Jumaat, 25 Disember 2020

AWAS...! PERANGKAP CINTA PALSU

#NoLoveScam


Cinta palsu atau cinta dusta adalah satu ungkapan yang semakin popular hari ini. Ia adalah satu perangkap yang dipasang oleh scammer atau sipenipu untuk menjerat mangsa dengan menggunakan pendekatan emosi. 


Awas, berhati-hati apabila anda berkongsi perasaan anda di media sosial. selain dari teman-teman anda yang akan memberikan repon dan maklummbalas kepada pernyataan anda, ada makhluk jahat yang sedang memerhati dan bergentayangan mencari mangsa diruangan maya.


Berita Harian melaporkan ; mangsa scam rugi 914 juta tahun 2020...!  

ada kejadian penipuan cinta palsu ini yang melibatkan remaja. Berita Haraian melaporkan, seorang remaja berusia 14 tahun ditipu dan kerugian hingga Rm295,950...Ada pula kisah seorang mekanik ditipu love scam dan mengalami kerugian sebanyak Rm2250. lebih sensasi lagi, seorang wanita berusia 68 tahun rugi Rm257,172 akibat diperdaya oleh penipu cinta dusta..


Kerugian yang cukup besar ini sewajarnya menjadi pengajaran kepada kita  semua agar sentiasa berhati-hati dalam kehidupan sehari-hari. Tidak semua manusia berhati mulia dan tulus. Ketika manusia dijadikan, syaitan sudah tercipta. Janji dan sumpahnya ialah untuk merosakkkan dan menyesatkan manusia. Justeru , kisah orang sesat dan menjadi jahat ini sentiada berlaku setiap zaman dan setiap tempat.


Allah SWT menurunkan al Quran sebagai panduan dan pedoman kepada manusia agar selamat dari terjerumus ke lembah neraka atau terpesong ke jalan yang sesat. Sebagai umat Muhammad yang telah dihadiahkan dengan kitab teragung iaitu al Quran al Karim ini, marilah kita menghayati maksud dari urah al Hujurat ayat 6 ; 

 wahai orang-orang yang beriman ..! 

Jika datang kepada kamu seorang fasik yang membawasesuatu berita, maka selidiklah ( untuk menentukan kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kajahilan kamu mengenainya. sehingga  menjadikan kamu menyesal yang kamu telah lakukan.

Teman-teman yang dikasihi semua,  justeru apabila ada seseorang yang kita tidak kenali menghubungi kita melalui telefon atau media sosial, hendaklah kita bertenang dan dapatkan kepastian dahulu dengan meminta pandangan dari orang lain sebelum membuat apa-apa tindakan, jangan panik dan gelabah.


 Anda juga boleh putuskan perbualan jika anda rasa tidak selamat dan rasa ada sesuatu yang meragukan. Ingat ..! Sila bertennag dan jangan gabra...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan