Isnin, 14 April 2014

MAKASSAR...KOTA MAKAN SEAFOOD

ANDA PENGGEMAR MAKANAN LAUT? 

Suasana Makassar di malam hari tetap meriah  terutama dikawasan tumpuan Rumah Makan yang banyak bertebaran di tepi laut. Makanan yang popular pastinya makanan laut kerana ia didatangkan segar dari laut yang melingkari kepulauan Sulawesi. Aku teringat kata-kata seorang dekan Fakulti perubatan UNHAS ( Universiti Sultan Hasanuddin ) ketika kami mengunjunginya :” Saya orang yang senang diajak jalan. Saya sudah menjelajah banyak kota diIndonesia. Makanan laut yang paling enak pastinya di Makassar”.










                               
                                           Ketam goreng di serasikan dengan kuning telur masin

               Sambal pedas yang sangat khas dan sentiasa merangsang kelazatan suapan anda

                           Minuman teh melati yang mempunyai aroma khas menjadi pilihan kami


Rumah makan pilihan untuk kami ialah : RUMAH MAKAN BAHARI. Didindingnya terpampang wajah Presiden SBY bergambar dengan pemiliknya di Rumah Makan itu sebagai tanda kehadirannya. “Biasanya, kalau presiden pun datang makan, pasti rasanya mantap!” kata orang disebelahku.
Diatas meja sudah tersedia berbagai juadah yang sungguh menyelerakan. Ada ikan bakar, udang, ketam dan berbagai jenis sambal dan sayur. Oleh kerana sudah lapar kami tidak bertangguh-tangguh lagi. 

Suasana menjadi senyap dan sepi kerana semua orang memberikan tumpuan kepada juadah yang disediakan. Sesekali kedengaran bunyi tulang ketam diratah dan bunyi suara desis kepedasan.
Malangnya aku tak boleh ingat semua nama-nama makanan yang dihidangkan kecuali goreng kangkung yang menjadi gandingan dalam set menu hidangan kami. Mungkin sebab harganya murah atau mungkin sebab memang sedap dimakan dengan makanan laut. Oleh kerana semua menu dan hidangan telah disediakan oleh pihak tuan rumah, jadi aku pun tak tau berapa harganya. Cuma, semasa bersembang dengan seorang usahawan yang kerap berulang alik ke sini, produk laut disini memang murah.



Komen : Sangat disyorkan untuk mencuba

Ahad, 13 April 2014

PESTA PEMILU INDONESIA

MUSIM PESTA PEMILU INDONESIA

Kunjungan kami ini berbetulan dengan musim pesta pemilu ( Pemilihan umum ) Indonesia. Kemeriahan sepandok dan kain rentang di sana sini dengan berbagai gaya, aksi dan slogan. Masing-masing menggunakan kreativiti dan kuasa tarikan yang tersendiri. Ada 12 partai yang bertanding untuk musim ini antaranya ialah GOLKAR, partai Demokratik, Partai NasDem, PKB,PAN, PKS, Partai Gerindra dll.


Ketua GMGM yang mengelola rombongan kami juga khabarnya adalah Calon Legislatif ( CALEG) untuk Partai NasDem. Anehnya, kami tidak jumpa pun walau satu poster dan kain rentang yang memaparkan wajahnya dan manifesto perjuangannya. “Beneran Pak Yudi ni jadi Caleg” bisik kawan yang duduk berhampiran aku. ‘Entahlah”..balasku...
                            Dr Wachyudi dan isterinya yang turut mengikuti rombongan kami

Menurut katanya, Beliau adalah seorang doktor perubatan di Hospital Ibnu Sina dan aktif dalam gerakan kemasyarakan . NGO yang di pimpinnya GMGM – Gerakan Makassar Gemar Membaca ini begitu aktif dan mempunyai lebih 200 kelab membaca di Makassar. Programnya ini merakyat disemua peringkat terutama di sekolah-sekolah, kolej dan universiti. Ternyata semua lokasi  yang kami kunjungi mengenali Pak Yudi dengan akrab sekali. Ternyata kempennya telah bermula lama dan bertahun-tahun ia menyerap dan merakyat.

Untuk nota , ahli GMGM ni dah dua kali datang ke Malaysia. Kebetulannya aku hadir dalam majlis makan malam meraikan mereka di Bangi, tapi aku tidak berkesempatan untuk bersilaturahim waktu itu.
Semasa catatan ini ditulis, Pak Yudi dilaporkan antara caleg  yang teratas dan proses kiraan undi masih berjalan.

Semoga sukses Pak Yudi! 


Antara Billboard, banner dan poster besar calon2 partai yang bertanding di PEMILU Indonesia








   




Sabtu, 12 April 2014

TUDANG SIPULUNG

                         antara saudagar-saudagar DPIM yang bersama dalam majlis ini

                                            Mereka santai berbual membina jaringan dan silaturahim

  Ketua HIPMI Kota Makassar sedang memperkenalkan wiraswasta muda Makassar
  Saudargar Malaysia sedang mengira untung rugi bisnes yang akan dilakaukan disini

TUDANG SIPULUNG

Banyak kain-kain rentang besar digantung disimpang jalan mengalu-alukan kehadiran kami dan juga acara yang akan diadakan iaitu Tudang sipulung. Berdasarkan kepada persiapan, nampaknya pihak tuan rumah dan penganjur bersungguh-sungguh mengalu-alukan kehadiran kami dan penganjuran program ini. Tudang bermakna duduk dan sipulung bermakna berkumpul bersama. Jadi Maksud ungkapan ini ialah Majlis perbincangan membahas sesuatu perkara atau isu .  

Malam ini akan diadakan acara penting untuk kami bertemu dengan rakan-rakan dagang pengusaha muda Makassar. Sebelum pertemuan, kami menikmati makan malam yang sungguh lazat. Pada mulanya tidak ramai yang hadir.Mungkin kami yang terlalu awal sampai. Akhirnya dewan penuh hingga  tidak ada kerusi yang kosong. Juadah hidangan juga habis  licin.

Pada malam itu, pengerusi majlis yang memulakan majlis berpakaian agak seksi. Skirtnya agak singkat. Dalam rombongan kami ada nazir dan juga imam masjid .  Menyedari kami agak kurang selesa dengan situasi itu, wakil penganjur dalam ucapan alu-aluannya sempat memohon maaf kepada para hadirin semua jika ada perkara yang ‘tidak sesuai’ dalam majlis itu.Sebelumnya, MC mengajak kami berdoa dan bertafakkur untuk mangsa MH370. Kami mengikutinya  dengan  membaca fatehah dan doa.

Seterusnya,  Sesi  memperkenalkan anggota usahawan oleh ketua delegasi masing-masing.  Selepas sesi perkenalan, kami berbual-bual dengan pengusaha-pengusaha tempatan mengikut bidang dan jenis perniagaan yang diminati. Kebanyakan yang hadir adalah dari kalangan usahawan muda Makassar .Ada yang baru nak terlibat dalam bidang bisnes dan ada yang meneruskan usaha wali atau keluarganya. 

Selepas selesai sesi berbual dan bertukar-tukar kad perniagaan, sesi diteruskan dengan segmen  hiburan. Mereka yang suka ‘berkaro k’ akan menyumbangkan suaranya untuk hiburan rakan-rakan yang lain. Ada yang suaranya ok da nada yang ko.Oleh kerana aku rasa dah terlalu  penat dan mengantuk, aku angkat kaki dan balik ke bilik. Bagusnya, majlis itu diadakan di dewan hotel tempat kami menginap. Jadi boleh  balik bilik dab terus tidurrrr…

Jumaat, 11 April 2014

INILAH KOTA DAENG

SUBUH DI MAKASSAR

Kami dimaklumkan oleh jurupandu kami, bahawa waktu di solat di Makassar adalah pada jam 4.50 pagi. "Waduh,,,awal banget nih"..Bayangkan jika ini berlaku di Malaysia. Sekarang subuh di Malaysia jam 6.00 pagi pun tidak ramai yang dapat bangun pagi , apa lagi untuk berjamaah di masjid dan surau. Bersyukurlah kita di Malaysia tidak seperti Negara-negara lain yang pergerakan waktunya kadang-kadang begitu ektrim.

 Pukul 6.00 pagi di sini, suasana diluar sudah cerah dan terang. Cuma tidak banyak kenderaan dijalan kerana masih awal untuk ke pejabat dan ke tempat kerja. Oleh kerana majoriti penduduk disini beragama Islam, banyak masjid dan surau di penjuru simpang dan dicelah kedai-kedai perniagaan. Shahdunya bila  kedengaran azan bersahut-sahutan dikeheningan pagi dari pelbagai arah kota Makassar. Subhanallah…


SEPETANG MENIKMATI PANORAMA SENJA DI LOSARI, MAKASAR


Petang ini, kami balik awal, iaitu selepas waktu asar. Waktu asar di sini sekitar jam 3.30 petang. Sementara menunggu masuknya waktu Maghrib, aku bersantai diluar bilik hotel sambil menghirup udara petang yang segar dan angin petang yang mendamaikan. Penduduk disini menyebutnya sebagai Anging Mamiri ( angin sepoi-sepoi bahasa ). Mentari sudah berada diufuk barat  dan mula mengucapkan selamat tinggal dan selamat malam kepada siang. Panoramanya sungguh indah sekali. Sebenarnya, dimana-mana pun matahari terbenam tetap indah dan memukau. Subhanallah..Mahasuci Allah yang telah menjadikan alam ini. Aku sempat merakamkan beberapa keping gambar panorama senja di Makassar sebagai kenang-kenangan.





Khamis, 10 April 2014

MAKASSAR KOTA BUDAYA

Persembahan tarian menyambut rombongan kami di Hotel






AKSI  TARIAN API


Antara persembahan yang menarik dari rakyat Bugis ialah persembahan tarian api. Tarian ini dipersempahkan oleh orang lelaki yang berpakaian pendekar Bugis sambil memegang obor api. Penari-penari muda dan tua bergabung menunjukkan kehebatan mereka bermain dengan api hingga mencengangkan penonton. Beberapa orang penonton juga diberi peluang penghormatan untuk turut sama merasai dan menikmati tarian api tersebut. Ada yang menahan kepanasan hingga terpejam-pejam mata dan mereka  tenang dan relak sahaja.

Walau apa pun yang berlaku, ia tetap menghiburkan. Jangan tiru aksi ini tanpa pengawasan dari pakar! Namun begitu, ketua kumpulan, seorang lelaki berusia 60 an, pandai membuat penonton terhibur dengan aksi-aksi lucu dan lawak. Sememangnya orang2 Makassar kaya dengan budaya dan adat resam yang masih dipeihari sebagai tanda jati diri dan warisan bangsa. Dalam hal ini aku respek pada mereka lah.






Rabu, 9 April 2014

KOTA MAKASSAR NAN INDAH

MENGINAP DIGIGI AIR LOSARI


Seperti yang telah aku sebutkan tadi, bilik penginapan kami ditepi laut yang mengadap sebuah pulau yang didiami oleh penduduk Makassar. Cuaca malam agak panas tapi berangin. Sesekali bau aroma ikan dari bot-bot nelayan yang lalu lalang dilautan menuju arah masing-masing.

                                            





KEMBARA MUHIBBAH KE KOTA MAKASSAR



LAWATAN DUA SERUMPUN DAN MISI DAGANG DPIM

23-28 Mac 2014

Perjalanan  kami mengikut jadual yang dirancang dan berjalan dengan lancar. Rombongan dagang DPIM ini dianggotai oleh 26 orang usahawan dari pelbagai latar belakang. Ada pengilang biskut, francaisor barangan metal, perunding prosuk kesihatan, perunding bina insan, emaju perumahan, kontraktor binaan dan macam-macam lagi. Kami menggunakan pesawat Airasia yang menyediakan perjalanan ke Makassar setiap hari iaitu pada pukul 12.30 tengahari. 

Delegasi kami ini diketuai oleh Tuan Haji Shahar Mat Din, Timbalan Presiden DPIM. Penerbangan memakan masa 2 jam 45 minit dan kami mendarat di Bandara Sultan Hasanuddin, Makassar pada jam  4.00 petang. Untuk makluman, waktu di Makassar adalah sama dengan waktu di Malaysia Barat, cuma waktu terbit matahari dan tenggelamnya lebih awal 





Didalalam perjalanan yang agak lama ini, berbagai aktiviti yang boleh dijalankan bagi mengisi masa yang terluang. Semasa pelayan sedang sebok meladeni semua penumpang kita boleh membaca, berbual-bual dengan teman sebelah, bertaafakkur, berdiam diri dan yang paling senang sekali ialah memejamkan mata. Selepas menikmati nasi lemak Pak Nasser, mata aku pun rasa berat dan rasa tak berdaya nak membuka kelopak mata. Selepas lampu dipadamkan aku pun turut menikmati aktiviti memejamkan mata.

PAKAIAN PRAMUGARI

Semasa dalam penerbangan, aku terfikir tentang pakaian pramugari yang berpakaian skirt singkat itu. Bukan apa, cuba bayangkan bila berlaku kecemasan..Bagaimanakah mereka dapat bergerak pantas dan cekap mengendalikan ratusan penumpang? Pihak pengurusan wajar menilai semula dan mempertimbangkan keadaan ini kerana penampilan seksi sudah tidak sesuai dengan perkembangan dunia sekarang. Ramai orang menaiki kapalterbang bukan kerana nak tengok perempuan seksi tetapi lebih kepada keperluan untuk sampai ke destinasi dengan selesa, selamat dunia dan akhirat. Mr Tony, fikirkanlah cadangan saya ini.

TIBA DI BANDARA SULTAN HASSANUDDIN



Selepas menunaikan solat di musolla bandara, kami menuju ke bas yang telah disediakan. Oleh kerana kedatangan kami ini adalah sebagai tetamu walikota, kami diiringi oleh kereta polis menuju ke hotel penginapan kami. Di bulatan jalan keluar dari bandara tersergam patung besar Sultan Hasanuddin dengan berpakaian sebagai seorang phlawan yang hebat dan gagah perkasa. 

Lazimnya di Indonesia, memang mereka suka membina monumen-monumen patung manusia seperti ini. Tapi aku belum pernah bertanya pandangan ulama’-ulama’ Indonesia tentang hal ini. Mungkin mereka ada pendapatnya sendiri.

Agihan bilik dibuat di dalam bas bagi mempercepatkan urusan check in.Aku ditempatkan dibilik no 20. Rupa-rupanya bilik itu betul-betul ditepi laut. Hanya beberapa langkah sahaja sudah sampai ke laut yang tidak berpantai. Keadaan jalanraya  waktu itu agak lancar dan tidak banyak kenderaan seperti kota Surabaya dan Jakarta. ketika itu, keadaan semakin gelap walaupun jam baru 5.30 petang. Waktu maghrib disini agak awal iaitu sekitar 6.30 petang. 


                                Billboard berkenaan program kami di Makassar
bersambung......