Isnin, 10 Mei 2010

Ikon Hari Ibu.Kenapa Bukan Khadijah?

Semalam 9 Mei 2010 - Semua orang disarankan agar menghargai ibu yang masih ada. Sebagai tanda kasih sayang dan penghormatan, tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap pengorbanan dan perjuangan, membesarkan dan mendidik anak hingga menjadi insan beriman dan bertaqwa. Wak pun terikut sama untuk memberikan sesuatu untuk Ibu wak yang dengan sabar dan gigihnya mendidik dan mengajari wak untuk menjadi insan hingga ke tahap ini.

Selepas merasmikan Program kejohanan Olahraga Sekolah ( Selaku YDP wak diminta merasmikannya) wak minta diri awal.Ada banyak urusan lain.Ketika wak pergi ke sebuah kedai kek, ramai orang yang membeli kek untuk 'Happy Mother's Day'. Ketika dalam perjalanan balik Wak terfikir tentang tarikh hari ibu ini.siapa yang mencadangkannya dan sempena apa. Kenapa umat Islam tidak menjadikan tarikh kelahiran atau kewafatan Saidatina Khadijah sebagai lambang ibu sejati? Nampaknya cara berfikir dan tindakan kita masih dijajah dengan corak pemikiran Barat.( Baca : Yahudi ). Wak cadangkan agar selepas ini, semua umat Islam menggunakan tarikh Ibu Khadijah dijadikan sebagai ikon ibu muslimah sejati kita.

Wak tengok setiap kali ada Hari-hari memperingati sesuatu ini digerakkan dan dijana oleh ahli-ahli perniagaan yang berkepentingan. Memang hebat idea tersebut dan tidak salah pun tetapi yang salah dan silapnya ialah diri kita sendiri. Kita sentiasa menjadi pengguna bukan pencetus atau pengeluar idea atau produk sendiri. Kita seperti ikan yang selalu mengejar umpan pengail.Sudahnya, ikan menjadi juadah rebuta dimeja hidangan. Inilah akibat dari kebekuan dan kelesuan umat dari berfikir.Sedangkan seruan dan ingatan Allah dalam Al Quran jelas mengajak agar kita terus menggunakan akal untuk berfikir.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wrt Wbt:

    Bulan Mei banyak betul ada hari-hari yang istimewa, hari Buruh, Hari Ibu , hari Guru, hari jadi. Jom kita lihat sejarah hari-hari tersebut:

    1.Wikipedia menyatakan hari ibu adalah satu perayaan yang disambut orang-orang kafir masyarakat Kristian. Greek Kuno memanggilnya hari cyebele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka Rhea. Roman Kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati Dewa Juno, ibu kepada Juventas, Vulcan dn Mars.

    2.Dalam tradisi awal kristian di England, sambutan pada Ahad ke 4 bulan Lent diadakan untuk memperingati Mary, ibu kepada Jesus. Walaubagaimanpun tradisi ini sudah diliupakan . Apa yang tidak berubah ialah setiap Hari Ahad lama kelamaan dijadikan hari cuti Masyarakat England.

    3.hari Ibu yang dirayakan pada setiap ahad minggu ke dua bulan Mei, diperkenal dan diusahakan secara bersunngguh oleh Anne M Jevis pada tahun 1907 di Amerika Syarikat . Beliau melakukan perayaan ini kepada ibunya Ann Marie Reeves Jaevis. Hasil usaha keras Anne mempromosi dan dan kempennya membolehkan presiden Amerika ketika itu mengisytiharkan hari Ahad minggu kedua bulan Mei sebagai hari ibu.

    4. hari ibu semakin universal dan disambut di lebih kurang 40 buah negara seluruh dunia. Walabagaimanapun negara Thailand menyambutnya pada 12 hb Ogos sempena memperingati tarikh kelahran Queen Sirikit.

    Persoalan yang timbul, apakah hukum menyambut Mother' Day ? Adakah sama dengan hukum menyambut Valentine's Day.

    1. Sebahagiannnya berkata harus, selagi niatnya betul, bukannya memuja Ibu Tuhan dan berbuat baik kepada ibub adalah satu anjuran dalam Islam.
    2. Ada yang berpendapat haram kerana berdasarkan:
    a) " sesiapa yang menyerupai sesuatu kaumitu, maka dia itu termasuk dalam golongan mereka"
    Imam Abu Daud dalam Musnadnya, Imam Ahmad dalam musnadnya, Imam As Suyuti dalam jami'e Sagheer.
    b) Mengasihi ibu bapa, mendoakan mereka adalah kewajipan anak pada setiap masa, bukan hanya musim-musiman.
    refer ayat 23-24 surah Al Israa'.

    Pandangan:
    1. sebagai gerakan dakwah , perlukah kita bertaklid sama dengan yang lain? Alangkah baiknya kalau kita angkat Khadijah Bt Khuwailid sebagai role Model Ibu Muslim Sedunia. Tidak berdirinya Islam melainkan dengan pengorbanan ( harta benda, tenaga, moral supprt ) Khadijah.Ada sesiapa boleh dapatkan tarikh kelahiran Khadijah ?
    2. kuatnya pengaruh Amerika dalam kehidupan orang-orang islam seluruh dunia. Semua hari-hari yang disebutkan diatas telah diproklamsikan oleh Presiden Amerika Syarikat, dan akhirnya menjadi ikutan seluruh dunia.
    3. Dominannya sekular keatas Islam. Hinngakan hari-hari, bulan-bulan dan tahun menggunakan kalender Masihi. sedangkan Islam mempunyai kalender Hijrahnya sendiri. Boleh kita cadangkan Hari Ibu kita sendiri ?

    4. Dimana Ummat Islam berdiri..... ..?

    Wallahua'lam Bissowab

    Kak Wardah

    BalasPadam