Ahad, 12 April 2009

Gerakan Islam Yang Semakin Matang

Assalamualaikum wrt wbt

1. Wak minta maaf kepada semua pengunjung kerana tidak dapat memberikan catatan baru untuk blog ini kerana masalah streamyx yang berlarutan sampai dua minggu.

2. Al hamdulillah semuanya dapat diatasi dengan penuh kesabaran dan tanpa marah-marah. Cuma kadang sakit hati juga kerana kerja yang sepatutnya boleh selesai sehari, bertangguh-tangguh sampai 2 minggu. saidina Umar Al Khattab pernah pesan " jangan tangguhkan kerja hari ini hingga hari esok".

3. Hari ini Wak Dijemput menghadiri perasmian mesyuarat satu Parti Politik yang membawa aliran ideologi Islam sebagai teras perjuangannya. Ramai juga orang yang Wak jumpa. Dari kenalan dan sababat lama hinggalah ke bekas pelajar yang Wak pernah ajar dulu.



4. Wak bersyukur kerana rata-rata pimpinan PAS telah menyatakan perlunya Gerakan Islam bekerjasama dan bersatu untuk menegakkan Islam. Undangan untuk menghadiri Perasmian ini juga tanda bahawa persahabatan antara Gerakan Islam perlu dirapatkan dan dimesrakan lagi.

5. Anehnya, perkara ini tidak berlaku semasa mereka belajar di Mesir dulu dan masakini. Bahkan, masa Wak datang berkunjung pada bulan 10 tahun lepas, sikap dan pemikiran pelajar masih seperti zaman Wak belajar 19 tahun yang lalu! Sikap dan fikiran jumud ini adalah sangat merugikan kerana kesannya akan dapat dilihat dengan jelas bila mereka balik ke Malaysia.

6. Sebagai mahasiswa Universiti tersohor sepatutnya mereka digalakkan untuk berfikiran terbuka, berlapang dada, kreatif dan enovatif dalam pembelajaran dan meneroka pengalaman tetapi nampaknya perkara yang sebaliknya berlaku.

7. Wak ucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat yang masih istiqamah dengan perjuangan walaupun telah bekerjaya dan berkeluarga.

8. Marilah kita rapatkan barisan, tingkatkan prestasi dan elakkan kontroversi kerana Gerakan Islam semakin Matang.

WJ - Dulu hulur tangan bersalam, pandang muka pun tak mau.

1 ulasan:

  1. kampus zaman yang penuh dengan idealisme dan semangat, bila keluar kampus, baru tahu langit tinggi rendah, mak tak bagi keluar malam, isteri asyik bertanya , hujung minggu sibuk, tak ada masa nak bersama keluarga, Nah ! ketika ini baru kita siapa yang tegar, Dapat J Qaf, terus jauh dari perjuangan !

    BalasPadam