Selasa, 12 Mei 2015

EKSPLORASI DAKWAH KE XIAN, CHINA


Kumpulan eplorasi kami seramai lapan orang terdiri dari lima orang sukarelawan MTG ( Masjid Tour Guide ) di Masjid Sultan salahuddin Abdul Aziz shah, Shah alam. Seorang wakil IOA ( Islamic Outreach ABIM ) , seorang wakil MAIS ( Majlis Agama Islam Selangor ) dan seorang wakil Masjid Negeri.

Kami bertolak dari masjid negeri pada jam 11.30 tengahari dan solat jumaat di Masjid KLIA2. Kami bertolak menggunakan van masjid negeri dan makan tengahari di sebuah restoran di KLIA2. Kami memesan nasi lemak yang bernilai hampir Rm20 yang biasanya cuma Rm5 dikedai biasa.


Tujuan misi kami ialah untuk meneroka perjalanan kehidupan umat Islam di Negara China dan merasai sendiri cabaran hidup sebagai seorang muslim dalam sebuah negara komunis. Dengan jumlah hanya beberapa peratus sahaja umat Islam berbanding 90% warga China tidak menganut mana-mana agama, tentunya kehidupan disini sangat mencabar.


KLIA2

Bagi rakyat Malaysia yang belum pernah menggunakan perkhidmatan KLIA2 pasti merasa bangga dengan lapangan terbang yang begitu besar dan gah sekali. Banyak kedai-kedai barangan yang menawarkan produk yang pasti harganya sesuai dengan kemewahan tempat dan suasanyanya. Ada barangan yang anda mampu beli dan ada barangan yang anda mampu tengok. Semuanya ada di sini.Keterujaan anda semakin menjadi-jadi apabila anda mula bergerak untuk menuju ke kapal terbang yang akan membawa anda terbang, pasti anda akan merasakan betapa besar dan luasanya lapangan terbang ini. Kemudian anda akan merasakan kaki anda terasa lenguh dan perlukan sedikit rehat jika anda memang mempunyai berbagai penyakit dalam badan anda.


Jika anda baru pertama kali menggunakan KLIA2 anda dinasihatkan untuk menyediakan ruang masa yang mencukupi untuk boleh sampai ke pesawat mengikut masa yang ditetapkan. Kesilapan anda memilih pintu dan laluan boleh menyebabkan anda tertinggal pesawat. Bagi anda yang ingin menggunakan kenderaan BUGGY, ia disediakan di laluan utama sahaja. Silakan naik jika ingin mencuba. Lambai dan naik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan