
Bagi para pengunjung muslim yang berkunjung ke Cina memang tidak sah kalau tidak datang bertamu ke kota Xi’an. Ini kerana di kota ini lah sejarah Islam dan umat Islam bermula. Anda akan lebih santai bila berjalan kaki, selain dapat melihat-lihat bangunan lama yang masih berdiri, anda juga dapat membeli souvenir atau cenderamata yang menarik seperti barang antik, kaligrafi, lukisan, aneka busana dan berbagai lagi barangan yang ditawarkan di sini . Harga yang ditawarkan adalah berpatutan.
Tetapi anda disarankan untuk menawar harga serendah 50% untuk mendapatkan harga yang terbaik. Ada peniaga yang boleh berbahasa Inggeris asas untuk anda menawar harga. Jika mereka tidak mampu berbahasa Melayu atau Bahasa inggeris pun , anda masih boleh berseronok berbelanja dengan menggunakan mesin kalkulator untuk menawar harga. Jika anda beu pernah melakukannya, cubalah...
SYURGA MAKANAN HALAL

Dikawasan ini ada beratus-ratus kedai dan gerai menjual berbagai jenis makanan yang unik dan eksotik.
Daging lembu dan kambing yang ditusuk dengan batang kayu, bila dibakar ia menghasilkan aroma yang sungguh sedap. Bila dimakan, lagilah sedap.
Selain makanan Cina ,di kota ini juga ada makanan ala timur tengah seperti Roti bulat berlubang-lubang . Kalau di Mekah, ia dimakan dengan kuah dal atau
kari kambing. Semua restoran di sini hanya menyediakan minuman popular iaitu teh hijau panas. Ramai orang Cina suka minum teh ini kerana
percaya dengan khasiat dan kebaikannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan