Sabtu, 26 Disember 2009

Pertemuan Al Qaradawi Sr. dengan Qaradawi Jr.

Baru-baru ini Pihak JAKIM telah memilih prof. Dr Yusof Al Qaradawi sebagai Tokoh Ma’al Hijrah 1431H. Beliau telah memenerima anugerah tersebut di Putrajaya dalam satu majlis yang dihadiri ramai tetamu jemputan.

Selepas selesai masjlis tersebut, belaiu telah dijemput oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyampaikan pidato khas di Masjid Negeri Selangor pada 19 Disember 2009.Wak hadir dalam majlis tersebut bersama anak dan isteri.Maklumlah nak meraikan dan mendengar tuturan kalam mutiara dari Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia.



Dianggarkan kira-kira 4-5 ribu orang hadir memenuhi ruang dewan solat. Wak tak sempat nak berada disaf depan kerana agak lewat sampai.Orang ramai menunggu ketibaan Syeikh seawal jam 6.00 petang. Nasib baik ada 2 skrin yang disediakan oleh pihak penganjur.Jadi Wak duduk mengadap skrin.Lebih jelas dan lebih selesa.

Anak Wak yang bernama namanya Wak beri sempena nama belaiu begitu teruja sekali.Malangnya orang terlalu ramai dan tidak ada ruang untuk bertemu dengan Syeikh dengan lebih dekat.


Alhamdulillah, esok petangnya, Wak dapat jemputan untuk pertemuan khas dengan Syeikh dalam satu Majlis ringkas bersamanya. Wak ditugaskan sebagai penterjemah bicara Syiekh Yusof. Wak bawa sekali dia untuk diperkenalkan dengan Syiekh Yusof Al Qaradawi. Selepas selesai Majlis isteri Wak bawa dia bertemu dengan Syiekh untuk diperkenalkan dan didoakan.Semoga Qaradawi Jr. akan menjadi seorang insan terhebat, sehebat namanya dipersada dunia.

Rabu, 2 Disember 2009

Menangani HIV AIDS -lambakkan kondom?

Sempena Hari AIDS sedunia ini Wak nak mengajak kepada semua orang agar lebih prihatin dan serius dengan penyakit yang berbahaya ini.

Bencana atau penyakit adalah satu putaran sunnatullah yang berlaku dalam kejadian dan pergerakan alam. Penyakit ini agak berbeza dengan penyakit yang lain.Ia biasanya memberi gambaran buruk dan negatif kepada pembawa virus ini, tidak seperti kanser dan penyakit yang lain.Puncanya ialah kerana virus ini biasanya dibawa oleh orang yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti berzina,melanggan pelacur,homoseks dan suntikan jarum penagih dadah.

Beberapa minggu yang lalu Wak berpeluang untuk mengikuti satu program Menangani gejala sosial anjuran AADK dan JAKIM.Kami dibawa melawat ke beberapa lokasi panas seperti pusat pelacuran di lorong Hj Taib, Kawasan Mat rempit di TAsik Permaisuri, Kelab MSM aka homoseksual di Sentul dan banyak lagi.

Wak diberi tugasan untuk menziarahi Kelab MSM.Apa itu MSM? MSM ialah Man Sex With Man.Kenapa panggilan Homoseks perlu diberi jenama baru.Adakah mereka cuba untuk memberi wajah baik dan bersih kepada amalan buruk dan merosakkan itu?

Bersama Wak ialah 8 orang lain dari pelbagai NGO's.Misi kami hanyalah untuk mencari maklumat dan cerita benar dari mulut sipelaku itu sendiri.

Pada mulanya mereka agak keberatan menerima kunjungan kami.Mereka agak takut-takut dan gementar kerana takut kami akan menangkap mereka.Selepas beberapa minit berbual, keadaan menjadi semakin tenang dan harmoni.

Mereka mula bercakap dan bercerita tentang kehidupan songsang mereka dengan lebih terbuka dan berani.

Kebanyakannya adalah anak-anak muda Melayu yang bertubuh sasa dan kita sendiri tidak akan menyangka mereka mengamalkan gaya hidup yang memualkan itu.

Mereka memang melakukan amalan homoseks sesama teman istimewa mereka tanpa rasa berdosa dan rasa bersalah. Amalan homoseks mungkin tidak menimbulkan masalah seperti zina kerana tidak ada hasil jelas selepas hubungan intim mereka.

dari pemerhatian Wak, mereka nampaknya memang tidak peduli dengan hukum hakam agama.Mungkin kerana kejahilan atau nafsu sudah beraja dimata.Wak tidak mengajukan soalan berkaitan hukum kerana tidak mahu mematikan mood mereka bercerita.

Cerita mereka semakin rancak dengan masing-masing menceritakan pengalaman peribadi mereka bersama dengan teman lelaki mereka.Hati Wak rasa geram dan panas sekali.Bukan kerana terangsang, tetapi sedih dengan nasib anak bangsa wak sendiri.

Apakah kisah benar dari sejarah kaum Nabi Lut masih tidak cukup kuat untuk menyedarkan dan menginsafkan mereka? Apakah ancaman dan khabar buruk yang dibawa dalam Al Quran dan kitab suci mereka terhadap perbuatan mereka tidak lagi menakutkan hati mereka?

Bagi mereka hubungan liwat adalah hak peribadi dan tidak melanggar mana-mana peraturan agama dan undang-undang dunia.Apabila mereka teringin, terus buat! Kadang-kadang kondom percuma yang diedarkan oleh pihak kerajaan melalui NGO tertentu langsung tidak digunakan.

Jadi ,pada pandangan anda, perlu ke dana awam @hasil dari pembayar cukai digunakan untuk membeli kondom dan diberikan percuma kepada mereka ini? Kemudian lebih bayak kos diperlukan untuk merawat dan mengurus kehidupan mereka.

wahai anak-anak dan adik-adik Wak semua....kembalilah kepada gaya hidup beragama...Kembalilah kepada Tuhan..,rasakan kebesaran dan keagungan Allah dalam diri dan kehidupan anda..AIDS - Angkara Iblis Dan Syaitan.

Isnin, 30 November 2009

Ukhuwah Tanda Peduli Ummat

Ukhuwwah yang sebenar ialah seumpama jasad manusia.Bila ada anggota badan yang sakit makan anggota badan yang lain pun akan turut sama merasai kesakitannya.Kadang-kadang kerana jari tertusuk duri ikan sahaja menyebabkan kita sudah hilang tumpuan.Bagaimana kalau ada hati yang tertusuk sembilu kata.Pasti sakit pedihnya terasa hingga ke uluhati.

Apabila ada saudara kita atau sahabat kita yang berada dalam keadaan yang 'sakit' atau ditimpa musibah seperti bencana alam, penyakit, kemalangan dan sebagainya, kita akan cepat-cepat bertanyakan khabar dan menawarkan apa jua bantuan yang boleh diberikan. Inilah sikap dan amalan yang telah diajarkan oleh baginda Ar Rasul SAW kepada para sahabat dan umatnya.

Kita harus mencontohi sikap kaum Ansar dan Muhajirin yang bersaudara dan berukhuwwah kerana Allah dan Rasulnya. Segala tindakan dan tuturkata yang diungkapkan adalah kerana hendak mendapatkan redha Allah dan Rasulnya.

Mungkin kerana kesibukan kita mengurus diri dan keluarga menyebabkan kita tidak punya masa untuk bertanya khabar dan bertemu dengan sahabat dan rakan yang sebok dimedan dakwah.Mereka juga perlu mengurusi keperluan diri mereka dan keluarga mereka.
Apabila mereka keletihan dan kepenatan kerana berada dimedan barisan depan maka sahabat yang lain harus bersedia menjadi penampan dan bersedia mengambil tempat.

Ramai dikalangan sahabat-sahabat Wak sendiri yang menangguhkan kehendak peribadi untuk menyambung pelajaran kerana hendak memberi laluan kepada sahabat yang lain memburu impian.Biarlah mereka bertebaran dimuka bumi mencari ilmu kerana akan tiba dan masanya burung akan kembali kesarang.

Namun begitu ada juga segelintir yang menjadi asap lalu menjadi wap dan lenyap. Mereka lebih selesa mengambil jalan selamat dan jauh dari onak berduri perjuangan menegak kebenaran dan keadilan.

Wak sering berfikir sendirian selepas penat bekerja membanting tulang seharian.Siapa lagi yang harus peduli dengan nasib ummat ini? Wak teringat getaran suara Ar Rasul saat hampir diakhir perjalanan hayatnya..Ummati...ummati...ummati...Rasanya seperti masing terngiang-ngiang kedengaran dicuping telinga ini..

Saat Mendebarkan Si Penyembelih Lembu



Pengalaman pertama adalah saat yang sangat mengujakan. Sebelum melalui saat-saat yang dinantikan, perasaan pasti menjadi serba tidak kena. Bermacam-macam bayangan dan lintasan fantasi yang bersarang diminda.semua orang pasti melalui dan merasai situasi begini.Kalau orang lelaki mungkin ketika nak 'masuk jawi'aka sunat aka khatan manakala orang perempuan masa nak bersalin aka beranak.Mungkin ada yang melalui pengalaman yang lebih hebat dari peristiwa diatas..

Wak juga terpaksa melalui detik yang mendebarkan ini.Wak rasa memang dah bersedia disegi mental dan fizikal untuk menempuh saat yang dinantikan.Wak kena mulakan langkah pertama ini sebelum langkah yang beribu-ribu langkah.Wak dah nekad.Wak akan basahkan bumi ini dengan darah.Biar darah merah itu mengalir membasahi bumi sebagai tanda kejayaan dan kesyukuran.

Kali ini ada 5 ekor lembu yang akan dikorbankan.Semalam semasa Majlis anjuran Masjid An naim ada 6 ekor lembu, Wak tidak berkesempatan kerana sebok dengan tugas sebagai Ketua Agihan.Tugas Wak ialah mendaftarkan semua peserta dan petugas Majlis korban, seterusnya penerima-penerima yang terpilih dari kalangan fakir miskin, muallaf, ibu tunggal,rumah-rumah perlindungan dan kebajikan dan warga emas.



lembu pertama telah berjaya diselesaikan oleh Tuan Pengarah JBS Selangor, Tn Hj Makhruzi. Beliau memang dah biasa menyembelih.Mula-mula rasa cuak juga sebab teknik yang baru diperkenalkan oleh Us Sapuan agak ringkas dan mudah. Lembu yang dah dibaringkan cuma perlu diikat sebelah kaki dan ditarik kebelakang.Tiada kayu, tiada batang pisang, tiada kayu dicelah kelangkang dan tiada orang yang memegang.

Pisau yang wak beli tidak cukup asah dan tidak melepasi tahap yang memuaskan. Tapi disegi penampilan dan gaya nampak menyakinkan.Akhirnya ,wak pinjam pisau Us Sapuan yang berkilat buatan Jerman itu.Itu pun dia kata ketajamannya tinggal 60%.



Selepas wakalah dibacakan, takbir pun bergema.Wak letakkan pisau yang berkilat itu dileher dan dengan lafaz Bismillah Allah Akbar, Wak gerakkan mata pisau dari arah bawah dan keatas. Darah merah segar memancut keluar dengan begitu deras sekali.Apabila Us Sapuan memberikan arahan 'sudah',Wak pun angkat pisau.Nampaknya proses sembelihan Hanya beberapa saat sahaja dah selesai.Alhamdulillah.Akhirnya..


Penyembelih pelatih berikutnya ialah Us Muszaki dan diikuti dengan tn Hj Jamali.Tahun depan giliran anak-anak muda angkatan baru...Br.din dan Kam ..bersedia dengan pisau baru...Kalau beranilah...

Berkorban Tanda Syukur



Wak rasa belum terlambat untuk mengucapkan Salam Aidil Adha dan Selamat Menjalani Ibadah Korban kepada semua para muslimin dan muslimat semua. Teristimewa ucapan dan ingatan ini untuk para pengunjung setia walau dimana jua anda berada.

Tahun ini Wak diberikan amanah untuk mengelolakan program Ibadah Korban. Pada Hari pertama Wak berada dikampung isteri Wak di Kuala Terengganu.Wak sempat singgah diPasar Payang untuk mencari golok untuk menyembelih lembu korban.Mana tau nanti ada peluang untuk menyembelih.

Alhamdulillah sempat juga Wak beli sebilah golok yang Wak rasa cukup sesuai untuk menyembelih.Harganya pun berpatutan.Sarungnya dibuat dari kayu kemuning muda. warnanya putih dan dicampur dengan kayu getah.Silap haribulan, belum sempat kena dah putus! Wak berangan je.

Sebenarnya Wak tak mampu nak beli pisau penyembelih buatan Jerman yang dibuat dari karbon dan stailesstell.Menurut Us Sapuan Nayan, Pakar penyembelih dari JAIS, Hanya ada 3 negara yang keluarkan pisau jenis tu iaitu Jerman,Brazil dan China.Tetapi buatan China agak kurang menyerlah ketajamannya tetapi lebih murah harganya.

Pihak Veteriner kata pisau tu bagus tapi harganya sebilah Rm200.Menurut petua dari pakar penyembelih, untuk menguji ketajaman pisau, cuba letak dikuku.kalau ditarik melekat,memang cukup tajam untuk menyembelih.Kalau tidak,kenalah asah semula.

Wak sebenarnya belum pernah menyembelih lembu atau kambing.Dulu masa mula-mula menyembelih ayam, sekali tarik terus putus!Tapi sekarang semua ayam dah siap disembelih dan boleh siap potong 16 lagi.jadi tidak ramai orang yang tahu atau berani untuk menyembelih!

tapi wak dengar ada kemungkinan, penyembelihan terbuka akan tidak dibenarkan lagi pada masa akan datang kerana dikhuatiri jangkitan virus. Wak tak pasti dengan maklumat yang Wak dengar tu. harap pihak berkenaa dapat beri penjelasan dan alasan yang kukuh sebab Program Ibadah korban ini adalah amalan yang telah dilakukan sejak beratus tahun.

Semua umat Islam dimana-mana ceruk rantau dunia tetap mengadakan ibadah korban sebagai satu pernyataan rasa syukur kepada Allah dan keinsafan diri kepada fakir miskin dan insan yang lain.

Sekiranya setiap insan muslim yang mampu untuk menyumbangkan Rm350 untuk satu bahagian, bermakna akan lebih ramai lagi orang yang berpeluang untuk menerima dan merasai daging segar sekurang-kurangnya setahun sekali!

Jumaat, 20 November 2009

Debat Sarjana - Satu Aqidah




Malam tadi Wak dijemput menghadiri rancangan Al Kuliyyah Khas. Program yang sepatutnya disiarkan secara langsung dibatalkan disaat akhir dan hanya siaran rakaman sahaja.

Tajuknya mudah tetapi sangat memikat iaitu " SATU AQIDAH". Dewan Dewan Bahasa dan Pustaka penuh dengan pendengar. Wak kira majoritinya ialah peminat dan pengkagum kepada seorang sosok yang disebut-sebut oleh para penyokongnya sebagai Mujaddid@Tokoh Pembaharu.Wak faham kenapa ramai orang datang.Isu hangat dan panas di Selangor.

Panel yang beraksi didewan ialah tokoh ilmuan tersohor iaitu YBhg. Dr. Uthman El Muhammady, dari ISTAC, PM Dr Fauzi Deraman dari UM dan Dr Asri Zainal Abidin, mantan Mufti Perlis.Moderator Forum ialah Us Fauzi Mustafa.

Wak duduk dikerusi belakang kerana bahagian depan dah penuh.tetapi dibahagian belakang ramai muka-muka yang wak kenal.Wak sempat bersembang dengan ramai sahabat dan tetamu yang datang.Mantan Presiden ABIM, Sdr Yusri,Sdr Saiful Alwi dan ramai sahabat dari Yayasan Sofa juga turut kelihatan.Waratwan2 Karangkraf pun ramai.

Semasa sesi rakaman, semua panel melontarkan buah fikiran dan pendapat mereka dengan baik dan berhati-hati.Namun ada juga yang melontarkan pandangan yang panas dan sensitif namun nampaknya pengalaman moderator yang luas dan kecekapannya mengemudi perbincangan dapat meredakan suasana.

Selepas sesi rakaman selesai, pihak penganjur membuka sesi soal jawab.Beberapa peserta mengajukan soalan termasuklah Mantan MB Perlis, Dato' Shahidan dan Sdr Yusri.Dalam sesi jawapan balas nampaknya semua panel lebih bebas dan berani mengeluarkan warna sebenar diri mereka.

Melalui bilangan orang yang bertepuk tangan dan ketawa, wak rasa memang ramai peminat dan pengkagum Dr MAZA.Apa yang mengejutkan Wak ialah mereka ketawa beramai-ramai apabila ada sindiran dan lawak berkenaan amalan Mazhab Shafie yang disampaikan oleh panelis berkenaan.Bahkan ada seorang panel yang bila bersalam pun tak pandang muka dan sambil lewa sahaja! Ulama' kan model ikutan umat!

Bayangkan PM Dr Fauzi boleh menyindir orang Islam di Malaysia akan mengerjakan Haji lebih lama paling kurang 3 bulan kerana nak tunggu jemaah lain balik takut batal bila bersesak-sesak.!Gurauannya disambut dengan deraian ketawa dari para pengikutnya.Jelas dan terang.

Namun Us Usman dengan tenang dan hikmah sekali memberikan komentar yang tajam dan mengesankan." Malam ini saya merasa begitu sayu sekali. Sayu kerana apabila ulama' dan ilmuan besar ditertawakan. Siapa kita untuk mentertawakan mereka?Allah akbar.Kemudian dia dengan penuh tawadu' (membahasakan dirinya sebagai 'lebai tua') menceritakan tentang pengalamannya bersama dengan tokoh ilmuan dari serata dunia. Wak pun tak dapat nak merakam semua ceritanya.Menyesal wak tak rakam.

Khamis, 12 November 2009

Bila Amanah Menjadi Dagangan..

Wak dan kawan-kawan memang menyedari bahkan sangat menyedari tentang gejala sosial yang semakin gawat dan menggugat kedamaian umat. Saban hari Wak menerima banyak permohonan untuk menempatkan remaja perempuan yang mengandungkan anak hasil perzinaan.

Hari ini sahaja ada tiga permintaan untuk mendaftar masuk ke Rumah Perlindungan Wanita Darul Wardah. Tujuan asal rumah ini bukanlah untuk menampung Mak Buyong yang mengandung kerana berzina tetapi untuk membantu wanita yang menjadi mangsa dera, konflik agama dan keganasan rumah tangga. Tetapi nampaknya yang selalu datang menelefon adalah remaja-remaja dan belia-beliawanis sama ada yang masih belajar di IPT atau pun yang sudah bekerja.

Menyedari hal ini Wak cuba mengajukan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu mengatasi masalah dan fenomena ini. Wak dan kawan-kawan menyediakan tiga proposal khas untuk remaja.
1. Program Bahagia Menjadi Gadis ( BMG )
2. Remaja Nafas Baru ( RnB )
3. Aku Teruna Terhebat ( ATT )

Wak ajukan kertas tersebut kepada Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial diperingkat Negeri yang diketuai oleh YB Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan. Wak juga pernah dua kali menghadiri mesyuarat besar bersama pelbagai pihak termasuk PBT. Wak tahu pihak kerajaan memang serius untuk menggerakkan program menangani gejala sosial ini.

Selepas beberapa minggu menanti, akhirnya wak diberitahu bahawa program untuk menangani gejala sosial ini telah diserahkan kepada pihak lain. Melalui maklumat yang wak terima ada 5 syarikat perunding yang telah dilantik untuk menggerakkan program tersebut.Tidak ada NGO yang terlibat.alasannya bajet terhad.

Wak tak kisahlah kalau pihak Kerajaan Negeri tidak berminat untuk menerima pelawaan dan tawaran kami ( NGO) . Kami tahu bahawa kami bukanlah pemain utama atau panglima ternama dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Cuma sekadar rakyat marhaen yang ingin membantu. Tetapi wak mendapat maklumat bahawa pihak yang diberikan mandat untuk menggerakkan program tersebut adalah dari kalangan jawatankuasa atau suku sakat mereka sendiri. Wak harap maklumat ini tidak benar.

Wak tak kisahlah kalau orang lain yang melaksanakannya tapi bukan dari urusetia atau jawatankuasa yang merancang dan mereka juga yang melaksana. Lebih baik tak payah tubuh jawatankuasa dan tidak perlu mesyuarat yang meleret-leret. Kawan wak kata : “apa bezanya kerajaan dulu dengan sekarang? Nampak macam seghope aje…dengan nada sinis.

Kawan wak yang merasa tidak puas hati terus mengatakan bahawa, “perkara ini tidak adil! Demi kebenaran dan keadilan, kita mesti adu ke SPRM!” Wak sabarkan mereka kerana niat kita adalah untuk membantu mendidik dan memandu ummat dalam Bahtera Penyelamat. Kita bukan hendak berebut harta rampasan perang.Kita bukan kelompok pemanah yang lari dari posisi strategik semata-mata ingin mengaut harta ghanimah selepas tentera Islam mencapai kemenangan dalam Perang Uhud.

Wak serahkan kepada Allah kerana hanya Dialah yang Maha Mengetahui isi kebenarannya. Yang Benar tetap benar dan Yang batil tetap batil. Allah tetap bersama orang yang benar. Teruskan perjuangan …demi Allah, demi Islam.Sesungguhnya Amanah bukan barang dagangan...

Zina dan anak zina Bertaburan Tanda Kiamat Sudah Dekat

Wak banyak mengendalikan Program Pembangunan insan dan jati diri remaja khasnya di Negeri Selangor. Fokus sasaran kebanyakannya adalah kelompok awal remaja iaitu ber usia antara 12-15 tahun. Mereka datang dari kawasan bandar dan luar bandar .

Disamping mengendalikan program Wak cuba mendapatkan maklumat berkaitan gaya hidup diri remaja. Sambil berbual wak bertanya tentang beberapa perkara berkaitan dengan minat, hobi, dan bagaimana mereka menggunakan masa lapang. Soalan lain yang Wak tanyakan ialah sejauh mana pengetahuan mereka tentang cinta dan isu seksual.

Apa yang mengejutkan ialah terdapat remaja yang masih dibangku sekolah lagi ini mengaku bahawa telah beberapa kali mengadakan hubungan seks bebas ( baca : zina ) dengan teman wanita atau perempuan lain.

Berbagai istilah yang mereka gunakan untuk perempuan yang terlibat dengan amalan zina ini. Sekiranya mereka menjadi taruhan dalam aktiviti perlumbaan haram dipanggil CHIKARO. Kalau hanya sekadar suka-suka dipanggil PEREMPUAN BUNDLE, PEREMPUAN PAKAI BUANG dan sebagainya.

Wak agak terkedu bila membaca catatan pengakuan mereka. Gaya hidup mereka begitu jauh dengan gaya hidup sihat sebagai remaja muslim sejati. Kebanyakan terlibat dengan rokok dan arak. Ada juga yang menghidu gam dan dadah jenis ATS @ sintetik seperti ice, ectacy dll.

Aktiviti zina dikalangan remaja hari ini sebenarnya berada di dalam tahap yang berbahaya.remaja kita sudah masuk ke dalam perangkap yang berputar ganas. Kitaran inin bermula dengan gaya hidup bebas, rokok, arak, dadah , lumba haram, zina dan seterunya adalah kemusnahan diri mereka. Diri mereka akan merosak dan mereput dengan tingkahlaku dan tindakan mereka sendiri.

Setakat ini, Wak pernah mendenagr kes mengandung luar nikah semuda usia 9 tahun. Ia berlaku di Negeri Wak sendiri. Usia sembilan tahun ini adalah usia yang sangat muda dan masih dibangku darjah tiga! Apalah yang diketahui oleh budak sekolah semuda itu pada hari ini tentang alam rumahtangga!.

Apa yang lebih mengejutkan ialah si lelaki yang membuntingkannya itu bukanlah seorang lelaki dewasa! Ia hanyalah seorang budak lelaki berusia 12 tahun. Menurut sumber maklumat dari pihak sekolah tersebut, kejadian itu berlaku dibawah tangga sekolah! Wak yakin pihak sekolah tersebut telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

Memanglah suatu yang memalukan dan boleh menjatuhkan maruah keluarga dan nama baik sekolah. Tetapi virus yang mudah berjangkit ini boleh menjadi satu bencana besar jika tidak dibenteras lebih awal. Remaja perlu disedarkan tentang akibat buruk dan bahaya yang akan berlaku hasil tingkahlaku dan perbuatan mereka.

Didalam hadis menyatakan bahawa antara tanda-tanda kiamat ialah apabila anak-anak zina bertaburan dimuka bumi ini! Jangan terkejut hari ini, kalau anda menemui sekolah yang 40% pelajarnya ialah anak zina! Wak dah jumpa.Maknanya memang Kiamat sudah dekat?.

Mengemudi Bahtera Penyelamat


Baru-baru ini Wak berkesempatan untuk mengikuti satu program Wacana Ilmu di Kajang. Panel forum yang menjadi pembicaranya ialah Prof Madya Dr Abd Halim el Muhammadi dan Dato’ Hashim Yahya.


Topik perbincangan ialah Memperkukuhkan Faham Ahli Sunnah wal Jamaah ; Isu dan Cabaran. Dr Abd Halim menceritakan kajian tentang sejarah kemunculan Fahaman yang menggelarkan diri mereka sebagai Pembaharuan, Gerakan pemodenan, Muslim progresif dan sebagainya.

Dato’ Hashim Yahya pula menjurus terus kepada isu Dr Asri dan fahaman yang dibawanya. Berbagai fahaman yang lebih bersifat khilafiah cuba ditimbulkan kembali dalam masyarakat hingga timbul kekeliruan. Banyak amalan baik yang telah sebati dalam amalan hidup masyarakat Islam seperti bertahlil dan berzikir lepas solat dianggap bidaah yang menyesatkan dan boleh membawa ke neraka.

Bahkan ada ungkapan-ungkapan yang berbau ektrim seperti “ orang yang berzikir kuat dimasjid selepas solat seperti anjing yang melolong dimasjid!” Dan banyak lagi ungkapan-ungkapan yang bersifat menghina dan mempersendakan amalan-amalan mulia orang Melayu Islam yang dilabel sebagai sesat dan menyesatkan.

Keributan dan kekeliruan yang sengaja dibuat ini menyebabkan masyarakat menjadi terlalu sebok dengan perkara-perkara furu’ dan khilaf yang akhirnya boleh membawa kepada perpecahan dan pergaduhan dikalangan masyarakat. Ada ahli keluarga yang berpecah-belah kerana isu talkin dan tahlil. Ada anak yang mahu bertahlil dan ada yang menentangnya. Akhirnya keluarga jadi berantakan dan berpuak-puak. Ini bukan ajaran Islam! Maqasid syariah bukan untuk mengajak umat berpecah belah.

Kesibukan umat dalam menangani isu ini menyebabkan golongan muda terabai dan banyak masa terpaksa digunakan untuk meredakan keadaan ini. Berbagai seminar dan wacana terpaksa diatur untuk memberikan penjelasan dan penerangan. Berbagai buku terpaksa ditulis dan diterbitkan untuk memberikan maklumat dan ilmu kepada umat. Akhirnya kelompok muda yang dahagakan perhatian dan bimbingan orang dewasa terabai dan mereka lebih selesa dengan dunia mereka sendiri.

Wak sendiri, rasanya tidak banyak program yang melibatkan golongan remaja dan belia yang sempat dibuat untuk tahun ini. Walaupun ada pihak lain yang menganjurkan program remaja dan belia tetapi masih tidak dapat menampung jumlah remaja dan belia yang begitu ramai jumlahnya. Kalau diselangor, lebih dua juta penduduknya adalah dari kalangan bawah usia 40 tahun! Lebih separuh darinya adalah belia Melayu yang beragama Islam! Jadi persatuan Belia Islamnya pasti kena lebih aktif bergerak. Bergerak dalam erti kata mengemudi bahtera penyelamat. Persatuan Belia Islam mesti memegang kompas haluan bahtera kearah cara hidup Islam. Mereka mesti menjadi juragan. Mereka perlu menjadi Bahtera Penyelamat. Wak yang dah tua ini Cuma memberi ingatan..Wallahu a’lam

Jumaat, 30 Oktober 2009

Pengalaman DiJabal Aman

Pertama kali mendapat panggilan dari seorang pegawai keselamatan diJabal Aman agak mendebarkan walaupun kadang ada juga panggilan nakal dari kawan-kawan yang membuat intro perbualan mengaku dari Jabal Aman. Kadang bila Wak menghubungi kawan Wak, biasanya dia menyahut panggilan dengan gurauan - "Hallo, Balai Polis Gombak, ada apa yang saya boleh bantu".

Kali ini, panggilan betul-betul dari pegawai polis diJabal Aman sendiri.Ketika itu wak sedang mengikuti seminar mengani Gejala Sosial anjuran JAKIM dan AADK di Grand Continental Hotel.

Dulu masa Wak memimpin persatuan pelajar, Wak pun pernah dipanggil keBahagian Keselamatan diAbidin, Kaherah, Mesir. Prsosedur nak masuk memang ketat.Penuh dengan pegawai sekuriti yang pegang rifal.Masa tu Kami dipanggil bukan sebab ada kes apa-apa cuma sekadar nak bertaaruf je.Tapi rasa gementar juga. Maklumlah, macam-macam permandangan yang Wak nampak. Ramai penjenayah dan suspek yang ditutup mata keluar-masuk lokap.Ada yang berantai dan macam-macam lagi.

Oleh kerana Wak tak pernah masuk ke Jabal Aman, pengalaman pertama memang agak mencabar.Kawasan Parkir penuh sesak. Jam menunjukkan 11.45 pagi. wak dah terlewat 30 minit dari temujanji.

Akhirnya Wak dapat juga parkir yang paling jauh sekali dari pintu besar. Wak terpaksa berlari-lari anak kerana sudah terlewat. Di pintu keselamatan mereka tidak benarkan membawa masuk henpon.Jadi terpaksa tinggal dipintu masuk.Dalam keadaan tergesa-gesa itu wak telah tercicir resit serahan henpon.

Wak cuma sempat menghubungi Pegawai berkenaan tentang kehadiran Wak.Seorang pemandu akan menjemput Wak dipintu masuk.Wak cuba menghubungi kawan Wak yang akan bersama Wak tetapi tidak berjawab. Mungkin dia pun telah menyerahkan henponnya dipintu masuk yang lain.Akhirnya Wak tak dapat bertemu dengan 3 orang lagi kawan Wak. Wak hanya bertawakkal kepada ALlah.Semoga semuanya berjalan baik dan selamat.

Wak teruskan perjalanan bersama dengan Pengurus Darul Wardah untuk bertemu dengan Pegawai DSP dipejabatnya.Bila Wak sampai, semua orang telah sedia menunggu. Antara yang Wak kenal ialah En Isa dari Persatuan Peguam Syarie. Yang lain ialah Jurugambar dan Wartawan akhbar Sinar.Beberapa pegawai sedang duduk menunggu.Wak hanya mampu memohon maaf atas keterlewatan yang tidak disengajakan.

Kami terus diberikan arahan untuk memilih seorang untuk mewakili kami dalam kes aduan yang dibuat.Pegawai DSP itu mencadangkan seorang wanita kerana kes itu berkaitan dengan pertubuhan wanita.Kami setuju kerana Pengurus Darul Wardah mempunyai latarbelakang undang-undang yang baik dan petah bercakap.Wak difahamkan dia pun nak jadi lawyer juga.Sesuai sangatlah tu.

Sementara sesi 'memberi maklumat' diadakan dibilik yang lain, Wak bersembang dengan pegawai yang lain. Bermacam-macam topik dibualkan.Kami bersembang isu semasa dan isu dunia.dekat 90 minit jugalah. Perut yang mulanya lapar dah tak terasa lapar.Hampir pukul 2 baru majlis selesai. Majlis berjalan dengan baik dan harmoni.Harapannya agar tindakan segera akan diambil.Wak terus minta izin untuk beredar dan mereka terus berada dalam bilik mesyurat kerana ada perbincangan.Bersambung...

Selasa, 20 Oktober 2009

Ketagih Sembang diDunia Maya – Wabak Baru Yang berbahaya

Masyarakat Malaysia hari ini semakin celik ICT.Rata-rata orang muda hari ini tahu menggunakan internet. Mereka boleh melayari dunia luas tanpa sempadan. Mereka boleh melihat pelbagai rupa dan gelagat manusia seantero dunia. Rangkaian dan pengetahuan baru mereka semakin luas dan bertambah dengan begitu pantas dan begitu drastik sekali.

Mereka lebih selesa berhubung dengan surat elektronik ( e-mail ) kerana lebih pantas dan lebih canggih. Ketika Wak baru nak belajar cara nak menggunakan email, muncul satu lagi fenomena baru dalam dunia cyber iaitu Demam Diari Terbuka. Ketika itu muncul blog, frienster, My space dan sekarang ini sudah ada twitter, face book dan bermacam-macam lagi penganjur laman sembang yang muncul.

Bagi Wak kemunculan laman sembang ini adalah suatu penemuan baru yang positif tetapi jika disalah guna ia hanyalah penerusan budaya lepak disimpang-simpang jalan dan warong kopi. Mereka bebas bersembang tentang semua topik di warong sembang tanpa apa-apa sekatan dan halangan. Yang lebih hebat lagi mereka dapat bersembang dengan satu kelompok komuniti yang lebih besar dan lebih pelbagai tahap umur. Kanak-kanak menjadi begitu bermaklumat dan gemar menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual-bual dengan rakan dan teman maya mereka.

Bahkan orang-orang dewasa juga turut menjadi peserta laman-laman sembang dan tentunya topik bual bicara mereka lebih dewasa dan terbuka. Wak rasa kanak-kanak perlu dibimbing oleh orang dewasa. Guru-guru sekolah rendah yang mempunyai face book atau laman peribadi yang lain juga kena berhati-hati apabila ingin menjadikan anak-anak murid mereka sebagai pengikut mereka. Topik perbincangan mesti disesuaikan dengan tahap umur mereka. umpama Pisau yang tajam, memang senang untuk memotong daging yang liat tetapi jika berada ditangan anak kecil, ia menjadi begitu menakutkan kerana ia hanyalah seorang kanak-kanak kecil yang naif.

Tetapi dalam dunia bebas dan terbuka hari ini, mampukan manusia mengawal nafsu sendiri terhadap tarikan dan desakan naluri kebinatangan yang semakin buas dan rakus? Buktinya, ketika melawan syaitan dan iblis yang terikat dan dibelenggu dalam bulan Ramadan yang lalu pun ramai yang ketewasan. Apa lagi selepas mereka dibebaskan sekarang?

Selasa, 6 Oktober 2009

Lampu Merah Maknanya Jalan...terus ke Kubur




Semasa wak sedang memandu, tiba-tiba ada sebuah lori tanah yang dipandu laju terbabas lalu melanggar jambatan. Lori tersebut terus terjunam ke dalam parit. Paip air yang patah memancut keluar.Kaki pemandu lori tersepit dan tidak boleh bergerak.

orang ramai mula berkerumun melihat dan meninjau kejadian itu. Wak pun turut sama berhenti nak membantu. Tapi towing truck dan call man dan sampai dulu. Tak banyak perkara yang Wak mampu buat. Keadaan lalulintas semakin teruk.Kabel telefon berjuntaian merentang jalan raya.

Wak terpaksa beredar segera. Beberapa pengajaran penting Wak lalui pada hari itu :
1. memandu terlalu laju boleh membunuh.
2. Pastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat.
3. Lampu merah dilampu isyarat bermakna BERHENTI. Kalau berjalan juga..sendiri mau ingatlah...
4.Bacalah doa setiap kali sebelum naik kenderaan.
5. Tumpukan perhatian semasa memandu. Pastikan diri anda dalam keadaan sihat dan cergas. Kalau terlalau letih atau mengantuk, berhenti rehat.
Insya Allah selamat.

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT. IKUT HATI MATI.IKUT RASA BINASA.IKUT NAFSU LESU.

Lagi NGO Serah Bantahan Kenyataan SIS dan JAG



Shah Alam, 5 Okt 09 - Selepas berbincang dengan beberapa orang rakan dan sahabat keliling, Wak bersama mereka sepakat untuk menyerahkan Memorandum Bantahan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh SIS dan JAG. Memo tersebut akan dipanjangkan kepada pihak MAIS untuk perhatian dan tindakan lanjut.

Wak dimaklumkan oleh pejabat Pengerusi MAIS, Dato' Adzib baru semalam kematian ibunya dan mungkin tidak masuk pejabat untuk beberapa hari. Dato' Pengarah JAIS pula mesyuarat.Jadi kami serahkan Nota Bantahan tersebut kepada Us Ahmad Zaki Arshad, Ketua Pengarah Bahagian Dakwah JAIS.

Wak rasa, kita patut melakukan tindakan yang lebih proaktif. Masih ramai yang tidak faham dengan isu ini. satu bengkel atau seminar yang melibatkan pimpinan masjid dan institusi agama perlu digerakkan.

Semua pihak perlu bangkit dan bersuara.Nyatakan pendirian dengan tegas. Ustaz-ustaz dari Universiti Azhar kena lah maju ke depan. Wak dengar mahasiswa/wi kita sekarang ni semakin sebok bercakaran sesama mereka. Bila Wak baca tulisan mereka dalam blog, rupanya masih ada lagi jenis mahasiswa yang berfikiran sempit.Dunia tak hanya selebar daun...

BANTAH KERAS

MEMORANDUM BANTAHAN NGO-NGO ISLAM TERHADAP TUNTUTAN BIADAP SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA UNTUK MENGHAPUSKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH

(A) Latarbelakang
Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang disertai oleh SIS dan WAO serta konco-konco mereka melaui memorandum kepada YAB Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika bertarikh 25 OGOS 2009 telah mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk “Justice for Kartika”

Tuntutan biadap ini telah diulangi lagi hari ini sebagaimana yang tersiar dalam The Star hari ini 1 Oktober 2009, Ivy Josiah, Pengarah Esksekutif WAO berkata –
“We urge the Federal and State governments to conduct comprehensive review of all laws pertaining to Syariah criminal offences with a view to repeal such laws.”
Memorandum sebegini juga pernah dikemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh lebih 300 individu dan NGO termasuk Menteri-Menteri Kabinet dan ahli politik beragama Islam yang sedang berkhidmat supaya kawalan moral melalui penguatkuasaan undang-undang Syariah dihapuskan.

(B) TINDAKAN SIS, JAG, WAO DAN KONCO-KONCO MEREKA INI ADALAH TINDAKAN BIADAP, kerana :-
• Menceroboh kedaulatan agama Islam sebagai agama Negara dan agama Negeri-Negeri serta perundangan Syariah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu (sebagaimana termaktub dalam Kanun Undang-Undang Negeri-Negeri Melayu)

• Menyentuh dan menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi Negeri-Negeri, bercanggah dengan prinsip dalam Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan ;

• Menghina hukum Syarak yang sedang berkutakuasa melalui Enakmen-Enakmen Negeri, DAN

• Mengguris perasaan dan sensitivity beragama umat Islam


NGO-NGO ISLAM DENGAN INI SECARA SEBULAT SUARA MENDESAK :-

1. MENDAKWA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN TUNTUTAN MEMORANDUM YANG BERSIFAT MENGHASUT TERSEBUT.

2. MENYIASAT SUMBANGAN DANA YANG DITERIMA OLEH NGO-NGO INI TERUTAMANYA DARI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ATAU ORANG PERSEORANGAN LUAR NEGARA BAGI MEMBIAYAI KEGIATAN MEREKA YANG BERSIFAT MENGHINA AGAMA ISLAM DAN SETERUSNYA MENGHARAMKAN PERTUBUHAN BERKENAAN.

3. MEMBATALKAN PERMIT PENERBITAN AKHBAR DAN MEDIA YANG MENYUARAKAN PANDANGAN BERSIFAT MENGHASUT UNTUK MENGHAPUSKAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH NEGERI-NEGERI ATAU YANG MENGHINA AJARAN ISLAM (The Star 13 September 2009)

4. MENASIHATI MENTERI KABINET DAN PEGAWAI TINGGI KERAJAAN YANG ENGGAN MENERIMA KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA DAN MENYOKONG TUNTUTAN NGO-NGO ISLAM YANG MEMPERTIKAIKAN KEDUDUKAN SYARIAT ISLAM.

5. BERTEGAS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMELIHARA AJARAN ISLAM DAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA SELARAS DENGAN SUMPAH YDP AGONG SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

6. MENGHORMATI KEBEBASAN MAHKAMAH SYARIAH DAN TIDAK MENCAMPURI URUSAN KEADILAN DI MAHKAMAH SYARIAH.

sila kunjungi siaran Berita Bernama :youtube.com/watch?v=ghsTq6SPsNE

OLEH :-


Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor
WADAH Selangor
PEPIAS
Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)
Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

5 OKTOBER 2009

Ahad, 27 September 2009

Guane Gamok Tganu Kite sesak Teruk Weh

masa dulu-dulu masyarakat Islam di Pantai Timur hanya sambut raya pada hari pertama je. Hari kedua kebanyakannya dah mula puasa enam.Budak-budak pun tidaklah berziarah kerumah jiran tetangga sambil mengutip duit raya. Masa tu, tidak ramai perantau yang dapat balik kekampung dengan kereta.Kebanyakannya naik kenderaan awam. Le ni, semua orang dah mampu beli kereta.Semua balik dengan kereta sendiri.

Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, keadaan jalan raya di Kuala Terengganu ketika musim perayaan sangat sesak. Tahun ini keadaan semakin tenat. Dimana-mana keadaan jalan sesak teruk. Bahkan berjangkit di jalan-jalan kampung. Perjalanan dekat yang biasanya 15 minit memakan masa hampir sejam! Bahkan ada yang terperangkap di Jambatan Sultan Mahmud berjam-jam. Polis trafik bekerja keras mengawal keadaan. Bahkan Wak yang menggunakan jalan alternatif di jalan lama Pulau Rusa pun turut terperangkap . Perjalanan ke Setiu yang biasanya Cuma 50 minit menjadi 2 jam.

Wak fikir Kerajaan Terengganu kena ambil tindakan segera. Mereka kena cari jalan penyelesaian. Jangan asyik memikirkan kedudukan masing-masing sahaja. Kepentingan rakyat kena dahulukan. Wak dengar kedudukan politik Terengganu sedang bergolak. Masing-masing sedang mengukuhkan kedudukan posisi untuk mengahadapi serangan lawan. Ada yang berkubu dibelakang Sultan dan ada yang berkubu dibelakang PM. Sebagai rakyat dan pembayar cukai , wak rasa perkara ini tidak baik untuk sebuah kerajaan pemerintah. Tetapi baik untuk pembangkang.

Buatlah apa yang terpatut dan terbaik untuk kepentingan rakyat. Keluhan dan rintihan rakyat adalah suara keramat. Mereka semakin bijak dan makin pandai berfikir. Zaman dendangan lagu lama dan ‘gula-gula’ sebagai penenang teriakan dan tangisan umat sudah tidak mujarab lagi. Bertindak sebelum terlambat. Anda berhak menentukan. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN bukan PARTI DIDAHULUKAN DIRI SENDIRI DIUTAMAKAN! Lu fikirlah sendiri….

Perjalanan Isra’ ke Kampung

Wak tiba di Kuala Terengganu tepat pukul 5.00 pagi. Perjalanan sangat lancar. Disepanjang lebuhraya LPT tak ada pengguna lain. Semuanya dah sampai dirumah masing-masing. Sekali-sekali ada juga kenderaan memecut memotong wak yang bawa kenderaan dengan kelajuan yang disyorkan. Ada beberapa kemalangan berlaku di sepanjang jalan. Yang masih baru berlaku ketika wak sampai di Dungun. Kereta kancil bertembung dengan kereta ford di lampu isyarat. Wak rasa kereta kancil itu yang memotong wak tadi. Dah lah kereta kecil tapi laju macam kereta besar.Mengantuk agaknya.

Bila memandu malam, halangan yang paling besar ialah rasa mengantuk. Bermacam-macam kaedah yang digunakan oleh pemandu untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ada yang memasang lagu @ bacaan Al Quran dengan kuat dan ada yang menyediakan berbagai jenis makanan untuk menggerakkan dagu dan merangsang otak. Tetapi ada yang mengambil dadah untuk menghilangkan rasa penat dan mengantuk.

Ia memang berkesan dan mujarab. Anda tidak merasa penat dan mengantuk dan letih beberapa hari! Ada pemandu-pemandu lori dan bas ekspres yang dikatakan mengambil dadah jenis ini.Mudah sahaja. Hanya pil sebesar kacang. Tetapi..awas! perangkap dadah! Anda akan menjadi penagih sepanjang hayat. Dadah seperti ini sangat merbahaya kerana boleh menghilangkan ingatan memori dan anda akan menjadi seorang pelupa, akhirnya anda akan menjadi seorang yang sewel @ hilang ingatan.

Wak pun ada menggunakan bahan penahan mengantuk. Biasanya agak mujarab juga. Selepas beberapa minit Wak minum kopi @nescafe dalam tin, mata wak akan menjadi celik dan hilang rasa mengantuk. Cafein yang ada dalam kopi itu pun macam dadah juga. Tapi wak bukan penagih kopi. Kalau ada yang ketagih kopi-kopi segera dalam peket tu kena hati-hati. Takut Kopi Jantan bertemu kopi janda lain pulak jadinya;). Akhirnya , you are what you think! Juga ‘you are what you eat / drink!
BERHATI-HATI DIJALAN RAYA.INGATLAH ORANG TERSAYANG.

Makna Hari Lebaran

Dalam bahasa Jawa ‘Lebaran bermaksud’ melepasi sesuatu. Maksudnya semua umat Islam yang berpuasa baru berjaya melepasi cabaran berpuasa. Jadi Lebaran ialah satu perayaan merayakan kemenangan diri dalam mengekang hawa nafsu.

Nafsu makan dan nafsu seks dikekang hingga terbenam matahari. Itu adalah peraturan Ilahi. Dalam hadis yang direkodkan oleh Imam Bohari, Syaitan dan iblis akan diikat pada bulan Ramadan. Maknanya yang tinggal bebas ialah nafsu. Itu pun telah dilemahkan dengan tegahan makan dan minum disiang hari. Namun masih ramai orang yang melakukan maksiat dan kemungkaran dibulan Ramadan. Kalau syaitan dan iblis telah dibelenggu, nafsu telah dikekang, sepatutnya minda hati hati manusia beriman tertumpu kepada mengabdikan diri kepada Allah.

Seorang tok guru pernah ditanya dalam satu majlis ilmu ; kenapa manusia masih melakukan maksiat dibualan Ramadan sedangkan syaitan dan iblis telah diikat dan dibelenggu? Jawapan ringkas tok guru tadi : “itulah yang lemahnya manusia. Melawan syaitan yang sudah terbelnggu pun tidak mampu!”.

Jadi sempena hari Lebaran ini Wak nak ucapkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli puasa yang telah mencapai makam takwa. Mungkin ada yang telah mendapat fadilat Lailatul Qadr. Mereka ini semua mungkin sudah tidak memikirkan lagi tentang berapa pasang baju baru, berapa jenis biskut dan langsir baru. Baginya perginya Ramdan adalah satu saat hiba dan memilukan kerana perjuangan selepas ini jauh lebih mencabar dengan syaitan dan iblis yang sudah bebas.Entah-entah tak sempat nak berjumpa dengan Ramadan tahun depan.

Malam Raya di Jalan TAR



Pertama kali dalam hidup Wak kena buat tugasan diMalam Hari raya. Misi utamanya ialah untuk membuat tinjauan suasana di Jalan Tuanku Abdul Rahman ( TAR ) pada malam raya. Menurut ceritanya, banyak lelongan barang dengan harga yang murah.

Perjalanan dari Klang ke KL berjalan lancar. Ramai pengguna dan warga kota yang telah kembali ke kampung halaman masing-masing. Wak sampai di Jalan TAR tepat pukul 10.00 malam. Nasib baik dapat parking dibelakang bangunan kedai berhampiran rumah TNB. Itu pun hasil kerjasama ‘sukarelawan’ yang menjaga parking.

Suasana malam begitu meriah dengan jurujual yang menjual barang dagangan. Mereka memujuk pengunjung dengan bermacam-macam gimik dan pujukan. Tapi Wak rasa yang ramai menjual bukannya warga tempatan. Berdasarkan dialek dan lenggok bahasa yang digunakan Wak pasti mereka semua adalah warga jiran tetangga kita.

Bermacam-macam barangan yang ditawarkan. Dari biskut raya, pakaian dan aksesori lelaki dan wanita, makanan steamboat ala jakarta, dan bunga api. Pendek kata semua barangan yang dilambakkan sangat signifikan dengan keperluan persiapan sambutan hari raya.

Wak dan isteri wak Cuma membuat tinjauan rambang disamping temubual ringkas dengan penjual. Sebenarnya tidak ada barang yang wak nak beli sebab semuanya telah dibeli awal lagi.

Bila malam semakin larut, orang semakin ramai dan kenderaan semakin sesak. Lorong-lorong sempit dijalan TAR penuh dengan manusia. Betul-betul macam musim haji. Orang ramai begitu ghairah tawar-menawar tanpa memikirkan risiko kesesakan yang berlaku. Hanya beberapa orang yang memakai topeng muka. Semua orang berhimpit dan berlaga ponggong di Malam Aidil fitri kerana mahukan barangan murah.

Wak rasa, barangan yang dikatakan murah itu tidaklah benar-benar murah. Bagi orang yang biasa membuat perbandingan harga tentunya tahu nilai sebenar harga barangan yang ditawarkan. Mungkin juga ada satu dua barang yang murah, tapi dengan keadaan tekanan emosi dan cahaya suram ketika membeli belah, macam-macam boleh jadi. Ada yang pandai bermain dengan harga sehingga pembeli yang terdesak atau hilang pertimbangan akan tersilau dengan gimik yang dibuat.Jadi berhati-hatilah.

Wak tak nampak ada pegawai penguatkuasa atau polis yang bertugas mengawal keadaan. Keadaan betul-betul atas kawalan diri sendiri. Sekiranya berlaku kejadian jenayah atau pergaduhan, sendiri mau ingatlah. Yang wak bimbang ada yang bawa anak kecil bahkan ada yang sorong baby dalam kereta sorong . Kenapalah menyusahkan diri untuk perkara yang tidak perlu.

Selepas pukul 12.00 malam wak rasa perlu keluar segera dari kawasan ini kerana manusia semakin ramai. Esok wak kena naik mimbar. Takut terlewat bangun pulak. Oleh kerana ramai yang meletakkan kereta sesuka hati, banyak kenderaan yang tersadai kerana tidak boleh bergerak. Denyut nadi Jalan TAR betul-betul terhenti. Nasib baik Wak membuat exit plan yang betul. Wak pilih jalan yang bukan laluan utama untuk keluar dari Kota metropolitan Kuala Lumpur. Selamat tinggal semua warga kota. Selamat Hari Raya.

Berkhutbah di Pagi Raya

Dipagi syawal 20092009 – Wak ditugaskan oleh Tuan Nazir Masjid untuk membaca khutbah. Imam Besar yang sepatutnya naik ke mimbar masih dalam perjalanan dari Mekah. Wak tengok teks khutbahnya agak panjang. Wak tak sempat nak baca sepenuhnya. Wak tak pernah baca khutbah waktu pagi. Inilah pengalaman pertama wak baca khutbah pagi. Dah lama Wak tak kena giliran baca khutbah. Maklumlahlah jarang solat jumaat di kampung. Sejak kebelakangan ini pulak, resdung wak semakin menjadi-jadi. Lepas bersin dua tiga kali, mulalah air hingus meleleh. Nasib baik pagi tu keadaan tidak seperti selalu. Al hamdulilllah semuanya berjalan lancar.

Pagi itu wak terima respon dari jamaah yang solat. Ada yang kata bagus, terang dan jelas ditelinga dan ada yang kata panjang dan lama sangat. Bagi orang-orang tua yang uzur mungkin khutbah yang panjang tidak sesuai dengan aras umur mereka. Ditambah dengan keadaan kesihatan yang semakin merosot. Kalau ada yang kencing manis, kaki mula terasa kebas. Bagi yang ada penyakit-penyakit lain, tentulah masa 30 minit dirasakan terlalu lama. Wak rasa khutbah hari raya patut dipendekkan sikit. Wak patut edit dulu dan baca yang penting saja. Tapi sebab notis singkat yang wak terima tak sempat nak itu semua. Maafkanlah si tukang khatib ini. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

Hari Raya dan Hari Lahir


Hari Raya Tahun ini Wak rasa begitu bermakna sekali. Sebabnya tarikh 20 september itu adalah tarikh lahir Wak.Maknanya semua orang seperti merayakan hari tersebut bersama dengan hari lahir Wak.

Sebenarnya Wak tak kisah sangat dengan sambutan Hari lahir ni. Baru-baru ni sahaja Wak mula terikut-ikut budaya orang sambut hari lahir. Sebagai tanda ingatan dengan usia yang semakin bertambah dan amal yang berkurangan, Wak sedekahkan kepada orang-orang yang tersayang dengan beberapa hadiah dan wang tunai sebagai tanda syukur. Mereka inilah yang telah banyak memberi bantuan dan sokongan semasa Wak mengenali hidup dunia.

Orang yang paling Wak hargai dan sayangi tentulah mak bapak Wak yang masih hidup sihat. Mereka berdualah insan yang telah membesarkan dan memberikan kasih sayang sehingga Wak seperti sekarang ini. Sebagai anak, Wak rasa inilah masanya untuk Wak mengenang dan membalas pengorbanan dan pahit getir membesarkan anak-anak. Doa mereka sentiasa berterusan setiap solat dan setiap masa. Keikhlasan mereka dapat dirasakan hingga kelubuk hati.

Orang lain yang yang wak hargai dan sayangi tentulah isteri dan anak-anak wak sendiri. Merekalah tulang belakang hidup wak. Bertambahnya usia wak ke alam dewasa ini menjadikan wak lebih insaf dan lebih prihatin dengan insan lain. Wak ucapkan terima kasih dan ucapan sayang kepada isteri dan anak-anak wak atas pengorbanan, kesabaran, kasih sayang dan kefahaman yang diberikan selama ini.

Wak tahu, kesibukan wak dalam urusan kerjaya dan kerja dakwah menyebabkan wak kurang masa bersama keluarga. Tetapi wak tidak lepas tanggungjawab dan amanah Allah. Wak serahkan kepada ketentuan Allah kebenarannya dan hakikatnya. Kerana wak yakin apa yang wak lakukan ini masih berada dalam landasan yang benar. Ya Allah ‘ tunjukkanlan kami kejalan yang lurus’

Rabu, 16 September 2009

Miskin Harta ,Miskin Agama, Miskin Budi

Sepanjang pengalaman dan pemerhatian Wak dalam membuat kerja-kerja membantu orang Fakir miskin ada satu perkara yang Wak rasa perlu diberi perhatian.Ada dikalangan orang fakir miskin ini yang memang suka jadi miskin.

Mereka lebih selesa menerima bantuan dan sumbangan.Bahkan pernah berlaku dalam satu majlis penyerahan bantuan zakat, ada seorang penerima bantuan zakat marah-marah kerana statusnya telah ditukar dari Fakir kepada miskin.Beliau tidak puas hati kerana jumlah yang diterima tentunya semakin sedikit berbanding fakir.Bahkan ada yang membakar duit bantuan yang diberi kerana tidak puashati dengan jumlah yang diberi.Memang dasar tidak tahu bersyukur.

Bahkan ada kes yang berlaku disebuah Kampung, selepas selesai Majlis serahan bantuan zakat ada penerima yang singgah di kedai judi.Dia membeli beberapa tiket nombor ekor.Kebetulan Pegawai yang memberikan sumbangan tersebut terserempak dengannya ketika sedang membeli tiket judi tersebut.Apa jadi lepas tu, Wak tak tahu.

Menurut pemerhatian Wak sendiri, kebanyakan penerima bantuan ini, mereka tidak tahu mengurus kewangan mereka dengan baik.itu sahaja.Wak bagi contoh mudah.Selepas mereka menerima duit bantuan cuma tanya apa yang mereka beli?Ada yang membeli henset baru.Kadang tu lebih mahal dari henset Wak yang cuma Rm100 sahaja.Wak sambut raya dengan sepasang baju sahaja dan kadang masih menggunakan baju Melayu lama yang masih baru.Tapi mereka mahu dua tiga pasang.

Mereka juga tidak ada tabiat menyimpan.Kadang agak boros berbelanja.Sebab itu, kalau Lembaga Zakat Selangor potong bantuan kepada penerima bantuan yang ada astro, janganlah marah.Wak pun tak melanggan.belum menjadi keperluan utama.

Tapi Wak rasa bukan semuanya begitu.Hanya sebahagian kecil sahaja.Wak dulu pun hidup susah juga.Tetapi kesusahan hidup yang Wak lalui menjadi satu latihan dan sumber inspirasi kejayaan.Ini yang sepatutnya ditanam dalam minda mereka.Dekatkan diri dengan Allah.Hampiri orang berilmu dan usaha lebih gigih.Insya Allah.Wak harap tulisan ini tidak akan mengurangi pahala puasa Wak.

Antara Dentuman Meriam buluh dan kereta Kebal

Semakin dekat Aidil Fitri semakin terasa bahang kehangatan sambutannya diMalaysia. Dikampung Wak sendiri, suasananya begitu meriah.Bunyi dentuman meriam dan mercun kedengaran saban malam.Bahkan jiran-jiran Wak pun pun turut sama membedil meriam buluh.Pekak telinga dibuatnya.Anak-anak Wak pun begitu teruja. Setiap malam duit-duit simpanan yang dikumpul setiap hari dibelikan bunga api. Bahkan mereka kadang lebih panjang akal untuk mendapatkan sumber berbanding Wak sendiri.

Kadang-kadang suasana Sambutan Hari raya di Malaysia ini seperti peperangan di Afghanistan dan Iraq. Bunyi letupan dan dentuman mercun dan meriam diseluruh pelusuk negara. Saban malam puluhan ribu ringgit dibakar untuk menikmati keseronokan. Sedangkan saudara-saudara seagama kita terpaksa bertarung nyawa mempertahankan maruah diri, keluarga dan tanahair dari serangan musuh.

Namun suasana suram semakin terasa dimasjid dan surau.Kemeriahannya semakin malap.Pengunjung dan ahli jemaah semakin surut.Ramai yang sudah mula sebok membuat persiapan Hari raya.Pasar raya dan pusat membeli belah terus sesak.Ramai juga anak-anak perantau yang sudah mula bergerak menuju kampung halaman. Kaum wanita pula sebok didapur menyediakan biskut-biskut istimewa untuk hidangan tetamu.Kadang-kadang sisuami dan anak-anak juga turut sama sebok membantu menyiapkan kerja-kerja dapur tersebut.

Hilanglah semangat perjuangan harmoni memburu lailatul Qadr.Biar seribu janji yang Allah sediakan untuk mereka yang beruntung, namun tarikan keseronokan dunia ternyata lebih hebat dan memikat.Kalau yang sudah ke waktu senja pun masih seperti orang muda, yanng remaja apa lagi.

Sedekah Tanda Kasih Sayang Insan


Minggu lepas, Masjid An Naim menganjurkan Program Sinar Ramdan. Aturcaranya bermula dengan Majlis Khatam Tadarus Al Quran Remaja dan Dewasa.Selepas solat asar, Satu Majlis penyerahan sumbangan kepada Fakir Miskin, Muallaf,anak yatim dan warga Emas.Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Raja , YB Dr.Hajah Maria Mahmud (PAS ).Sumbangan tersebut adalah hasil derma dan sedekah anak-anak kariah masjid yang budiman.

Jumaat, 11 September 2009

Berbuka Gaya Orang Kaya



Mulai tahun ni budaya tazkirah dan majlis ilmu semakin menjadi-jadi. Banyak masjid dan surau yang menganjurkannya terutama selepas atau sebelum solat tarawih.Wak pun menjadi sebok sama kerana kehendak umat kepada ilmu.Ini satu petanda baik.Orang ramai sudah sedia menerima perubahan.

Semalam Wak diundang untuk beri tazkirah.Yang namanya tazkirah tentulah pendek dan ringkas.Pihak yang menganjurkan adalah sebuah agensi kerajaan.Ramai pengarah-pengarah, pemimpin2 dan aktivis mereka yang hadir.dekat 250 orang.Majlis diadakan disebuah Kelab ternama di Shah Alam.Makanannya tentulah istimewa.Satu perkara lagi yang mesti ada ialah makanan telinga. Berbagai irama lagu dikumandangkan.

semasa berbuka, Wak hanya makan untuk membatalkan puasa sahaja.9 orang lagi di meja Wak makan berhati-hati sekali.Dato'-dato' dan profesor ni dah biasa makan di Hotel mewah. Mereka dah tak hairan dengan aneka juadah.Ada yang cuma sesudu aje.Mereka banyak bersembang.Maklumlah abang-abang senior ni dah ada pakej kesihatan.

Yang rancaknya ialah para undangan yang dimeja lain.Wak tengok, macam-macam ada.Yang namanya tak reti nak sebut pun ada.semua orang puashati dapat melantak habis-habisan. Yang kaki penagih, terus cari port untuk acara memuja jin.Berkepul-kepul asap keudara.Nampaknya mereka sedang menikmati sedutan dengan penuh nikmat dan kepuasan. Habislah derita dan susah payah sepanjang hari.

Selepas solat maghrib, Wak kembali ke ruang jamuan.Mencari air kerana dahaga.Tetamu semua masih dikerusi masing-masing menikmati juadah sambil bersembang.Wak rasa yang solat tadi tak sampai 20 orang. Semua hadirin begitu ceria seperti yang disebut dalam hadis, manusia akan mendapat keseronokan ketika berbuka.Wak bersyukur kerana masih diberi nikmat untuk menikmati rezeki pemberian Ilahi ini.

Tetapi keseronokan cara orang bandar( kaya) agak berbeza.Mereka menikmati juadah dengan dodoian beberapa lagu klasik yang dimainkan oleh abang2 pemuzik di pojok dewan.Macam cerita raja-raja dahulu kala dalam filem hitam putih klasik.

Sambil menikmati sotong kangkung, ada beberapa perkara yang Wak fikirkan ;

1. Ada orang yang bersusah payah menahan lapar dan dahaga tetapi solat diabaikan.
2. Ada orang yang susah payah berpuasa tetapi aurat tidak dijaga.

Jadi apanya puasa?

Rabu, 9 September 2009

Satu Hari Di Bulan Ramadan

Hari raya semakin hampir.Lagu-lagu bertemakan Aidil fitri samakin rancak dan galak kedengaran.Dimana-mana terutama di corong-corong radio dan speaker-speaker di pasaraya diselang-seli dengan suara pujukan dan godaan supaya berbelanja dan membeli barang-barang keperluan raya.

Semua orang jadi begitu sebok.Di bazar Ramadan, dipasaraya-pasaraya mega bahkan hingga ke ruang pejabat pun menjadi sebok.Kebetulan isteri Wak semalan berurusan dengan sebuah agensi kerajaan.Tujuan utamanya ialah untuk membawa keluar seorang penghuni rumah Perlindungan yang baru bersalin. Oleh kerana ia belum bersuami maka kesnya kena rujuk ke Jabatan Keb.. Masy....

Isteri Wak kena tunggu agak lama juga kerana pegawai yang bertugas masih sebok membeli belah. Kalau dia bagi alasan sedang solat tu mungkin boleh ampun lagi lah.Tapi bila dia buat benda peribadi yang tak berkaitan dengan kerja, ini sudah tidak amanah.Tidak amanah maknanya khianat.Khianat adalah perbuatan terkutuk dan dilaknat.
Di bulan Ramadan ini eloklah kalau kita elakkan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita. wak pun mulanya malas nak tulis sebab nanti ada yang terasa.tapi lebih elok kalau semua orang ambil tau kerana wak rasa di luar sana pun ada yang ter...babas juga sebab wak dulu pun pernah kerja Kerajaan..Astaghfirullah.

Ahad, 6 September 2009

Anda Memberi Kami Melaksanakan


Baru-baru ini sebuah Syarikat GLC milik Kerajaan Negeri telah memberi laluan kebenaran kepada Rumah perlindungan Wanita Darul Wardah untuk membuat sesi taklimat. Wak telah ditugaskan untuk membuat sesi pengenalan kerana Pengurus yang sepatutnya memberikan penerangan masih berada di JAIS kerana ada urusan penting.(selepas 15 minit dia pun tiba, dan tugas berganti tangan)

Ramai pegawai pegawai yang turut hadir mendengar sesi teklimat tersebut termasuk GM Human resource. Melalui kad bisnya, Wak tahu bahawa dia berdarah Raja, tapi sangat mesra. Wak tengok semua pegawai kanannya masih muda belia. Mereka penuh idealisme dan energetic. Wak yakin, kalau bumi Selangor ini diimarahkan oleh anak-anak muda yang beriman dan berakhlak mulia, insya Allah Negeri Selangor akan menjadi negeri impian 'Baldatun Tayyibatun Wa rabbun Ghafur'.

Dibulan ramadan yang mulia ini, Wak berdoa dengan penuh yakin bahawa masanya sudah hampir dan setiap orang perlu bekerja lebih kuat lagi. Kebenaran semakin terserlah dan kebatilan semakin nyata.Sesungguhnya Kotaraya Rome tidak dibina hanya dengan satu malam.Anda bagaimana? Mahu menjadi Helang diangkasa atau Burung pipit dibendang?atau ayam kampung yang tekun mengais tanah pagi dan petang..atau ayam daging yang selesa direban..
Wak...nak jadi hamba..hamba kepada Allah yang bertakwa

Selsema Babi Lebih Ganas dari Babi




Bencana Selsema babi atau H1N1 merupakan wabak yang sedang merebak dengan begitu pantas sekali. berbagai peringatan dan kempen kesedaran dilaksanakan agar masyarakat peka dan cakna dengan serangan virus baru ini. wak dengar harga ubat / vaksin dan anti bakteria nya agak mahal.Kos rawatannya juga tinggi. Kerajaan sudah reserve jutaan ringgit untuk menghadapi serangan wavak ini.Tapi ramai rakyat yang belum bersedia dengan bencana ini.

Harga topeng yang dulu cuma 40 sen sudah melambung ke 1.00, bahkan ada yang lebih mahal lagi. Bagi rakyuat marhaen macam Wak ini, harga Rm1.00 untuk topeng muka yang hanya dipakai sekali adalah satu lagi duri ikan yang melekat ditenggorokan. Bagi saudagar dan mereka yang terlibat dalam bidang bisnes perawatan kesihatan tentunya rahmat yang bukan sedikit.Wak nak cadangkan kepada pihak kerajaan sekiranya benar topeng ini satu benda yang sangat mustahak kepada pesakit yang disahkan demam, eloklah beri harga subsidi.Sekurang-kurangnya beban sakit tu akan berkurangan bila beban kewangannya berkurangan.Pernah ada jiran Wak yang tidak cukup duit untuk membeli beras, lebih rela makan lempeng pagi,jemput tengahari dan lempeng malam kerana tepung lebih murah.

Wak pernah menghantar seorang peserta kursus Wak yang demam ke Klinik sekitar Bangi. Ditengah malam buta pun masih ramai pesakit yang sedang menunggu giliran.Wak pesan pada diri Wak sendiri supaya sentiasa menjaga kesihatan diri dan yang penting selalu baca doa elak bencana wabak.lagi kerap lagi bagus.wak jarang dengar Pak imam yang baca doa ini walaupun ada Doktor kata virus ini semakin menggila.Lebih Gila dari babi! Eloklah kalau kita yang mulakan dulu.Anda bagaiman?

Satu Lagi Projek Dakwah dari ABIM



4 september 09 - Pelancaran Rumah Anak Yatim Rukayyah.

Majlis bermula lepas asar.Kehadiran agak perlahan. Masih banyak bangku yang kosong. Ketika Wak tiba, sekumpulan anak muda sedang berdendang menghiburkan tetamu.kelihatan Saudara Presiden duduk dibangku tetamu dengan pakaian lengkap bersampin.

Rumah anak Yatim ini dikelolakan oleh beberapa orang veteran ABIM seperti Dr Abd Rahman Kurais ,Datin Hasnah dan beberapa orang yang masih aktif membantu insan-insan yang mengharap. Kepada yang berminat dengan projek anak yatim, bolehlah tampil ke hadapan untuk membantu menjayakan projek yang seumpamanya di Selangor.Bukan semua orang hendak menjadi Helang diangkasa kerana ramai juga yang lebih selesa menjadi burung pipit yang berterbangan disawah padi.

Sebenarnya Wak hadir ke Majlis ini kerana ada perbincangan tentang Projek Pengimarahan Masjid lama Sepang. satu Jawatankuasa sementara telah dibentuk yang diketuai oleh Ustaz Zuljalal dan aktivis ABIM daerah Sepang, Bangi dan Hulu Langat.

Dato' Dr Razak Kechik, 'Pakar' Projek IOA ABIM juga turut hadir.Beliau menyatakan, ABIM Pahang telah melaksanakan projek yang seumpama itu di Kuantan. Beberapa aktiviti boleh dilaksanakan seperti Pusat latihan saudara baru, Kelas bimbingan Al Quran dan Fardu Ain, Rumah penginapan sementara dll.

Kepada ahli-ahli ABIM dan Wadah yang berada disekitar lingkungan ini disaran memberikan perhatian dan sedia menghulur bantuan untuk memastikan projek ini berjalan lancar hingga berjaya. Kepada yang sudah bersara, inilah masanya untuk menambah bekalan. Yang masih muda, inilah masanya untuk menimba pengalaman. Kepada yang tidak punya masa dan tenaga dan sentiasa sebok, sumbangan idea dan harta anda tentu boleh disalurkan.Kalau tidak pun, doa tulus anda pasti akan kedengaran dikejauhan.Wak tolong Amin aje.

Khamis, 3 September 2009

Bertandang ke Bukit Segambut


Ramadan memang bulan berkat dan rahmat.Hubungan kita dengan Allah pun semakin dekat.Ukhuwwah yang dijalin semakin akrab dan erat. Disana sini berbagai majlis dan program sedekah dan jamuan berbuka dianjurkan oleh orang perseorangan dan organisasi tertentu.

Dua hari yang lalu wak mendapat undangan untuk ke Majlis berbuka bersama dengan para Qiadah Gerakan Dakwah dan pemimpin politik dirumah salah seorang mantan TPM di Bukit Segambut.

Ramai sahabat dan kenalan yang Wak jumpa dan masing-masing begitu ceria dan gembira.
Ramai kalangan pimpinan dan segala mantan-mantan hadir menyahut undangan.
Walaupun pada mulanya agak sukar menjejak lokasi kediaman, tetapi akhirnya semua dapat sampai juga walaupun ramai yang tersesat dan terbabas. Wak sendiri pun terpaksa melalui perjalanan yang penuh makna kerana terpaksa melalui siri pengembaraan dan latihan kerohanian diri yang mencabar.

Selepas berbuka dan solat tarawih, satu majlis pengisian ilmu telah disampai oleh tuan rumah dan Dr Mohd Nor Manuti.Sebelum itu satu Tazkirah telah disampaikan oleh seorang Mantan Presiden ABIM.Banyak pengalaman dan ilmu yang Wak dapat dalam program tersebut. Prof Dr Razali Nawawi memberikan tazkirah yang sangat bernilai.Beliau seorang ilmuan dan pendakwah gigih yang disegani.Walaupun matanya buta tetapi pandangan hati dan nuraninya sangat cerah dan memancar sinar ilmu dan hikmah.

Kisah yang dikongsikan ialah berkaitan kisah perjuangan dakwah yang dibawa oleh Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Muhammad bersama pengikut masing-masing.Malangnya Wak bukanlah seorang tukang catat yang baik.Banyak perkara menarik hasil pemerhatian beliau dalam tafsir Al Quran.Menurut rakan Wak, kandungan bicara tazkirahnya itu ada disampaikan dalam halakah bulanan dirumahnya tetapi sering bersambung dan ada sub plot. Jadi kuliahnya malam itu adalah rumusan dari analisis beliau tentang perjuangan dakwah Rasul.

Isnin, 31 Ogos 2009

Pencuri Tabung Masjid Bernilai Rm2

selepas Wak selesai solat Tarawih di Masjid, Wak terus balik kerana ada urusan peribadi. Wak cadang nak sambung witir esok pagi. Semasa Wak sedan mengikuti berita, elektrik tiba-tiba terputus dan keadaan menjadi gelap gelita. semasa Wak sedang berdiri diluar rumah memerhatikan keadaan diluar, kelihatan semua rumah gelap. Maknanya bukan rumah Wak sorang yang bergelap.

Tiba-tiba Wak dapat panggilan telefon dari seorang ahli jemaah masjid memaklumkan tentang kejadian kecurian tabung masjid. Pencurinya dapat ditangkap.Kebetuan dimasjid tadi ada seorang ahli kariah yang bertugas diBukit Aman.Pangkat tinggi juga lah. Dan dialah yang menghubingi polis untuk tindakan lanjut.

Sebuah kereta peronda telah membawanya kepondok polis di Kota Kemuning dan kemudian ke IPD seksyen 15.Wak diminta membawa tabung yang dikatakan telah dicuri isinya oleh pencuri tadi.Wak tengok cuma ada Rm2 aje.Sampai di IPD Jam sudah hampir 12 malam. Nasib baik Wak ditemani isteri Wak yang setia.Jadi adalah teman untuk berbual.

Saksi penting dalam kes ini ialah seorang muallaf berbangsa Cina. Walaupun dia baru 3 minggu menetap di sini tetapi telah banyak melalui pengalaman yang sungguh mencabar.Wak tengok dia bukanlah seorang yang kaya dan senang.Pendidikannya pun mungkin tidak tinggi.Namun sikap prihatin dan kesungguhannya untuk mencegah kemungkaran itu wajar mendapat pujian.

Sebenarnya banyak kejadian curi yang berlaku sejak kebelakangan ini.Baru minggu lepas motorsikal seorang warga emas telah dicuri.Motor Wak sendiri pun telah diumpil bahagian kuncinya dan 2 pasang selipar yang masih baru lesap.Semuanya berlaku dibulan Ramadan.

Urusan membuat laporan polis memang memakan masa yang agak lama. Walaupun cuma nak mengarang cerita pendek tentang kisah kejadian yang berlaku tetapi kadang menjadi begitu lama kerana masalah yang remeh.Walaupun kadang ramai pengadu yang datang nak membuat laporan tetapi kecekapan tenaga pekerja juga kena tingkatkan sesuai dengan slogan yang dikumandangkan.

Wak tengok pencuri tu ada dibangku. Tangannya bergari dibelakang.Mukanya Wak memang cam sangat sebab dia selalu berada di pasar malam berjualan membantu ibubapanya.Mukanya selamba sahaja,Polis kata dah dua kali masuk lokap.

polis menemui beberapa tiub yang dipercayai dadah dan jarum suntikan.Kes ini terpaksa dikendalikan oleh unit narkotik dan kami pun berpindah balai diIPD seksyen 11. Disana si pencuri tadi menceritakan semua yang berkaitan tanpa ragu-ragu kerana dia dah tiada pilihan.menyerah sahajalah. Wak tengok pegawai polis yang menyoal siasat memang berpengalaman dan masak dengan kerenah penagih dadah.Wak cuma tengok aje.Nampaknya kes ini menjadi berat.Kes dadah dan curi.

selepas pukul 2 segala urusan siasatan dan laporan selesai dan Wak bersama saksi dibenarkan balik.Keran kepenatan , Wak terlepas peluang untuk sahur.cerita tamat.

Apa yang menarik untuk difikirkan tentang kejadian diatas?

1. Tidak ramai orang yang sanggup menjadi saksi kes jenayah kerana banyak urusan dan perkara berkaitan akan timbul termasuklah tindak balas dari rakan dan keluarga penjenayah. Cara yang paling selamat ialah biarkan sahaja kemungkaran itu berlaku kerana ia tidak berkaitan dengan diri kita.

Anda bagaimana?

Ahad, 30 Ogos 2009

Unjukrasa Biar Berpada



Baru-baru ini ada sekumpulan penduduk seksyen 23 yang mengusung kepala lembu dan diarak ke SUK. Wak rasa terkejut dan tergamam juga kerana jarang dibuat orang. satu dunia dapat menonton aksi unjukrasa ini kerana dipaparkan dalam media alternatif.

Wak rasa, protes yang ditunjukkan adalah berlebihan dan sangat mengganggu sensitiviti agama lain. Sebagai pendakwah dan ahli gerakan Wak tak pernah dengar dalam sejarah perkembangan tamadun Islam ada umat Islam yang sembelih lembu untuk bantah pembinaan rumah ibadat agama lain.

Wak lihat pendekatan ini hanya menambahkan lagi kebencian orang Hindu kepada orang Islam. Wak pun hairan juga sebab yang mengarak kepala lembu ni bukan atas nama Nazir dan AJK masjid dan surau. Nampak gaya ucapannya macam orang politik. Semasa berpuluh tahun UMNO memerintah 50 tahun, tak pulak kedengaran suara-suara " sanggup bermandi darah kerana mempertahankan agama" dan sebagainya.

Walaupun di Shah Alam ni, penganut Hindunya tak ramai, tapi mereka pun nak melakukan amalan ritual mereka. Sebelum ini kui-kuil mereka bertaburan.Mereka menegakkan kuil mengikut mimpi tok sami mereka. Jadi kerajaan kena ambil perhatian dan tindakan. Kuil yang tidak terurus ini perlu dilesenkan.Kerajaan pun senang nak pantau. Mudah nak berurusan kalau ada masalah.

Tugas orang Shah Alam ialah membuat kerja dakwah. Terangkan kepada mereka tentang Islam.Kemudian ajak mereka untuk masuk Islam. orang Islam kena tunjuk contoh baik. Orang Melayu dulu pun ada yang masuk Islam dari pendakwah-pendakwah India dan Arab.
Jadi tugas Orang Melayu memberi faham kepada masyarakat Hindu tentang ajaran Islam.

Wak bimbang, kejadian-kejadian berbentuk provokasi ini akan menambahkan lagi kesukaran kerja-kerja dakwah yang sedang berjalan. Fahaman politik perkauman yang selama ini didokong oleh parti UMNO menyebabkan pergeseran antara kaum semakin tajam.

Wak selalu berfikir, kenapa ada orang bukan Melayu bila ana-anak mereka hendak bertukar agama mereka akan memberikan pesanan " Kalau kamu betul-betul nak tukar agama, masuklah Kristian, jangan masuk Islam".

Ada sesiapa yang boleh tolong jawab? Silakan.

Sabtu, 29 Ogos 2009

CABARAN MENCARI ILMU IKHLAS



Bab 1
cerita bermula...
Seorang Pimpinan Kanan ABIM Pusat, Saudara P telah mewakafkan motorsikal kesayangannya untuk kegunaan Darul Wardah. Sejak beliau ditimpa kecelakaan yang menyebabkan tulang belakangnya bermasalah, motorsikal hanya tersadai diserambi rumah. Lebih baik dimanfaatkan orang dari sekadar menghias laman. Moga rezeki Tuan bertambah lebat dan melempah ruah lagi.

Hajat untuk menginfakkan hartanya itu telah disuarakan ke pihak pengurusan DarWa. Wak minta SUN dan SUK melaksanakan misi pemindahan motorsikal tersebut dari Subang Bestari ke Klang. Jarak perjalanan lebih kurang 20 km.

Pada hari Rabu, selepas mesyuarat khas, mereka berdua telah bertolak ke premis yang telah dikenal pasti dan ketika itu cuaca cerah memancar-mancar. Mereka berdua nampak ceria dan senang hati dengan misi dan tugas yang diberikan.

Wak bekalkan mereka topi keledar dan pam kaki sebagai persediaan misi perpindahan tersebut. Selepas beberapa jam, Wak menerima panggilan dari SUN, melaporkan bahawa motorsikal tersebut tidak dapat dibawa pada hari ini kerana beberapa masalah teknikal.Lagi pun hujan agak lebat. Wak putuskan misi ditangguhkan dan mereka memilih hari Jumaat sebagai hari berkat untuk menunaikan hajat.

Bab 2

Seperti yang telah dijanjikan mereka pun memulakan siri perjalananan Pada mulanya mereka sangkakan ia hanyalah satu tugas mudah. Rupa-rupanya manusia hanya mampu merancang sahaja sedangkan Allah yang akan menentukan keputusan akhirnya.

Baru beberapa kilo mereka bergerak, motorsikal tersebut dah mula meragam. Kebetulan bengkel ada di pinggir jalan. Mereka mencari bengkel terdekat dan terpaksa menunggu beberapa minit untuk dibaiki.

Selepas selesai mereka pun meneruskan perjalanan. SUN telah terpilih sebagai penunggang motorsikal tersebut. SUK memandu kereta memantau kelancaran perjalanan dihadapan. Perjalanan berjalan lancar hinggalah apabila penyakitnya datang semula. Mereka terpaksa mencari bengkel lagi untuk proses pembaikan kali kedua.

Cuaca semakin panas dan waktu solat jumaat semakin hampir. Baju yang dipakai sudah seperti orang mandi .Habis basah lencun . dahaga jangan cakaplah. Tekak kering dan nafas pun mencungap dan tentunya yang paling mencabar ialah apabila ia berlaku di bulan Ramadan. Ya Rabb..

Selepas mereka menemui bengkel dan menceritakan situasi yang berlaku, mereka mencari masjid berhampiran untuk menunaikan Solat Jumaat. Sementara itu motorsikal itu terpaksa menjalani pembedahan kali kedua. Wak pun tak taulah apa jenis penyakitnya.

Pada pukul 3.00 petang, wak menerima panggilan dari SUN. Dia akhirnya menyerah. Perjalanan memang sangat mencabar. Mekanik menyatakan bahawa kerosakannya agak berat dan mungkin pukul 7.00 baru siap.

Selepas berbincang akhirnya Wak cadangkan supaya misi ditangguhkan dan akan disambung semula pada keesokan hari. Wak hargai pengorbanan sahabat Wak ini. Menerima ujian kerohanian dan emosi dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Katanya “ Kerja Amal didahulukan, ketakwaan diutamakan”. Bila wak tanya lagi , macam mana Din, boleh tahan lagi ? “seronok-seronok” jawabnya ringkas penuh makna.

Bab 3

Oleh kerana kepenatan yang amat sangat SUN telah terbawa balik kunci dan cukai jalan motorsikal. Kebetulan malam itu Wak ada program bersama dengan orang asli di Bukit Kemadul, Kuala Langat. Nampaknya SUN tidak ada pilihan. Kunci terpaksa dihantar juga untuk menjayakan misi seterusnya esok. SUN sampai dirumah Wak pukul 11.32 malam. Nasib baik SUN ditemani isteri kesayangannya yang setia dan memahami kerja suami.

Pada hari berikutnya, ialah hari cuti. Semua orang sudah merancang program dan aktiviti. Ada yang menghadiri program jamaah dan ada yang menguruskan hal peribadi. SUN akan menghadiri program penting di Bangi. Beberapa orang yang Wak hubungi tidak dapat membantu. Sudah janji katanya. Akhirnya wak ajak isteri Wak untuk meneruskan misi yang tertangguh ini.

Wak tinggalkan semua urusan lain kerana misi ini tidak boleh ditangguh lagi. Esok hari ahad.lusa hari cuti umum.Hari Kemerdekaan. Selasa baru boleh sambung misi tetapi cuti persekolahan telah berakhir dan keadaan semakin rumit.

Wak cuba cari bengkel yang dimaksudkan oleh SUN. setelah berpusing-pusing akhirnya jumpa juga dan Wak geleng kepala.Bengkel itu agak jauh dari jalan besar. Agak tersorok dan terletak diselah-celah semak pinggir sungai berhampiran Kilang Gula. Wak cuba bayangkan SUN menolak motor mendaki jejantas untuk menyeberang lebuhraya. Wak kesian bukan apa, sebab SUN terpaksa juga membawa muatan dirinya sendiri yang bukan sekilo dua. Shabarrr ajelah.

Ini betul-betul latihan kerohanian untuk seorang qiadah bermujahadah mencari redha dan cinta Allah. Dalam cuaca panas dibulan puasa, pastinya hanya kekuatan imanlah yang menjadi pendorong motivasi diri.

Akhirnya…. wak berjaya juga amembawa motorsikal tersebut ke loksi yang telah di tetapkan dengan selamat. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Tiada lagi kerosakan baru…Wak dapat rasakan betapa sukarnya mencari ilmu ikhlas...

Setelah anda membaca cerita ini, apa pengajaran yang anda perolehi?

Cabaran Dakwah Di Kalangan Orang Asli

Baru-baru ini, lebih tepat lagi pada 20 ogos 09 - Wak berkesempatan menghadiri satu Konvensyen Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk.Penceramah yang diundang memang pakar dan sangat menjiwai bidang ilmu dan kerja yang dibincangkan.

antara topiknya ialah "pencapaian dan halatuju dakwah kepada orang asli" disampaikan oleh Dato' Dr Razak Bin Kechik. Beliau memang terkenal kerana kerja-kerja dakwah lapangan khususnya berkaitan dengan orang asli ketika bersama dengan ABIM. Antara pencapaiannya yang terbaik ialah di Kampung Orang asli Gua Musang dan Kg Orang asli Bukit Kala Gombak.

Beliau menyatakan bahawa hanya 20% sahaja orang asli di Malaysia yang memeluk agama ISlam manakala 20% lagi beragama Kristian dan bakinya kekal dengan faham anamisme.

CABARAN BERDAKWAH DENGAN ORANG ASLI

1. Gerakan Kristian yang aktif.
Mereka mempunyai peralatan dan kenderaan yang lebih canggih dan sanggup tinggal bersama dengan masyarakat orang asli. Sumbangan material yang diberikan juga banyak berbanding pihak lain. Menurutnya Pertubuhan SIB ( Sidang Injil Borneo ) telah berjaya mengkristiankan 2000 orang Asli di pedalaman Kelantan dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini.

2. Pengaruh Budaya Luar
Pelancong dan pendatang dari dalam dan luar negara serta peniaga-peniaga datang ke pos orang Asli dengan membawa bersama budaya mereka seperti arak, hiburan, perempuan dan sebagainya. Ramai anak muda dan belia orang asli yang terjebak dengan gejala sosial dan akhlak yang membimbangkan.

3. Penghijrahan Belia Ke Bandar
ramai belia berhijrah ke bandar untuk bekerja . Ini menyebabkan mereka bertebaran dimerata tempat kotaraya dan bandar menyebabkan peluang untuk berdakwah semakin sukar.

4. Pembangunan yang tidak seimbang antara rohani dan fizikal
Pembangunan di pos-pos orang asli sedang giat dijalankan oleh pihak kerajaan dan NGO tetapi usaha dakwah masih sangat minima. Menurut pengamatannya, Orang Asli sukar masuk Islam bila mereka sudah maju.

5. Tiada tindakan susulan
Kebanyakan Orang Asli yang memeluk Islam tidak diajar tentang Islam dan yang lebih teruk lagi ada yang tidak dipedulikan. Kebanyakannya tidak tahu bagaimana hendak melakukan ritual ibadah seperti solat dan sebagainya. Akhirnya ramai yang terus meninggalkan amalan dan ritual Islam dan ada yang murtad.

Jadi tidak hairanlah apabila kita melihat angka orang yang murtad terus bertambah dari masa ke semasa. Walaupun peruntukan dakwah semakin ditambah, semakin ramai graduan dan ilmuan dalam bidang dakwah, tetapi ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah. Wak nak mengajak kawan-kawan yang berkelapangan dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk menyampaikan mesej dakwah ini supaya bergabung untuk mengatur kerja-kerja dakwah ini.

Islamic Outreach ABIM telah ditubuhkan diSelangor tetapi masih kekurangan penggerak dan aktivis yang komited. Anda bagaiman?

Kisah Masyarakat Badwi di Malaysia



28 ogos 09 - Jumaat ; Wak telah diundang oleh Penggerak dakwah JAKIM di Kampung orang asli Bukit Kemandol. Program yang diberi nama Nur Ramadan dihadiri oleh ramai penduduk kampung kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Masyakat orang asli di Semenanjung Malaysia ni macam masyarakat Badwi digurun-gurun Arab. Mereka suka tinggal dikawasan yang penuh cabaran diluar kota dan bergabung dengan kehidupan alam semulajadi.

Seperti dimana-mana kampung orang asli, banyak anjing-anjing berkeliaran. Walaupun mereka bukan beragama Islam Wak tak pernah dengar ada orang asli yang makan anjing. Mungkin sebab anjing adalah binatang yang banyak membantu menjaga keselamatan rumahnya disamping menjadi teman berburu dan teman memancing.

Majlis dimulakan dengan pengisian Tazkirah oleh Ustaz Azhar dari MAIS Kuala Langat. Semasa tazkirah sedang berjalan, datang seorang pak cik yang sedang mabuk, menganggu ceramah dengan menyampuk dan membuat riuh. Kadang-kadang dia buat lawak bodoh gaya orang mabuk.

Menurut maklumat yang aku terima dari orang kampung, banyak kedai-kedai yang membekalkan arak di dalam kampung orang asli. Mereka tidak tahu siapa pembekalnya, tetapi aku diberitahu banyak orang-orang cina yang keluar masuk membuat berbagai urusan dengan orang-orang asli di sini.

Arak banyak merosakkan kehidupan masyarakat. Sebab itu Islam mengharamkan arak.Kerajaan Negeri Selangor pun sudah mengharamkan arak untuk orang Islam. Kalau orang bukan Islam, tak pulak dengar pernyataan dari ahli-ahli agama mereka tentang arak. Maknanya bagi mereka arak tu halal agaknya. Wak pun kurang arif sangat.

Arak banyak menyebabkan kehidupan manusia jadi rosak dan khayal. Fikiran manusia hanya akan berfikir tentang keseronokan fantasi dan nikmat rekaan mereka sendiri. Mereka cuba lari dari realiti perjuangan hidup di dunia yang perlukan kerja keras dan pengorbanan.

Wak diberitahu budaya mabuk-mabuk disini memang sudah jadi tradisi turun temurun. Ia dah jadi warisan nenek moyang yang sukar untuk ditinggalkan. Nampaknya hanya Islam sahaja yang dapat membawa kehidupan masyarakat orang asli keluar dari dunia khayalan mereka kepada kehidupan bersyariat.Malangnya tidak ramai pendakwah sukarela yang sanggup membimbing mereka kepada Islam.Walaupun ramai graduan dari berbagai pusat pengajian Islam dari dalam dan luar negara namun kebanyakannya tidak berminat untuk berdakwah walaupun mereka dari Fakulti dakwah!


Para pembaca semua tentu ada idea untuk jalan keluar persolan ini.wak tinggalkan untuk anda memikirkannya. Wassalam.

Selasa, 25 Ogos 2009

INGAT KUBUR, INGAT MATI


Masa Wak Kecik-kecik dulu, Bila menjelang ketibaan Bulan Ramadan, Bapak wak akan bawak semua anak-anak pergi berziarah dan membersihkan kubur Mbah dan Nyai yang telah lebih dulu dipanggil mengadap Allah SWT. Bapak Wak akan mengetuai bacaan Ya Sin dan Tahlil. ramai juga orang-orang yang turut menziarahi kaum kerabat mereka yang telah menjadi warga pusara itu.

Apabila bapak Wak semakin berumur, wak pulak bawak bapak wak pergi ke kuburan untuk menjenguk kubur waris yang Wak sendiri pun kadang-kadang dah lupa lokasinya. Wak perhatikan, tidak ramai anak-anak muda yang datang berziarah kekubur.Orang-orang tua patut menggalakkan anak-anak berziarah kekubur supaya mereka sentiasa mengingati mati.Sekurang-kurangnya apabila mereka sedang merempit tu, bila ingat kubur,mereka akan insaf dan sedar tentang kematian.

PESTA IBADAH

Bulan Ramadan sebenarnya ialah Musim Jualan Murah yang dianjurkan oleh Allah SWT kepada umat Muhammad. Berbagai jenis ibadah disediakan untuk direbut oleh semua orang yang berminat dan memang menunggu-nunggu Musim pesta ini.

Bermula dengan sahur,solat tahajjud dan hajat dan diakhiri dengan witir.Disambung dengan solat Subuh berjamaah dan wirid.selepas mengaji Al Quran boleh luangkan masa untuk membaca hadis atau buku-buku lain yang sesuai.Kalau waktu rehat,boleh solat dhuha dan tengahri teruskan mengaji untuk cepat khatam.Selepas berbuka, sambung mengaji tafsir Al Quran dan terus solat Isya' dan tarawih di masjid.Kalau boleh borong 20 rakaat.Lepas tadarus,balik terus tidur.tak payahlah layan TV. tidur lewat hanya akan mengganggu permulaan esok untuk bersahur. Sesungguhnya, Puasa itu untuk Aku ( Allah ), dan hanya Aku yang akan menentukan balasanya.(Maksud Hadis Qudsi).

PESTA JUADAH

Sejak kebelakangan ini di negara kita, budaya pesta berbuka semakin menjadi-jadi. Bermula dari Bazar ramadan hinggalah buffet di hotel-hotel dan resort mewah. Disegi ekonomi, baguslah kerana ia akan menjana pendapatan untuk mereka yang berniaga.

Bagi khalayak pengguna pula, khasnya manusia yang sebok bekerja dan tidak sempat untuk memasak dirumah, semua tawaran yang ada merupakan satu kemudahan dan alternatif yang terbaik untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

Namun, menurut pemerhatian Wak, ramai manusia hari ini, tanpa sedar , telah terjerat dengan tuntutan nafsu sendiri. Kawalan diri untuk menikmati juadah semakin lemah. Nafsu lapar yang ditambat sepanjang hari meronta-ronta untuk menerkam segala jenis makanan yang ada. Wak sendiri dulu pun, bila bertandang ke Bazar Ramadan, rasa macam nak beli semua menu yang ada.Rasa macam semuanya sedap belaka.Kemudian Wak , kurangkan aktiviti berziarah ke Bazar, kecuali dalam keadaan yang darurat sahaja. Orang yang berjualan di Bazar tentu marah dengan Wak kerana buat kempen kurangkan membeli di Bazar. Wak rasa, cuma menyatakan apa yang patut saje.

BILA RAMADAN BERTANDANG LAGI

Assalamualaikum wrt wbt,

Ana mendoakan semua sahabat perjuangan dan aktivis dakwah berada dalam sikon sihat wal afiat dan sejahtera. Di dalam suasana bencana wabak penyakit bergentayangan sekarang ini eloklah kalau kita meningkatkan amalan spiritual memohon perlindungan dari yang Maha Esa lebih dari biasa.

Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, ana dan Keluarga mengucapkan Ramadan Kareem dan bersama-samalah kita membangunkan bulan puasa ini dengan amalan-amalan ibadah dan sedekah jariah.

Sebagai aktivis dan penggerak dakwah dibumi 1Malaysia ini marilah kita bermuhasabah untuk diri kita agar menjadikan agenda -"Dakwah diutamakan, Jamaah didahulukan" .

Mari kita merenung sejenak ke dalam diri kita ;

1. Berapa banyak masa,harta, tenaga yang kita telah peruntukkan untuk membantu menggerakkan kerja-kerja dakwah seperti membantu saudara-saudara baru yang bergelut untuk mempertahankan iman mereka dari gangguan dan tekanan pihak-pihak yang berkenaan? tidak hairanlah semasa konvensyen Dakwah Non Muslim semalam ( ramai ahli ABIM yang tidak dapat hadir ) ada peserta muallaf yang mengadu hanya melihat 30% sahaja kebaikan Islam di dalam kehidupan bersama orang Melayu di Malaysia.

2. Berapa banyak minda kita diperuntukkan untuk memikirkan masalah umat Islam di persekitaran lingkungan kita? atau kita banyak menghabiskan masa kita untuk memikirkan tentang diri sendiri sahaja. Mungkin ada hanya sebok hendak menukar langsir baru ketika ada saudara yang susah berlangsirkan kain guni dan kain perca.Mungkin ada yang memikirkan untuk menukar sport rim kereta baru ketika ada saudara yang susah tidak mampu membeli segenggam beras untuk keluarga.

3. Sebagai qiadah dakwah yang telah diberi amanah, setiap hari mesti ada sesuatu kerja dakwah dan memikir tentang permasalahan dakwah dan gerakan dakwah. Syaitan dan iblis sentiasa melakukan kerja anti dakwah dan kerja kotor nya untuk menghalang mujahid dakwah dari bergerak dan berfikir tentang dakwah. Kita kena kuat dan tegar merungkai belenggu syaitan dan godaan iblis dari menunaikan amanah dakwah. apakah kita sudah ada jawapan yang kita akan berikan kepada Allah diakhirat nanti? Entah-entah soalan malaikat dikubur pun kita tak terjawab.

4. Justeru, ketika semua syaitan dan Iblis ditambat, marilah kita bangkit dan bergerak kehadapan untuk memimpin dan membangun umat yang memerlukan. Sesungguhnya andalah yang terbaik dan terhebat untuk melaksanakan kerja dan misi ini kerana anda sangat istimewa di Allah ketika anda berusama meningkatkan Takwa.

Kalau bukan kita, siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi...

5. Ampun maaf sebanyak-banyaknya atas kelemahan dan keterlanjuran diri.

RAMADAN KAREEM.
ALLAHU AKRAM

TAKBIR !

WAK JURAGAN