MEMILIH KOTA XI’AN
Kami memilih Kota Xian, ( baca : syi’an) kerana
ia adalah sebuah kota klasik yang
menyimpan banyak cerita sejarah. Ia banyak merakamkan sejarah kisah suka duka
perjalanan kehidupan rakyat dalam sebuah negara yang penuh dengan episod dan
tragedi sejak ribuan tahun dahulu terutama berkaitan dengan perkembangan Islam
di sini.
Kota Xi’an
juga dikenali sebagai syurga makanan bagi umat muslim di China . Ia adalah ibu kota bagi negeri Shaanxi di bagian barat
laut China. Kota Xian merupakan sebuah
kota tua yang
eksotik dan kaya dengan sejarah. Kota yang
didirikan pada sekitar 300 tahun sebelum masehi ini memiliki berbagai
cerita dan peninggalan sejarah berdirinya bangsa China yang sangat menarik.
Ia salah satu kota tertua di China tempat pemerintahan Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong . Dan kota ini telah menjadi pusat pemerintahan bagi banyak dinasti-dinasti yang paling berpengaruh. Di situ terdapat Masjid Khen Jang yang di bina oleh Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong atas arahan ayahandanya iaitu Maharaja Tai Zhong . Bandaraya Xi'an adalahbandaraya titik paling timur dari Silk Road atau Jalan Sutera. Xi'ansudah 3100 tahun memiliki sejarah hebat dan merupakan penempatan khas pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain. Bangsa Siam ketika itu adalah merupakan satu bangsa di negeri China yang menetap di kota ini. Dan kota ini dikenal sebagai ibu kota dari 4 Kota Purba China bagi Dinasti Tang, Dinasti Zhou, Qin, Han dan Sui yang mengguna ibukota Siam Lama ini sebagai ibunegara mereka.ibandingkan agama lainnya( dari Onislam.net )
PERJALANAN KE XIAN
Perjalanan ke Xian sekarang semakin mudah.
Airasia menawarkan perjalanan dua kali setiap hari dengan Airasia X. Pesawat
boeng 747 pastinya besar dan mampu menampung ramai penumpang . Gambaran
mudahnya ia menempatkan 9 penumpang untuk satu baris ( ABC DEF GHI ) . Anda
boleh memilih penerbangan petang iaitu pada jam 6.00 petang dan tiba di xian
jam 11.30 malam. Perjalanan memakan masa lebih kurang 5 jam setengah.
Penerbangan dengan Aiasia semua berpengkalan di KLIA2. Harap maklum.
Anda boleh membeli pakej lengkap atau beli
tiket sendiri dan beli ground shj. Ikutlah bajet dan selera masing-masing.
sang suria sedang mengundur diri untuk ke benua sebelah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan