Selasa, 15 November 2011

Bengkel Turn On Your Intuition




Askm wrt wbt,

Saya ingin mengajak rakan-rakan dan semua pengunjung sekelian untuk menghadiri BENGKEL TURN ON YOUR INTUITION yang dikendalikan oleh seorang pakar dalam Terapi spiritual Aura Shifa Us Rachmat Setiawan.

Terapi ini diperkenalkan untuk membantu orang-orang yang terlibat dalam usaha membantu orang lain dengan satu pendekatan baru yang lebih santai, mesra dan yang penting ia adalah paduan antara teknik NLP ( barat ) dan Al Quran ( Islami ).

Anda yang menghadapi masalah kecelaruan spiritual, gangguan jiwa, makhluk halus dan sebagainya patut hadir kerana pendekatannya yang lebih mesra dan tidak menyakitkan pesakit.


Tempat sangat terhad dan cepat daftarkan diri anda. Diskaun akan diberikan kepada yang mendaftar 3 orang. Sijil akan diberikan kepada peserta bengkel.

Maklumat lanjut : 019 333 9871 - Us Zawawi

Selasa, 8 November 2011

Ini Baru Pisau Sembelihan

Tahun ini wak diminta oleh Panitia Masjid untuk membantu menyembelih lembu untuk Program Ibadah Korban.Tahun lalu wak diminta menyembelih dua ekor lembu tetapi pisau yang wak gunakan memerlukan tenaga dan kudrat untuk memastikan sembelihan berada dalam keadaan sempurna.

Wak teringat kepada pisau yang digunakan oleh guru wak tahun lalu..Wak ingat pisau dapur untuk kupas bawang sebab rupanya cuma biasa-biasa saja tetapi tajamnya luar biasa. Wak cuba tanyakan Paman Google dimana nak dapatkan pisau tersebut. Menurut maklumat yang diberikan pisau tu harganya sekitar Rm150-rm250 .Akhirnya Wak dapatkan satu pisau jenama VICTORINOX buatan SWISS. Ternyata hasilnya memuaskan.Ianya lebih ringan dan sangat tajam. selapas empat kali sembelihan, ianya masih belum perlu diasah lagi. Tetapi sayang, ia tidak didatangkan dengan sarungnya sekali.Takut disalah guna.Bahaya Pisau Telanjang!

Lembu Korban, Peniaga Jangan Korbankan Pengguna

Masih berkisah tentang Program Ibadah Korban. Oleh kerana permintaan lembu korban tahun ni semakin meningkat, harganya juga turut meningkat. Harga lembu melonjak ketahap yang tidak munasabah.Jika seekor lembu berharga Rm3500 dengan kadar daging 80kg bermakna harga sekilo ialah RM43.70. Mahalnya!

Namun bagi memenuhi tuntutan ibadah korban, pelaksanaannya adalah menurut kadar kemampuan masing-masing. dengan harga sekitar Rm2500 seekor ada lembu yang berat dagingnya hanya sekitar 35kg sahaja. Dalam usaha melaksanakan ibadah korban ini eloklah jika pihak peniaga tidak meletakkan harga yang keterlaluan kerana setiap orang ada peranan masing-masing dalam menjayakan pelaksanaan program Ibadah Korban.
Keberkatan rezeki yang kita perolehi adalah penting selain ianya halal.Justeru itu, janganlah mengikut hawa nafsu dan tamak haloba dengan mengaut keuntungan dunia yang sedikit ini dengan berlakunya unsur gharar ( tipudaya dan muslihat ) dalam urusan jual beli.


Ada yang membuat beberapa helah untuk meningkatkan kadar keuntungan mereka. Biasanya mereka memberikan lembu makanan yang kurang berkhasiat dan berzat selepas akad jual beli dilaksanakan. Kesannya berat lembut merosot dan kelihatan sangat tertekan.Mungkin kerana kurang makan atau diberi makanan yang kurang baik. Wallah A'lam.

Isnin, 7 November 2011

kemeriahan Aidil Adha, Ringkas tapi Signifikan

"Kenapa perlu korbankan haiwan untuk dipersembahkan kepada Tuhan? Ini seperti amalan agama kuno tinggalan nenek moyang kita dulu.". Ungkapan ini menarik untuk kita fahami dengan pencerahan ilmu yang benar dan bukan kepada tanggapan umum semata-mata.

Haiwan korban yang kita sembelih pada Hari Raya Aidil Adha dan Hari Tasyrik itu adalah sebagai satu amalan kepatuhan kita kepada perintah Allah seperti mana yang telah dilakukan oleh Nabi Ismail Alaihi Salam. Keyakinan dan ketaatan kepada perintah Allah ini merupakan satu tahap keimanan yang sangat tinggi bagi seorang hamba kepada Maha Pencipta iaitu Allah SWT.

Sembelihan haiwan korban bukanlah satu persembahan istimewa untuk dewa atau Tuhan seperti amalan agama-agama lain tetapi ia lebih kepada mengangkat syiar agama Islam yang sangat penting dan signifikan kepada semua umat Islam. Pada hari raya korban ini, para fakir miskin dapat merasai kasih sayang dikaya dan dermawan yang sedia memberikan sebahagian hartanya untuk dinikmati oleh saudara-saudaranya yang lain.

Tahun ini masjid diKariah saya seperti biasa menganjurkan Program Ibadah Korban. Tujuannya untuk menjadikan sambutan ibadah korban ini menjadi satu kemestian dan budaya murni yang mesti disemarakkan. Alhamdulillah saban tahun program ini mendapat sambutan dari seluruh warga kariah. Bagi yang mampu mereka akan mengorbankan seekor lembu dan bagi yang kurang berkemampuan akan berkongsi bahagian dengan rakan-rakan dan kaum keluarga untuk membeli haiwan korban.

Ternyata umat semakin ramai dan daging korban yang disediakan masih belum dapat menampung jumlah penduduk yang semakin pesat dan bertambah. Tahun ini hanya 12 kor lembu berjaya dikorbankan. Setiap bungkusan seberat 600gram diagihkan kepada 400 orang penduduk fakir miskin yang dipilih. Namun begitu kehadiran saudara-saudara seagama dari Bangladesh, Pakistan, India dan Kampuchea@Cambodia turut menambahkan lagi kemeriahan suasana. Kami tidak dapat memberikan agihan daging korban kerana jumlah yang terbatas tetapi kami menyediakan sup tulang yang sangat lazat untuk dinikmati oleh setiap pengunjung yang datang.

Namun begitu ketika mereka menadah tangan dan membuka mulut meminta agihan daging korban kami terpaksa katakan TIADA dengan berat hati dan ribuan kemaafan kerana jumlah yang terhad. Namun begitu kemeriah nsambutan tetap dapat dirasakan. Walaupun ia ringkas tapi tetap siignifikan.

Jumaat, 3 Jun 2011

Kelab Taat Suami?

http://malaysiakini.com/news/165972

Semasa wak sedang menghadiri majlis kenduri kahwin di sebuah kampung di Kuala Terengganu, wak dihubungi oleh seorang wartawan.Katanya dari Malaysiakini. Dia perkenalkan dirinya sebagai Jimadie.Wak kenal dia. Tapi kenal-kanal gitu ajelah.

Dia minta komen sikit tentang isu penubuhan Kelab Taat suami yang akan dilancarkan esok. Agak susah juga nak beri pandangan kerana wak pun tak tau tujuan kelab itu ditubuhkan.Sebenarnya antara tanggungjawab seorang isteri ialah patuh kepada suaminya selagi ia tidak bertentang dengan hukum Allah. Dalam perbualan ringkas itu, wak cuma katakan kelab seperti itu rasanya tidak perlu lagi. Mungkin kepada orang yang berbagi suami kelab seperti itu diperlukan. Dikelab tersebut mereka boleh berkongsi pengalaman dan petua dalam berumahtangga.

Jadi wak rasa nama kelab seperti itu boleh memberi persepsi yang tidak baik kepada orang bukan Islam.Mungkin ada yang akan tertanya-tanya kenapa pulak perlu sebuah kelab taat suami? Namun begitu ia adalah sebuah idea kreatif.Anda bagaimana?

Selasa, 17 Mei 2011

40 Tahun ABIM Di Persada Dakwah



Hari ini 14 Mei 2011 - ABIM mengukir sejarah baru apabila berjaya menghimpunkan semula ramai bekas pimpinan dan aktivis dakwah dalam satu program Pengkisahan sejarah ABIM.

Panelis yang membicarakan 40 tahun ABIM dipersada dakwah ialah Prof Dr Razali Nawawi,Presiden ABIM pertama, Dr Siddiq Fadhil, Presiden ke tiga dan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden kedua.

Lebih seribu orang hadir untuk mengikuti siri bicara ilmu dan pengalaman dari insan penting yang telah memulakan gerakan dakwah dan membentuk fenomena baru dalam perubahan lanskap dunia Islam di Malaysia.

Ramai pimpinan dan aktivis dari seluruh negara hadir untuk bersama meraikan kejayaan mengangkat Islam sebagai satu cara hidup " Islam is The Way Of Life".

"Masa ana mengajar di fakulti pengajian Islam UKM, pelajar-pelajarnya masih tidak memakai tudung!Kata us Prof Dr Razali.ana ada minta beberap orang helwa untuk mereka bentuk tudung yang sempurna dan menepati kehendak syariat."Tambahnya lagi.

Kali ini wak diberi penghormatan oleh pihak penganjur untuk memimpin bacaan doa pembuka majlis. Sebenarnya wak masih kurang sihat kerana baru lepas cabut gigi geraham. Selepas beberapa hari badan wak memang terasa sengal dan bisa-bisa. Rasa nak baring atas katil aje.

Durian Bukan Kegemaran syeikh Az Zuhaily





"Orang Arab Syiria memang sukakan makanan yang manis. Mereka tidak suka kepada makanan yang pedas" kata DSAI. Nampaknya dia begitu memahami budaya Arab Syiria." Dia tak makan mee goreng ni.Ana rasa pedas. Kalau ada buatkan roti sandwich dengan kaya atau telur" ujarnya lagi kepada pelayan yang datang menuangkan air teh.

Semasa dalam perjalanan Us Naim pernah bertanya kepada Syeikh? Tuan pernah makan durian? Jawab Syiekh : " pernah". "Tapi aku tak begitu suka kerana baunya yang kurang enak".

Seminar Maqasid Syariah : Pencerahan Islamphobia




Syiekh Wahbah telah dijemput menjadi panelis khas dalam Seminar Maqasid Syariah. Program tersebut diadakan di sebuah hotel berhampiran masjid al Azim, Melaka. Dewan penuh sesak dengan pengunjung termasuk dari kalangan bukan Islam.Mungkin kerana kehadiran DSAI, ramai orang datang dari jauh dan dekat. wak rasa forum seperti ini adalah medan terbaik untuk menerangkan tentang Islam kepada bukan Islam.

Melalui kalum balas yang wak baca dan dengar wacana ilmu seperti ini memang patut dijadikan sebagai wahana untuk membangun minda dan akal budi umat.Justeru, program ilmu seperti ini dapat mengurangkan prejudis dan buruk sangka non muslim terhadap umat Islam, sekaligus dapat menangani isu Islampobia.

Tugas penterjemah kali ini Wak serahkan semula kepada rakan Wak yang telah tiba sebelum program bermula.Lega rasanya.Memang mencabar jadi penterjemah spontan ni..

Prof Dr Wahbah : Peruntukkan 8 jam sehari menulis Kitab




selepas Wak selesai tugas sebagai penterjemah di Yayasan Selangor, Wak diminta oleh pihak penganjur untuk terus menemani Syiekh Wahbah ke UKM untuk bertemu dengan para pensyarah dan pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Semasa dalam perjalanan, banyak perkara yang kami bualkan. Wak menggunakan kesempatan masa yang terbatas untuk bertanya beberapa soalan berkaitan politik,hudud - fitnah qazaf , pendidikan,syariah bahkan hingga ke soalan peribadi.

Antara perkara yang Wak tanyakan ialah pandangannya terhadap isu revolusi di rantau Arab. Beliau menyokong apa yang dilakukan oleh rakyat kerana mereka telah dizalimi, ditindas dan dinafikan hak mereka sekian lama.

Wak juga bertanya tentang pengalamannya menghasilkan mahakaryanya itu. Beliau menjelaskan bahawa kedua-dua kitab tersebut disiapkan dalam tempoh lima tahun.Ketika itu beliau bertugas di Emirates. Anak dan isterinya di tinggalkan di Syiria. Beliau menghabiskan masa sehari 8 jam untuk menulis dengan tangannya sendiri.Kadang-kadang hingga 16 jam sehari jika ada kelapangan.

Wah, sungguh luar biasa sekali. Komitmen yang sungguh luar bisa.Hasilnya pun luar biasa! Anda bagaimana?

Prof Dr Wahbah Az Zuhaily : Sarjana Unggulan Ummat



Seumur hidup, Wak memang tidak pernah terlintas dalam fikiran dapat berdamping dengan seorang ulama' besar dan muktabar : Prof Dr Wahbah Az Zuhaily. Beliau pernah menimbulkan satu fenomena ilmu yang luar biasa ketika lahirnya kitab Tafsir Al Munir dan Kitab Feqh Islami Wa Adillatuh. Wak sendiri membeli kedua-dua koleksi besar tersebut ketika ia mula-mula diterbitkan pada awal 90-an.

Mulanya apabila wak dihubungi oleh teman Wak untuk menjadi penggantinya sebagai penterjemah kepada Syeikh Al Zuhaili, Wak rasa agak teruja tapi juga rasa keberatan. Maklumlah wak sendiri pun bukan bagus sangat penguasaan Bahasa Arab. Lagi pun dah lama Wak tinggalkan Bahasa Arab ni sejak Wak menggantung pena sebagai guru Bahasa 6 tahun yang lalu.

Dengan berbekalkan semangat menimba ilmu 'kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya' wak bulatkan tekad untuk bermulazamah dengan Syiekh kerana ini adalah peluang seumur hidup yang mungkin hanya sekali.

Isnin, 9 Mei 2011

Rasuah : Sejauh Masyarakat kita Faham dan Sedar


Assalamualaikum wrt wbt

Memang lama sungguh wak tak menulis. Kebetulan banyak program yang perlu dihadiri dan dikendalikan. Tenaga kerja pulak terhad. Masa yang ada tetap sama. 24 jam juga.TApi kalau dapat 28 jam pun belum tentu kerja akan beres! Banyak urusan kena buat sendiri.

Kali ini wak nak kongsi pengalaman wak ketika mengendalikan program bersama pelbagai jenis manusia. Tajuk yang wak sentuh ialah berkenaan dengan amanah dan integriti. Ketika wak tanya :

"apa pandangan mereka terhadap kakitangan yang diberikan tugas untuk membeli barang keperluan pejabat@ organisasi tempat mereka bekerja kemudian dia menaikkan harga belian@ 'mark up' sedikit harga. Apa pandangan anda?

Sebahagian peserta menjawab : Tidak boleh kerana kami telah diberi gaji untuk menjalankan kerja tersebut. sebahagian lagi menjawab : Boleh dengan pelbagai alasan yang diberikan. antaranya, Boleh, jika dengan persetujuan majikan@bos, boleh, jika mark up sikit untuk kos pengurusan, boleh jika tidak berlebihan dan ada juga yang menjawab : Cari duit lebih!

Apabila diajukan beberapa data dari laporan Audit negara berkenaan dengan salah urus tadbir setiap tahun, mereka akhirnya sedar dan setuju. Apa yang mereka buat itu adalah perbuatan yang tidak baik@ haram hukumnya!Dalam bahasa mudah mereka terjebak dengan rasuah!

Wak tak heran jika hari ini kita disajikan oleh media dengan pelbagai cerita salah laku rasuah oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Mereka mungkin telah 'diasuh' oleh pemimpin atasan mereka2 orang politik yang beranggapan perkara itu adalah normal dan biasa. Mereka kata :"kalau aku tak sapu, nanti orang lain yang sapu"! dalam UMNO ia dipanggil 'politik wang'.Jika ada kes begitu, biasanya akan diselesaikan diperingkat dalaman sahaja. dengan bahasa yang lebih lunak ia bisanya dianggap kesalahan kecil sahaja.Beberapa hari kemudian ia akan dilupakan.


Jadi sebelum ia menjadi barah yang parah marilah kita sama-sama mendidik umat supaya sedar tentang bahaya penyakit RASUAH! Amaran dari Ar Rasul SAW : pemberi dan penerima sama2 ke neraka!

Wak Juragan - dah taubat..