Sabtu, 30 Mei 2015

KEHEBATAN DAN KETEGUHAN CITY WALL


Meskipun kini Xi’an telah menjadi 1 dari 13 kota megapolitan di China, peninggalan sejarah berharga dikota yang pernah menjadi ibu negeri pemerintahan kerajaan China kuno  tetap dilestarikan dan dipulihara dengan baik. Di Xi’an, antara lain kita masih dapat melihat tembok kota yang tinggi dan kukuh mengelilingi kota yang berdiri sejak zaman Dinasti Ming pada tahun 1370 Masehi seluas 14 km2. lengkap dengan gerbang (gate) yang terdapat di beberapa pusat kawalan diatas kota tersebut.





Bagi pengunjung yang ingin melihat panorama dan menelusuri keindahan dan kehebatan kota ini, anda boleh membeli tiket masuk bernilai RMB 54 seorang. Untuk memudahkan kita meneroka seluruh kota tersebut, perkhidmatan basikal ‘mountain bike’ disediakan. Kadar sewa untuk dua jam ialah RMB 45 untuk sebuah basikal. Jika anda inginkan kayuhan yang lebih bersemangat dengan pasangan atau dengan teman anda, basikal berkembar pun ada disediakan. Kadar sewanyanya dua kali ganda. Jadi sama saja. Sorang kena bayar RMB45 juga.


Keadaan permukaan di atas kota tidak rata kerana batu-batu yang disusun menjadi lantai telah dimakan usia dan menempuh berbagai keadaan cuaca. Berhati-hati ketika berbasikal tetapi jika cuti sekolah atau perayaan, jumlah pengunjung mungkin terlalu ramai. Masa terbaik rasanya bulan mei dan jun kerana cuaca tidak terlalu sejuk dan terlalu panas. Kalau tengahari pun masih terasa nyaman.. Jika anda kurang sihat atau tidak biasa berbasikal, anda boleh berjalan-jalan disekitar kota itu dan duduk menikmati panorama yang ada. Semasa berbasikal anda adapat merasakan getaran pada tangan anda kerana jalan yang berbatu dan berlubang. Anda akan merasa kebas dan lenguh, tetapi itu adalah senaman yang baik untuk kesihatan tubuh anda. 

1 ulasan: