Mereka santai berbual membina jaringan dan silaturahim
Ketua HIPMI Kota Makassar sedang memperkenalkan wiraswasta muda Makassar
Saudargar Malaysia sedang mengira untung rugi bisnes yang akan dilakaukan disini
TUDANG SIPULUNG
Banyak kain-kain rentang besar digantung disimpang jalan
mengalu-alukan kehadiran kami dan juga acara yang akan diadakan iaitu Tudang
sipulung. Berdasarkan kepada persiapan, nampaknya pihak tuan rumah dan penganjur bersungguh-sungguh mengalu-alukan kehadiran kami dan penganjuran program ini. Tudang bermakna duduk dan sipulung bermakna berkumpul bersama. Jadi
Maksud ungkapan ini ialah Majlis perbincangan membahas sesuatu perkara atau
isu .
Malam ini akan diadakan acara penting untuk kami bertemu
dengan rakan-rakan dagang pengusaha muda Makassar. Sebelum pertemuan, kami menikmati
makan malam yang sungguh lazat. Pada mulanya tidak ramai yang hadir.Mungkin
kami yang terlalu awal sampai. Akhirnya dewan penuh hingga tidak ada kerusi yang kosong. Juadah hidangan
juga habis licin.
Pada malam itu, pengerusi majlis yang memulakan majlis
berpakaian agak seksi. Skirtnya agak singkat. Dalam rombongan kami ada nazir
dan juga imam masjid . Menyedari kami
agak kurang selesa dengan situasi itu, wakil penganjur dalam ucapan alu-aluannya
sempat memohon maaf kepada para hadirin semua jika ada perkara yang ‘tidak
sesuai’ dalam majlis itu.Sebelumnya, MC mengajak kami berdoa dan bertafakkur
untuk mangsa MH370. Kami mengikutinya
dengan membaca fatehah dan doa.
Seterusnya, Sesi memperkenalkan anggota usahawan oleh ketua delegasi
masing-masing. Selepas sesi perkenalan,
kami berbual-bual dengan pengusaha-pengusaha tempatan mengikut bidang dan jenis
perniagaan yang diminati. Kebanyakan yang hadir adalah dari kalangan usahawan
muda Makassar .Ada yang baru nak terlibat dalam bidang bisnes dan ada yang
meneruskan usaha wali atau keluarganya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan