Isnin, 11 Januari 2010

Isu Penggunaan Kalimah Allah - Ada yang Menangguk di air Keruh

Awal tahun Masehi 1 Januari 2010 ini umat Islam di Malaysia digegarkan dengan isu panas. Isunya ialah Penggunaan kalimah Allah oleh Umat Kristian.Isu ini telah lama Wak ikuti.sejak tahun 2007 lagi. ketika itu tidak ramai yang peduli.Hanya beberapa NGo Islam yang memperjuangkan isu ini.Ketika itu ABIM menggerakkan ACCIN dan PEMBELA untuk menangani isu teras Islam...soal aqidah.

Tiba-tiba isu ini mendapat liputan istimewa dari akhbar-akhbar utama berbahasa Melayu.Akhbar utusan paling maju ke depan.Pada hari isnin 4 Januari 2010 - lebih 3 muka surat khusus untuk isu tersebut,Berbagai pandangan dari tokoh-tokoh politik UMNO dan NGO yang pro-UMNO diberi ruang untuk menyatakan pandangan. Keadaan betul-betul panas dan hangat.

Wak diminta untuk menggerakkan satu perhimpunan umat di Selangor. Apabila wak ajak kawan-kawan berbincang, nampaknya ramai yang tidak berkelapangan.Ramai yang tidak dapat hadir.Akhirnya wak putuskan untuk buat kempen petisyen bantahan. Aktivitinya cuma kumpul tandatangan.Beberapa risalah dan rencana diedarkan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat.

Sebenarnya Wak pun hairan juga dengan isu ini.Isu berkaitan agama tentulah sangat sensitif. peliknya, kenapa hakim yang juga paderi sambilan diberi mandat untuk mendengar kes ini? Wak rasa semua orang sudah dapat mengagak keputusan yang akan dibuat.

Pada 8 januari 2010 - Kempen kesedaran umat - yang kami rancang berjalan seperti yang dirancang. Seorang rakan wartawan memaklumkan pagi itu ada 3 buah gereja dibakar.Dia menasihatkan wak berhati-hati.

Program yang dirancang dimasjid negeri telah digabungkan dengan Badan Dakwah Daerah Petaling.Mereka mencadangkan agar majlis penerangan dibuat oleh ABIM, PUM ( Persatuan Ulama' Malaysia) dan PIMPINAN( persatuan imam dan jurunikah Selangor).Pihak polis hanya membenarkan perhimpunan dibuat di kawasan berbumbung sahaja.Kami akur kerana kami memang tidak bersedia untuk mengawal perhimpunan yang besar.

Sebelum solat jumaat, ramai hadirin yang datang menurunkan tandatangan bantahan. Kami sediakan dua helai kain rentang untuk ditandatangani.Ramai orang kenamaan, ahli politik dan pegawai kerajaan yang menyokong usaha kami.Kedua-dua kain rentang penuh dengan tandatangan mereka.

Imam Mustafa turut membacakan teks khutbah berkenaan isu yang sama. Selepas solat jumaat dan solat hajat, para jamaah yang berkelapangan berhimpun didewan bawah.Sepanduk-sepanduk bantahan mula direntang.

dalam masa yang sama ada sekumpulan orang yang membuat perhimpunan diluar masjid.Wak difahamkan mereka cuba untuk memanaskan suasana dengan memijak gambar Ahli parlimen Shah Alam. Wak juga beberapa kali diajak untuk berdemonstrasi diluar masjid.

Ada yang memperlekehkan usaha yang Wak buat kerana kurang berani dan takut kepada risiko." Apa takut dengan polis, demi kebenaran, nak tangkap-tangkaplah" suaranya begitu keras dan lantang ketika berbicara dengan wak.Nasib baik dia pernah menjadi guru wak dulu, kalau tidak wak dah sumbat mulutnya dengan kain.

Beberapa orang lagi yang Wak kenal sebagai orang politik songkok tinggi cuba mengacah-ngacah wak supaya buat demo diluar masjid.Tetapi Wak tau mereka sebenarnya ada niat lain. Berani sungguh mereka bermain api.

bersambung -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan