Batu-batu ini dilombong untuk di jadikan sebagai binaan jalan, rumah dll
Ada sungai yang kering dan penuh batu-batu bulat diperjalanan menuju ke sana
yang berminat menunggang kuda, silakan ...
Kawasan ini bukanlah kawasan peranginan kerana tidak ada hotel dan chalet di sekitarnya. Ia bukan tumpuan utama pelancong. Namun begitu, kawasan ini dibuka kepada orang ramai untuk menikmati udara dingin dan segar sambil melihat permandangan indah dari tanah tinggi tanpa perlu berpenat lelah mendaki.
Sebelum kami masuk ke ladang Teh, kami perlu membeli tiket
berharga Rp50k ( RM15 )seorang. Oleh kerana kami ingin tahu keistimewaan ladang
teh ini, maka kami pun bersetuju untuk masuk , malangnya, kami hanya dapat
menikmati udara dan permandangan ladang teh sahaja. Kebetulan atau memang
disuruh oleh majikan, beberapa orang pekerja sedang membersihkan kebun the
dikawasan tempat kunjungan pelancong. Ketika itu, hanya rombongan kami sahaja yang
datang kesitu. Mungkin sebab hari itu bukan hari libur, jadi mereka berada
disekolah atau ditempat kerja.
Sebelum balik kami dibawa ke Rumah rehat untuk menikmati
minuman teh panas dari pucuk muda. Kami diberitahu bahawa, pengurus ladang itu
adalah teman jurupandu kami jadi dia mengajak minum tehnya. Tempatnya sangat
sederhana. Diruangan dewan itu disediakan meja dan kerusi untuk kami menikmati
teh panas Malino yang katanya popular dan dieksport ke luar Negara terutama
Negara Jepun.
Sementara kami menunggu teh disediakan, kami bersantai
sambil mengambil gambar dan berbual-bual dengan anggota rombongan. Teh pucuk
muda ni biasanya dihidangkan tanpa gula. Baunya juga tidak seperti teh yang
kita nikmati dirumah yang sudah dicampur berbagai perasa dan aroma. Perlu
dicatat disini bahawa , rasa dan aroma teh pucuk muda ini tidaklah ‘mengghairahkan’ kecuali kepada
peminat tegar teh.
Komen : kalau belum pernah kemari, elok juga luangkan masa ke sini.
Kami duduk bersantai sambil menikmati permandangan indah dikawasan pergunungan yang di selimuti kabus.
Kebetulan hujan gerimis menambahkan lagi kedinginan dan kabus tebal di kawasan ini.
Gambar : Sdr Onn Abu Bakar adalah seorang Perunding Latihan dalam bidang binaan dan infrastuktur sedang merenung ke satu arah yang nyaman nampaknya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan