MUSIM PESTA PEMILU INDONESIA
Kunjungan kami ini berbetulan dengan musim pesta pemilu (
Pemilihan umum ) Indonesia. Kemeriahan sepandok dan kain rentang di sana sini
dengan berbagai gaya, aksi dan slogan. Masing-masing menggunakan kreativiti dan
kuasa tarikan yang tersendiri. Ada 12 partai yang bertanding untuk musim ini
antaranya ialah GOLKAR, partai Demokratik, Partai NasDem, PKB,PAN, PKS, Partai
Gerindra dll.
Ketua GMGM yang mengelola rombongan kami juga khabarnya
adalah Calon Legislatif ( CALEG) untuk Partai NasDem. Anehnya, kami tidak jumpa pun walau satu poster dan kain
rentang yang memaparkan wajahnya dan manifesto perjuangannya. “Beneran Pak Yudi
ni jadi Caleg” bisik kawan yang duduk berhampiran aku. ‘Entahlah”..balasku...
Dr Wachyudi dan isterinya yang turut mengikuti rombongan kami
Dr Wachyudi dan isterinya yang turut mengikuti rombongan kami
Menurut katanya, Beliau adalah seorang doktor perubatan di Hospital Ibnu Sina
dan aktif dalam gerakan kemasyarakan . NGO yang di pimpinnya GMGM – Gerakan Makassar
Gemar Membaca ini begitu aktif dan mempunyai lebih 200 kelab membaca
di Makassar. Programnya ini merakyat disemua peringkat terutama di
sekolah-sekolah, kolej dan universiti. Ternyata semua lokasi yang kami kunjungi mengenali Pak Yudi dengan
akrab sekali. Ternyata kempennya telah bermula lama dan bertahun-tahun ia menyerap
dan merakyat.
Untuk nota , ahli GMGM ni dah dua kali datang ke Malaysia.
Kebetulannya aku hadir dalam majlis makan malam meraikan mereka di Bangi, tapi
aku tidak berkesempatan untuk bersilaturahim waktu itu.
Semasa catatan ini ditulis, Pak Yudi dilaporkan antara caleg
yang teratas dan proses kiraan undi
masih berjalan.
Semoga sukses Pak Yudi!
Antara Billboard, banner dan poster besar calon2 partai yang bertanding di PEMILU Indonesia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan