Rabu, 15 April 2009

Adakah kita Lesu kerana Nafsu

Orang-orang tua dulu berpesan, "kalau ikut hati, mati, ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa,ikut akal kekal"

Dalam melakukan kerja-kerja dakwah ini banyak cabaran dan halangan. Kerja dakwah bukan sekadar mengajak manusia kepada kebaikan tetapi juga mencegah kemungkaran. Kalu nak mengajak manusia untuk melakukan kebaikan pun kita tak mampu nak buat apa lagi nak mencegah kemungkaran.

Kerja dakwah adalah kerja sukarela dan hanya mengharapkan mardhtillah. Perangsang utama untuk bekerja ialah habuan akhirat yang dijanjikan Allah. Tetapi amanah dakwah bukan hanya dipertanggungjawabkan kepada ustaz dan pegawai agama sahaja tetapi ia adalah tugas semua umat Islam. Semua orang berpeluang untuk membuat kerja dakwah sama ada di dalam bidang perguruan, perniagaan, politik, perubatan dan sebagainya.

Namun begitu, kesibukan dan fokus yang berlebihan dalam urusan dunia kadang menyebabkan kita terlepas pandang atau terlalai dalam kerja dakwah atau membantu kerja dakwah. Kadang-kadang sepatah dua kata-kata yang merangsang lebih baik dari sedekah segunung emas yang diberi tanpa keikhlasan hati.

Jadi sebagai sebagai juragan yang mengemudi bahtera jemaah dakwah, Wak rasa perlu sentiasa muhasabah diri sendiri dan juga semua krew dan petugas dalam bahtera ini, agar sentiasa memperbaharui dan membetulkan niat atau mind setting dalam misi dakwah yang semakin mencabar.

"Kita kena maju selangkah kehadapan dari jemaah yang lain, apa lagi dari pertubuhan agama lain. Kalau bukan qiadah yang memberi, siapa lagi lagi yang boleh kita harapkan.ingatlah bahawa amanah ini akan menjadi pertanyaan dikemudian hari. Dalam kehidupan dunia yang sementara ini marilah kita rebut peluang yang ada untuk simpanan dan bekalan diperjalanan yang penuh cabaran menuju alam akhirat.

Kalau tiada harta yang ingin disumbang, kalau tidak pun berilah sedikit tenaga kederat yang ada, tapi kalau tidak berupaya,berilah idea dan pandangan, tapi kalau rasa tak sempat, berdoalah dalam solat dan munajatmu - " Ya Allah , berilah aku kekuatan dan keazaman seperti Sahabat-sahabat Rasulullah berjuang menegakkan Islam, kerana aku sentiasa kalah dengan pujukan nafsu dan bisikan syaitan"

Wak - Kadang Rasa nak terjun laut bila rasa kapal macam nak karam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan