Sabtu, 12 April 2014

TUDANG SIPULUNG

                         antara saudagar-saudagar DPIM yang bersama dalam majlis ini

                                            Mereka santai berbual membina jaringan dan silaturahim

  Ketua HIPMI Kota Makassar sedang memperkenalkan wiraswasta muda Makassar
  Saudargar Malaysia sedang mengira untung rugi bisnes yang akan dilakaukan disini

TUDANG SIPULUNG

Banyak kain-kain rentang besar digantung disimpang jalan mengalu-alukan kehadiran kami dan juga acara yang akan diadakan iaitu Tudang sipulung. Berdasarkan kepada persiapan, nampaknya pihak tuan rumah dan penganjur bersungguh-sungguh mengalu-alukan kehadiran kami dan penganjuran program ini. Tudang bermakna duduk dan sipulung bermakna berkumpul bersama. Jadi Maksud ungkapan ini ialah Majlis perbincangan membahas sesuatu perkara atau isu .  

Malam ini akan diadakan acara penting untuk kami bertemu dengan rakan-rakan dagang pengusaha muda Makassar. Sebelum pertemuan, kami menikmati makan malam yang sungguh lazat. Pada mulanya tidak ramai yang hadir.Mungkin kami yang terlalu awal sampai. Akhirnya dewan penuh hingga  tidak ada kerusi yang kosong. Juadah hidangan juga habis  licin.

Pada malam itu, pengerusi majlis yang memulakan majlis berpakaian agak seksi. Skirtnya agak singkat. Dalam rombongan kami ada nazir dan juga imam masjid .  Menyedari kami agak kurang selesa dengan situasi itu, wakil penganjur dalam ucapan alu-aluannya sempat memohon maaf kepada para hadirin semua jika ada perkara yang ‘tidak sesuai’ dalam majlis itu.Sebelumnya, MC mengajak kami berdoa dan bertafakkur untuk mangsa MH370. Kami mengikutinya  dengan  membaca fatehah dan doa.

Seterusnya,  Sesi  memperkenalkan anggota usahawan oleh ketua delegasi masing-masing.  Selepas sesi perkenalan, kami berbual-bual dengan pengusaha-pengusaha tempatan mengikut bidang dan jenis perniagaan yang diminati. Kebanyakan yang hadir adalah dari kalangan usahawan muda Makassar .Ada yang baru nak terlibat dalam bidang bisnes dan ada yang meneruskan usaha wali atau keluarganya. 

Selepas selesai sesi berbual dan bertukar-tukar kad perniagaan, sesi diteruskan dengan segmen  hiburan. Mereka yang suka ‘berkaro k’ akan menyumbangkan suaranya untuk hiburan rakan-rakan yang lain. Ada yang suaranya ok da nada yang ko.Oleh kerana aku rasa dah terlalu  penat dan mengantuk, aku angkat kaki dan balik ke bilik. Bagusnya, majlis itu diadakan di dewan hotel tempat kami menginap. Jadi boleh  balik bilik dab terus tidurrrr…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan