Selasa, 26 Mac 2013

Bahang Panas PRU Makin Membara

salam sejahtera dan selamat pagi semua,

Ketika ini aku sedang bercuti di Kampung mertua di Sungai Derhaka. Dalam waktu santai ini, ada masa dan kesempatan untuk membersihkan sawang dan debu yang penuh dilaman blog ini. Memang betul kata orang, bila kita dah lama tak menulis otak kita akan jadi beku dan berkarat.

Ketika ini cuaca di sini agak panas berdering. Tetapi kadang-kadang angin menghembus lembut mendingin suasana. Keadaan diTerengganu le ni semakin panas dengan demam pilihanraya yang semakin hampir.Entah esok entah lusa.Mungkin minggu depan dan mungkin bulan depan. Hanya tinggal tunggu pengumuman dari memanda Menteri Perdana.

Sepanjang jalan utama dari Besut disempadan Kelantan hinggalah ke Kemaman di sempadan Pahang, penuh dengan bendera dari parti-parti yang bertanding. Bendera dipacak dipembahagi jalan secara berbaris dan bergantungan ditiang lampu jalan. Memang sangat meriah. Yang jelasnya bendera dacing mendominasi jalanraya dan diselangi dengan bendera hijau bulan pernama. Sesekali kelihatan bendera bulan terbit milik Parti Keadilan.

Keghairahan rakyat Terengganu untuk menyambut ketibaan hari pilihanraya kali ini memang luarbiasa. Mereka berhabis duit untuk menjadikan pesta memilih pemimpin ini sebagai ibu segala pilihanraya.Ia dianggap sebagai penentu masa depan negara.Bagai Barisan Nasional tempoh 55 tahun yang diberikan oleh rakyat untuk membangun negara masih belum cukup lagi. Masih banyak lagi program-program menjana ekonomi negara dan memajukan kaum kerabat mereka masih belum dapat dilaksanakan sepenuhnya. Hasil-hasil balak dan minyak masih belum cukup untuk diagihkan sesama anak cucu mereka.Justeru itu mereka mohon mandat 5 tahun lagi. Tujuannya jelas iaitu untuk memastikan semua ahli-ahli parti mereka dapat benar-benar menjadi orang kaya dan sekaligus menjadikan harta negara milik mereka.

Bagi kalangan rakyat terbanyak, kegiatan dan tingkahlaku para pemimpin BN ini hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Mereka merasakan ketidak adilan dalam agihan sumber kekayaan negara. mereka mula menuntut keadilan dan pembahagian yang lebih saksama. Malangnya suara mereka dianggap sebagai penentang dan penderhaka kepada negara. Dalam perjuangan mereka menuntut keadilan dan sistem agihan yang lebih baik, ada yang terkorban dan ramai yang menderita kerana tindakan keras pihak berkuasa.

Justeru itu, hormatilah suara rakyat.Hanya dengar dan fikirkan. Memang tidak semua semua suara mereka benar dan mesti diikut.Teguran dan nasihat dari rakyat kepada sebuah negara yang berdaulat adalah untuk kebaikan bersama. Rakyat hanya mahu menjadikan negara kita lebih maju, aman,sejahtera, dan berkebajikan. Bahasa yang lebih holistik..."Baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan