Selasa, 6 Oktober 2009

Lagi NGO Serah Bantahan Kenyataan SIS dan JAG



Shah Alam, 5 Okt 09 - Selepas berbincang dengan beberapa orang rakan dan sahabat keliling, Wak bersama mereka sepakat untuk menyerahkan Memorandum Bantahan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh SIS dan JAG. Memo tersebut akan dipanjangkan kepada pihak MAIS untuk perhatian dan tindakan lanjut.

Wak dimaklumkan oleh pejabat Pengerusi MAIS, Dato' Adzib baru semalam kematian ibunya dan mungkin tidak masuk pejabat untuk beberapa hari. Dato' Pengarah JAIS pula mesyuarat.Jadi kami serahkan Nota Bantahan tersebut kepada Us Ahmad Zaki Arshad, Ketua Pengarah Bahagian Dakwah JAIS.

Wak rasa, kita patut melakukan tindakan yang lebih proaktif. Masih ramai yang tidak faham dengan isu ini. satu bengkel atau seminar yang melibatkan pimpinan masjid dan institusi agama perlu digerakkan.

Semua pihak perlu bangkit dan bersuara.Nyatakan pendirian dengan tegas. Ustaz-ustaz dari Universiti Azhar kena lah maju ke depan. Wak dengar mahasiswa/wi kita sekarang ni semakin sebok bercakaran sesama mereka. Bila Wak baca tulisan mereka dalam blog, rupanya masih ada lagi jenis mahasiswa yang berfikiran sempit.Dunia tak hanya selebar daun...

2 ulasan:

  1. kena kempen kutip tt tanda bantahan.... www.ictmasjid.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Wak dah dipanggil oleh Pegawai Penyiasat JAIS. Semua dokumen berkaitan telah diserahkan. Tunggulah tindakan selanjutnya dari pihak JAIS.

    BalasPadam