Jumaat, 11 April 2014

INILAH KOTA DAENG

SUBUH DI MAKASSAR

Kami dimaklumkan oleh jurupandu kami, bahawa waktu di solat di Makassar adalah pada jam 4.50 pagi. "Waduh,,,awal banget nih"..Bayangkan jika ini berlaku di Malaysia. Sekarang subuh di Malaysia jam 6.00 pagi pun tidak ramai yang dapat bangun pagi , apa lagi untuk berjamaah di masjid dan surau. Bersyukurlah kita di Malaysia tidak seperti Negara-negara lain yang pergerakan waktunya kadang-kadang begitu ektrim.

 Pukul 6.00 pagi di sini, suasana diluar sudah cerah dan terang. Cuma tidak banyak kenderaan dijalan kerana masih awal untuk ke pejabat dan ke tempat kerja. Oleh kerana majoriti penduduk disini beragama Islam, banyak masjid dan surau di penjuru simpang dan dicelah kedai-kedai perniagaan. Shahdunya bila  kedengaran azan bersahut-sahutan dikeheningan pagi dari pelbagai arah kota Makassar. Subhanallah…


SEPETANG MENIKMATI PANORAMA SENJA DI LOSARI, MAKASAR


Petang ini, kami balik awal, iaitu selepas waktu asar. Waktu asar di sini sekitar jam 3.30 petang. Sementara menunggu masuknya waktu Maghrib, aku bersantai diluar bilik hotel sambil menghirup udara petang yang segar dan angin petang yang mendamaikan. Penduduk disini menyebutnya sebagai Anging Mamiri ( angin sepoi-sepoi bahasa ). Mentari sudah berada diufuk barat  dan mula mengucapkan selamat tinggal dan selamat malam kepada siang. Panoramanya sungguh indah sekali. Sebenarnya, dimana-mana pun matahari terbenam tetap indah dan memukau. Subhanallah..Mahasuci Allah yang telah menjadikan alam ini. Aku sempat merakamkan beberapa keping gambar panorama senja di Makassar sebagai kenang-kenangan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan