Selasa, 17 Mei 2011

Prof Dr Wahbah : Peruntukkan 8 jam sehari menulis Kitab




selepas Wak selesai tugas sebagai penterjemah di Yayasan Selangor, Wak diminta oleh pihak penganjur untuk terus menemani Syiekh Wahbah ke UKM untuk bertemu dengan para pensyarah dan pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Semasa dalam perjalanan, banyak perkara yang kami bualkan. Wak menggunakan kesempatan masa yang terbatas untuk bertanya beberapa soalan berkaitan politik,hudud - fitnah qazaf , pendidikan,syariah bahkan hingga ke soalan peribadi.

Antara perkara yang Wak tanyakan ialah pandangannya terhadap isu revolusi di rantau Arab. Beliau menyokong apa yang dilakukan oleh rakyat kerana mereka telah dizalimi, ditindas dan dinafikan hak mereka sekian lama.

Wak juga bertanya tentang pengalamannya menghasilkan mahakaryanya itu. Beliau menjelaskan bahawa kedua-dua kitab tersebut disiapkan dalam tempoh lima tahun.Ketika itu beliau bertugas di Emirates. Anak dan isterinya di tinggalkan di Syiria. Beliau menghabiskan masa sehari 8 jam untuk menulis dengan tangannya sendiri.Kadang-kadang hingga 16 jam sehari jika ada kelapangan.

Wah, sungguh luar biasa sekali. Komitmen yang sungguh luar bisa.Hasilnya pun luar biasa! Anda bagaimana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan