Selasa, 8 November 2011

Ini Baru Pisau Sembelihan

Tahun ini wak diminta oleh Panitia Masjid untuk membantu menyembelih lembu untuk Program Ibadah Korban.Tahun lalu wak diminta menyembelih dua ekor lembu tetapi pisau yang wak gunakan memerlukan tenaga dan kudrat untuk memastikan sembelihan berada dalam keadaan sempurna.

Wak teringat kepada pisau yang digunakan oleh guru wak tahun lalu..Wak ingat pisau dapur untuk kupas bawang sebab rupanya cuma biasa-biasa saja tetapi tajamnya luar biasa. Wak cuba tanyakan Paman Google dimana nak dapatkan pisau tersebut. Menurut maklumat yang diberikan pisau tu harganya sekitar Rm150-rm250 .Akhirnya Wak dapatkan satu pisau jenama VICTORINOX buatan SWISS. Ternyata hasilnya memuaskan.Ianya lebih ringan dan sangat tajam. selapas empat kali sembelihan, ianya masih belum perlu diasah lagi. Tetapi sayang, ia tidak didatangkan dengan sarungnya sekali.Takut disalah guna.Bahaya Pisau Telanjang!

1 ulasan:

  1. Pisau sembelihan banyak dan melambak dipasaran...pilih aje mana yg berkenan....pisau victorinox mmg datang begitu, sarungnya dijual dlm bentuk knife roller 7, 14 atau 20...klu sebilah...dinasihatkan buat sarungnya guna PVC, kayu, kadbod dll......lebih elok guna knife roller (taruh 2,3 pisau, sharpening steel, hook dll)

    BalasPadam