itu adalah rumusan dari analisis beliau tentang perjuangan dakwah Rasul.

2 ulasan:

  1. ana kecewa buat keputusan yang silap , hari itu. Moga Allah beri peluang yang lain nati

    BalasPadam
  2. Buat keputusan yang silap lebih baik dari tak buat keputusan langsung.Angggaplah ia sebagai yuran pembelajaran untuk lebih berhati-hati.

    BalasPadam