Kumpulan eplorasi kami seramai lapan orang
terdiri dari lima orang sukarelawan MTG ( Masjid Tour Guide ) di Masjid Sultan
salahuddin Abdul Aziz shah, Shah alam. Seorang wakil IOA ( Islamic Outreach
ABIM ) , seorang wakil MAIS ( Majlis Agama Islam Selangor ) dan seorang wakil
Masjid Negeri.
Kami bertolak dari masjid negeri pada jam 11.30
tengahari dan solat jumaat di Masjid KLIA2. Kami bertolak menggunakan van
masjid negeri dan makan tengahari di sebuah restoran di KLIA2. Kami memesan
nasi lemak yang bernilai hampir Rm20 yang biasanya cuma Rm5 dikedai biasa.
Tujuan misi kami ialah untuk meneroka
perjalanan kehidupan umat Islam di Negara China dan merasai sendiri cabaran
hidup sebagai seorang muslim dalam sebuah negara komunis. Dengan jumlah hanya
beberapa peratus sahaja umat Islam berbanding 90% warga China tidak menganut
mana-mana agama, tentunya kehidupan disini sangat mencabar.
KLIA2
Bagi rakyat Malaysia yang belum pernah
menggunakan perkhidmatan KLIA2 pasti merasa bangga dengan lapangan terbang yang
begitu besar dan gah sekali. Banyak kedai-kedai barangan yang menawarkan produk
yang pasti harganya sesuai dengan kemewahan tempat dan suasanyanya. Ada
barangan yang anda mampu beli dan ada barangan yang anda mampu tengok. Semuanya
ada di sini.Keterujaan anda semakin menjadi-jadi apabila anda mula bergerak
untuk menuju ke kapal terbang yang akan membawa anda terbang, pasti anda akan
merasakan betapa besar dan luasanya lapangan terbang ini. Kemudian anda akan
merasakan kaki anda terasa lenguh dan perlukan sedikit rehat jika anda memang
mempunyai berbagai penyakit dalam badan anda.
Jika anda baru pertama kali menggunakan KLIA2
anda dinasihatkan untuk menyediakan ruang masa yang mencukupi untuk boleh
sampai ke pesawat mengikut masa yang ditetapkan. Kesilapan anda memilih pintu
dan laluan boleh menyebabkan anda tertinggal pesawat. Bagi anda yang ingin
menggunakan kenderaan BUGGY, ia disediakan di laluan utama sahaja. Silakan naik
jika ingin mencuba. Lambai dan naik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan