Sabtu, 23 Mei 2015

MUSLIM STREET

DiKawasan old own di Kota Xi’an ini ,kita dapat menjumpai perkampungan Muslim yang sudah ada sejak sekitar 1400 tahun yang lalu. Kawasan ini juga dikenali sebagai ‘Muslim Quarter’ atau ‘Hui People’s Street, suatu kawasan yang majoriti penduduknya adalah masyarakat suku Hui yang beragama Islam.  


Bagi para pengunjung muslim yang berkunjung ke Cina memang tidak sah kalau tidak datang  bertamu ke kota Xian. Ini kerana di kota ini lah sejarah Islam dan umat Islam bermula. Anda  akan lebih santai bila berjalan kaki, selain dapat melihat-lihat bangunan lama yang masih berdiri, anda juga dapat membeli souvenir atau cenderamata yang menarik seperti barang antik, kaligrafi, lukisan, aneka busana dan berbagai lagi barangan yang ditawarkan di sini . Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. 






Tetapi anda disarankan untuk menawar harga serendah 50% untuk mendapatkan harga yang terbaik. Ada peniaga yang boleh berbahasa Inggeris asas untuk anda menawar harga. Jika mereka tidak mampu berbahasa Melayu atau Bahasa inggeris pun , anda masih boleh berseronok berbelanja dengan menggunakan  mesin kalkulator untuk menawar harga. Jika anda beu pernah melakukannya, cubalah...


SYURGA MAKANAN HALAL


Bila di negara lain pelancung biasanya sukar untuk mendapatkan makanan halal, tetapi di kota ini para pelancung dapat memilih menu makanan mengikut selera mereka kerana berbagai aneka makanan  yang dijual di sana terjamin halal. sebab itulah mengapa kota Xian juga  boleh disebut sebagai ‘Surga makanan Cina Halal’.

Dikawasan ini ada beratus-ratus kedai dan gerai menjual berbagai jenis  makanan yang unik dan eksotik.







Daging lembu dan kambing yang ditusuk dengan batang kayu, bila dibakar ia menghasilkan aroma yang sungguh sedap. Bila dimakan, lagilah sedap.


Selain makanan Cina ,di kota ini juga ada makanan ala timur tengah seperti Roti bulat berlubang-lubang . Kalau di Mekah, ia dimakan dengan kuah dal atau kari kambing.  Semua restoran di sini  hanya menyediakan minuman popular iaitu  teh hijau panas. Ramai orang Cina suka minum teh ini kerana percaya dengan khasiat dan kebaikannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan