Rabu, 23 Disember 2020

2021 HABIS GELAP DATANGLAH TERANG

 Hari ini kita berada di penghujung tahun 2020. Suasananya sangat sayu dan suram. keadaan keselamatan kita tidak menentu dan sentiasa ditakuti dengan bayangan musuh yang tidak pasti. kejadian makhluk halus ini memang sangat menakutkan, satu dunia menjadi panik dan kelam-kabut. manusia tidak lagi berani bergerak apa lagi merentas negara. keadaannya sangat kacau. Jumlah kematian terus meningkat. 


DiMalaysia pada 18 Disember 2020, jumlah mangsa yang positif covid  sudah mencecah 89,133 orang, manakala yang meninggal dunia terus bertambah .Jumlahnya kini sudah mencecah 435 orang. Namun begitu jumlah pesakit yang pulih agak baik iaitu sebanyak 74,030 orang.


marilah kita melihat kejadian ini dari sudut pandang yang lain tentang pandemik ini. Adakah ianya satu kejadian alami yang berlaku akibat dari hukum alam atau ianya adalah dari kerja-kerja tangan ghaib dibalik tabir yang sedang mengatur satu urusniaga yang sangat lumayan. 


ternyata sejak kebelakangan ini, berbagai pihak menawarkan penawar yang dipanggil vaksin untuk perisai pertahanan diri dari serangan makhluk halus yang mereka namakan corona dan kemudian dipanggil dengan nama baru covidd-19. Banyak negara berlumba-lumba membeli vaksin ini dengan jumlah yang banyak untuk melindungi rakyat mereka. Negera yang berjaya mendapatkan vaksin dijangka dapat memulihkan kehidupan ekonomi dan keselamatan negara mereka dari terjebak ke dalam krisis yang lebih parah. 

namun , suara orang kecil memang tidak akan mengubah dunia. Tetapi dalam realiti dunia tanpa sempadan hari ini , semua orang boleh mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan pandangan dari lapisan jenis manusia yang ingin berkongsi maklumat untuk perhatian dunia. Justeru, diharapkan pemimpin negara dapat membuat pertimbangan dan bijak dan wajar untuk kesejahteraan negara dan bangsa ini tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak berkepentingan dan syaitan yang betopengkan manusia...


 Diharapkan 2021 yang bakal menjelang tiba akan memberikan sinar baharu dan harapan baharu kepada dunia, khususnya negara kita Malaysia tercinta  untuk masa hadapan yang lebih baik dan sejahtera.Seperti kata R.A Kartini , Habis gelap datanglah terang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan