SUBUH DI MAKASSAR
Kami dimaklumkan oleh jurupandu kami, bahawa waktu di solat
di Makassar adalah pada jam 4.50 pagi. "Waduh,,,awal banget nih"..Bayangkan jika ini berlaku di Malaysia.
Sekarang subuh di Malaysia jam 6.00 pagi pun tidak ramai yang dapat bangun pagi
, apa lagi untuk berjamaah di masjid dan surau. Bersyukurlah kita di Malaysia
tidak seperti Negara-negara lain yang pergerakan waktunya kadang-kadang begitu
ektrim.
Pukul 6.00 pagi di
sini, suasana diluar sudah cerah dan terang. Cuma tidak banyak kenderaan
dijalan kerana masih awal untuk ke pejabat dan ke tempat kerja. Oleh kerana
majoriti penduduk disini beragama Islam, banyak masjid dan surau di penjuru
simpang dan dicelah kedai-kedai perniagaan. Shahdunya bila kedengaran azan bersahut-sahutan dikeheningan
pagi dari pelbagai arah kota Makassar. Subhanallah…
SEPETANG MENIKMATI PANORAMA SENJA DI LOSARI, MAKASAR
Petang ini, kami balik awal, iaitu selepas waktu asar. Waktu
asar di sini sekitar jam 3.30 petang. Sementara menunggu masuknya waktu
Maghrib, aku bersantai diluar bilik hotel sambil menghirup udara petang yang
segar dan angin petang yang mendamaikan. Penduduk disini menyebutnya sebagai
Anging Mamiri ( angin sepoi-sepoi bahasa ). Mentari sudah berada diufuk
barat dan mula mengucapkan selamat
tinggal dan selamat malam kepada siang. Panoramanya sungguh indah sekali.
Sebenarnya, dimana-mana pun matahari terbenam tetap indah dan memukau.
Subhanallah..Mahasuci Allah yang telah menjadikan alam ini. Aku sempat merakamkan
beberapa keping gambar panorama senja di Makassar sebagai kenang-kenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan