ANDA PENGGEMAR MAKANAN LAUT?
Suasana Makassar di malam hari tetap meriah terutama dikawasan tumpuan Rumah Makan yang
banyak bertebaran di tepi laut. Makanan yang popular pastinya makanan laut
kerana ia didatangkan segar dari laut yang melingkari kepulauan Sulawesi. Aku
teringat kata-kata seorang dekan Fakulti perubatan UNHAS ( Universiti Sultan
Hasanuddin ) ketika kami mengunjunginya :” Saya orang yang senang diajak jalan.
Saya sudah menjelajah banyak kota diIndonesia. Makanan laut yang paling enak
pastinya di Makassar”.
Ketam goreng di serasikan dengan kuning telur masin
Sambal pedas yang sangat khas dan sentiasa merangsang kelazatan suapan anda
Minuman teh melati yang mempunyai aroma khas menjadi pilihan kami
Rumah makan pilihan untuk kami ialah : RUMAH MAKAN BAHARI.
Didindingnya terpampang wajah Presiden SBY bergambar dengan pemiliknya di Rumah
Makan itu sebagai tanda kehadirannya. “Biasanya, kalau presiden pun datang makan,
pasti rasanya mantap!” kata orang disebelahku.
Diatas meja sudah tersedia berbagai juadah yang sungguh
menyelerakan. Ada ikan bakar, udang, ketam dan berbagai jenis sambal dan sayur.
Oleh kerana sudah lapar kami tidak bertangguh-tangguh lagi.
Suasana menjadi
senyap dan sepi kerana semua orang memberikan tumpuan kepada juadah yang
disediakan. Sesekali kedengaran bunyi tulang ketam diratah dan bunyi suara
desis kepedasan.
Malangnya aku tak boleh ingat semua nama-nama makanan yang
dihidangkan kecuali goreng kangkung yang menjadi gandingan dalam set menu
hidangan kami. Mungkin sebab harganya murah atau mungkin sebab memang sedap
dimakan dengan makanan laut. Oleh kerana semua menu dan hidangan telah
disediakan oleh pihak tuan rumah, jadi aku pun tak tau berapa harganya. Cuma,
semasa bersembang dengan seorang usahawan yang kerap berulang alik ke sini,
produk laut disini memang murah.
Komen : Sangat disyorkan untuk mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan