Khamis, 16 April 2009

Bila Tergesa-gesa Bala Pun Tiba

Hari ini Wak mengahdiri jemputan untuk Majlis Dialog dan Penerangan tentang Program SPIES di Batu Laut, sepang.

Wak bertolak awal kerana tempat itu agak jauh dan tak sempat sampai awal.Maklumlah Wak ni memang jaga masa dan jarang lambat dari masa yang dijanjikan.
Wak periksa air radiator kereta dan pastikan semuanya dalam keadaan baik.

semasa dalam perjalanan balik Wak rasa kereta Wak ada sesuatu yang tidak kena. Bila tekan minyak sikit, bunyi pelik di bahagian bawah kereta. Wak tak syak apa-apa sebab mungkin sebab masalah kecil je. Wak teruskan perjalanan dan sempat singgah di Kem El Azhar, Morib untuk membuat tinjauan dan tempahan untuk program kursus yang akan datang.

Semasa sampai di Kg Seri Cheeding, kereta Wak dah tak larat nak bergerak lalu tersenggu-senggut dan Wak bawa ke tepi jalan.

Cuaca sangat panas terik dan bila Wak buka penutup enjin asap keluar berkepul-kepul.
rupa-rupanya penutup radiator dah tak ada. Enjin betul-betul kering..

Astaghfirullah...patutlah bunyi pelik je dan ada bau hangit . rupa-rupanyanya memang dah teruk sangat. Nasib baik enjin tak terbakar. Seram juga rasanya sebab masa wak lalu di Batu 9 Kebun Baru ada sebuah kereta Innova tinggal rangka aje terbakar ditepi jalan.

Wak mengucap syukur kerana keadaan kerosakan yang Wak alami masih boleh diselamatkan. Kebetulan kereta tu semput dekat dengan sebuah pejabat bengkel besar. wak jumpa kerani kaunter tu minta izin nak ambil air paip untuk mandikan enjin kereta bair sejuk.

Amoi yang jaga kaunter tu dengan senyum manis menyuruh Wak mengambil air di paip dekat pondok pengawal.Beberapa orang muda, Wak rasa anak-anak Sabah, datang bertanya masalah dan terus membantu mencari botol dan membawakan air untuk mandikan enjin yang panas.

Selepas beberapa minit, enjin pun dah sejuk dan kereta Wak dah boleh jalan balik. Al hamdulillah dan Wak singgah di pekan Jenjarom untuk membeli penutup radiator yang baru. Apek tauke tu tawarkan jenis yang baik dengan harga Rm15 dan yang tiruan dengan harga Rm5 sahaja.

Wak beli yang ori dan mahal sikit.Biar tahan lama sikit. Lagi pun untuk kebaikan dan keselamatan diri Wak juga.

semasa memandu Wak terfikir bahawa kecuaian Wak semasa mengisi air ke radiatorer pagi tadi agak tergesa-gesa dan gopoh. Wak rasa tak pasang balik dengan kemas dan betul. Mungkin ia tertanggal semasa Wak melalui jalan pintas di kampung Tali Air yang ada 11 bonggol.

Moral ceritanya, biar cermat asal selamat.Amalan tergesa-gesa itu dari bisikan Syaitan dan berakhir dengan kekesalan.sayangilah kereta anda sebagaimana anda sayang anak isteri anda.

WJ- Wak tenang aje sebab dah tiga kali kena kes macam ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan