
Bagi pengunjung yang ingin melihat panorama dan
menelusuri keindahan dan kehebatan kota ini, anda boleh membeli tiket masuk
bernilai RMB 54 seorang. Untuk memudahkan kita meneroka seluruh kota tersebut,
perkhidmatan basikal ‘mountain bike’ disediakan. Kadar sewa untuk dua jam ialah
RMB 45 untuk sebuah basikal. Jika anda inginkan kayuhan yang lebih bersemangat
dengan pasangan atau dengan teman anda, basikal berkembar pun ada disediakan.
Kadar sewanyanya dua kali ganda. Jadi sama saja. Sorang kena bayar RMB45 juga.
Keadaan permukaan di atas kota tidak rata
kerana batu-batu yang disusun menjadi lantai telah dimakan usia dan menempuh
berbagai keadaan cuaca. Berhati-hati ketika berbasikal tetapi jika cuti sekolah
atau perayaan, jumlah pengunjung mungkin terlalu ramai. Masa terbaik rasanya
bulan mei dan jun kerana cuaca tidak terlalu sejuk dan terlalu panas. Kalau
tengahari pun masih terasa nyaman.. Jika anda kurang sihat atau tidak biasa
berbasikal, anda boleh berjalan-jalan disekitar kota itu dan duduk menikmati
panorama yang ada. Semasa berbasikal anda adapat merasakan getaran pada tangan
anda kerana jalan yang berbatu dan berlubang. Anda akan merasa kebas dan
lenguh, tetapi itu adalah senaman yang baik untuk kesihatan tubuh anda.
Rasa nak pergi juga
BalasPadam