Isnin, 7 November 2011

kemeriahan Aidil Adha, Ringkas tapi Signifikan

"Kenapa perlu korbankan haiwan untuk dipersembahkan kepada Tuhan? Ini seperti amalan agama kuno tinggalan nenek moyang kita dulu.". Ungkapan ini menarik untuk kita fahami dengan pencerahan ilmu yang benar dan bukan kepada tanggapan umum semata-mata.

Haiwan korban yang kita sembelih pada Hari Raya Aidil Adha dan Hari Tasyrik itu adalah sebagai satu amalan kepatuhan kita kepada perintah Allah seperti mana yang telah dilakukan oleh Nabi Ismail Alaihi Salam. Keyakinan dan ketaatan kepada perintah Allah ini merupakan satu tahap keimanan yang sangat tinggi bagi seorang hamba kepada Maha Pencipta iaitu Allah SWT.

Sembelihan haiwan korban bukanlah satu persembahan istimewa untuk dewa atau Tuhan seperti amalan agama-agama lain tetapi ia lebih kepada mengangkat syiar agama Islam yang sangat penting dan signifikan kepada semua umat Islam. Pada hari raya korban ini, para fakir miskin dapat merasai kasih sayang dikaya dan dermawan yang sedia memberikan sebahagian hartanya untuk dinikmati oleh saudara-saudaranya yang lain.

Tahun ini masjid diKariah saya seperti biasa menganjurkan Program Ibadah Korban. Tujuannya untuk menjadikan sambutan ibadah korban ini menjadi satu kemestian dan budaya murni yang mesti disemarakkan. Alhamdulillah saban tahun program ini mendapat sambutan dari seluruh warga kariah. Bagi yang mampu mereka akan mengorbankan seekor lembu dan bagi yang kurang berkemampuan akan berkongsi bahagian dengan rakan-rakan dan kaum keluarga untuk membeli haiwan korban.

Ternyata umat semakin ramai dan daging korban yang disediakan masih belum dapat menampung jumlah penduduk yang semakin pesat dan bertambah. Tahun ini hanya 12 kor lembu berjaya dikorbankan. Setiap bungkusan seberat 600gram diagihkan kepada 400 orang penduduk fakir miskin yang dipilih. Namun begitu kehadiran saudara-saudara seagama dari Bangladesh, Pakistan, India dan Kampuchea@Cambodia turut menambahkan lagi kemeriahan suasana. Kami tidak dapat memberikan agihan daging korban kerana jumlah yang terbatas tetapi kami menyediakan sup tulang yang sangat lazat untuk dinikmati oleh setiap pengunjung yang datang.

Namun begitu ketika mereka menadah tangan dan membuka mulut meminta agihan daging korban kami terpaksa katakan TIADA dengan berat hati dan ribuan kemaafan kerana jumlah yang terhad. Namun begitu kemeriah nsambutan tetap dapat dirasakan. Walaupun ia ringkas tapi tetap siignifikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan