Rabu, 9 April 2014

KEMBARA MUHIBBAH KE KOTA MAKASSAR



LAWATAN DUA SERUMPUN DAN MISI DAGANG DPIM

23-28 Mac 2014

Perjalanan  kami mengikut jadual yang dirancang dan berjalan dengan lancar. Rombongan dagang DPIM ini dianggotai oleh 26 orang usahawan dari pelbagai latar belakang. Ada pengilang biskut, francaisor barangan metal, perunding prosuk kesihatan, perunding bina insan, emaju perumahan, kontraktor binaan dan macam-macam lagi. Kami menggunakan pesawat Airasia yang menyediakan perjalanan ke Makassar setiap hari iaitu pada pukul 12.30 tengahari. 

Delegasi kami ini diketuai oleh Tuan Haji Shahar Mat Din, Timbalan Presiden DPIM. Penerbangan memakan masa 2 jam 45 minit dan kami mendarat di Bandara Sultan Hasanuddin, Makassar pada jam  4.00 petang. Untuk makluman, waktu di Makassar adalah sama dengan waktu di Malaysia Barat, cuma waktu terbit matahari dan tenggelamnya lebih awal 





Didalalam perjalanan yang agak lama ini, berbagai aktiviti yang boleh dijalankan bagi mengisi masa yang terluang. Semasa pelayan sedang sebok meladeni semua penumpang kita boleh membaca, berbual-bual dengan teman sebelah, bertaafakkur, berdiam diri dan yang paling senang sekali ialah memejamkan mata. Selepas menikmati nasi lemak Pak Nasser, mata aku pun rasa berat dan rasa tak berdaya nak membuka kelopak mata. Selepas lampu dipadamkan aku pun turut menikmati aktiviti memejamkan mata.

PAKAIAN PRAMUGARI

Semasa dalam penerbangan, aku terfikir tentang pakaian pramugari yang berpakaian skirt singkat itu. Bukan apa, cuba bayangkan bila berlaku kecemasan..Bagaimanakah mereka dapat bergerak pantas dan cekap mengendalikan ratusan penumpang? Pihak pengurusan wajar menilai semula dan mempertimbangkan keadaan ini kerana penampilan seksi sudah tidak sesuai dengan perkembangan dunia sekarang. Ramai orang menaiki kapalterbang bukan kerana nak tengok perempuan seksi tetapi lebih kepada keperluan untuk sampai ke destinasi dengan selesa, selamat dunia dan akhirat. Mr Tony, fikirkanlah cadangan saya ini.

TIBA DI BANDARA SULTAN HASSANUDDIN



Selepas menunaikan solat di musolla bandara, kami menuju ke bas yang telah disediakan. Oleh kerana kedatangan kami ini adalah sebagai tetamu walikota, kami diiringi oleh kereta polis menuju ke hotel penginapan kami. Di bulatan jalan keluar dari bandara tersergam patung besar Sultan Hasanuddin dengan berpakaian sebagai seorang phlawan yang hebat dan gagah perkasa. 

Lazimnya di Indonesia, memang mereka suka membina monumen-monumen patung manusia seperti ini. Tapi aku belum pernah bertanya pandangan ulama’-ulama’ Indonesia tentang hal ini. Mungkin mereka ada pendapatnya sendiri.

Agihan bilik dibuat di dalam bas bagi mempercepatkan urusan check in.Aku ditempatkan dibilik no 20. Rupa-rupanya bilik itu betul-betul ditepi laut. Hanya beberapa langkah sahaja sudah sampai ke laut yang tidak berpantai. Keadaan jalanraya  waktu itu agak lancar dan tidak banyak kenderaan seperti kota Surabaya dan Jakarta. ketika itu, keadaan semakin gelap walaupun jam baru 5.30 petang. Waktu maghrib disini agak awal iaitu sekitar 6.30 petang. 


                                Billboard berkenaan program kami di Makassar
bersambung......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan