Selasa, 8 November 2011

Lembu Korban, Peniaga Jangan Korbankan Pengguna

Masih berkisah tentang Program Ibadah Korban. Oleh kerana permintaan lembu korban tahun ni semakin meningkat, harganya juga turut meningkat. Harga lembu melonjak ketahap yang tidak munasabah.Jika seekor lembu berharga Rm3500 dengan kadar daging 80kg bermakna harga sekilo ialah RM43.70. Mahalnya!

Namun bagi memenuhi tuntutan ibadah korban, pelaksanaannya adalah menurut kadar kemampuan masing-masing. dengan harga sekitar Rm2500 seekor ada lembu yang berat dagingnya hanya sekitar 35kg sahaja. Dalam usaha melaksanakan ibadah korban ini eloklah jika pihak peniaga tidak meletakkan harga yang keterlaluan kerana setiap orang ada peranan masing-masing dalam menjayakan pelaksanaan program Ibadah Korban.
Keberkatan rezeki yang kita perolehi adalah penting selain ianya halal.Justeru itu, janganlah mengikut hawa nafsu dan tamak haloba dengan mengaut keuntungan dunia yang sedikit ini dengan berlakunya unsur gharar ( tipudaya dan muslihat ) dalam urusan jual beli.


Ada yang membuat beberapa helah untuk meningkatkan kadar keuntungan mereka. Biasanya mereka memberikan lembu makanan yang kurang berkhasiat dan berzat selepas akad jual beli dilaksanakan. Kesannya berat lembut merosot dan kelihatan sangat tertekan.Mungkin kerana kurang makan atau diberi makanan yang kurang baik. Wallah A'lam.

1 ulasan:

  1. Beli lembu kat salah tempat kot............jarang lembu mencecah RM 3500....saya sendiri kalau menjual lembu qurban anggaran hidup 250-350KG harga RM 2500 dgn mendapat yield 50%.....secara kasar minima daging dapat 70-140KG keatas.Klu daging dapat 35KG tu tahap pelik.......maknanya lembu tu berat hidup 70KG (teramat kecik........yang amat)..byk faktor, pelapah tak pandai, penyembelih tak berapa reti, penumbang gagal, ajk belian tak pandai dll............

    BalasPadam