Khamis, 23 April 2009

Berkonflik dan Berunding

Selepas Majlis Kesyukuran Selesai, kami memohon izin untuk mengundur diri kerana ada urusan dan majlis lain. Kami solat asar di surau hotel di aras 3.Semasa berjalan menuju ke kereta, kami terpandang suasana jalan raya dibelakang hotel penuh dengan penjaja pasar malam.

Apabila kami hampir dengan kereta, keadaan menjadi lebih memeranjatkan kerana kereta Cikgu Mus betul-betul dibelakang kuali panas. Mak Cik yang sedang goreng karipap tu dengan selamba berkata "tiap minggu macam ni.kami dah beritahu pihak hotel minta buat pengumuman, lagi pun notis kan dah diapcak di tepi tu".

aku cuba minta izin untuk tolak sedikit barang jualannya ketepi sikit untuk beri ruang kereta mengesot keluar tapi dia buat-buat sebok aje. nasib baik aku ni seorang yang penyabar.kalau ikut hati panas, macam nak terbalikkan aje kuali tu. Aku cuba pula berunding dengan seorang brader sebelah yang jual air minuman. Aku gunakan kepakaran aku sebagai perunding untuk mendapatkan bantuannya mengalihkan lori yang menghalang kereta kami.

Walaupun dalam keadaan marah-marah, nampaknya dia sedia untuk bekerjasama dan membantu kami. Rugi pulak aku tak bawa kamera. Kalau tidak boleh aku kongsikan dengan pembaca semua tentang keadaan posisi kereta tu.

Selepas lori tu dialihkan, dengan susah payah dan pengalaman lebih 30 tahun memandu, Cikgu Mus berjaya membawa keluar keretanya dari terperangkap di pasar malam. Sebuah kereta yang ada disebelah kami langsung tak boleh nak bergerak. Kesian betul sebab kakak tu ada bawak beberapa anak kecik.

Dia mengaku kalah dan terpaksa datang semula selepas pukul 10 malam ketika semua peniaga telah menutup perniagaan mereka.Al hamdulillah, akhirnya kereta berjaya dikeluarkan dan perjalanan Cigu Mus dan Hj Bakir dapat diteruskan.

Moral ceritanya, melepaskan perasaan marah dan geram dalam suasana kritikal dan konflik tidak akan menyelesaikan masalah. Kawal diri dan berbicara dengan hikmah dan penuh diplomasi. Yang penting berdoa dan yakin masalah anda dapat diatasi.insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan