MOHON DOA RESTU
MAAHAD TAHFIZ AL FATEH JALAN KEBUN
ingin mengajak anda
untuk sama-sama berbagi rezeki
disamping berbuat amal jariah
membina generasi pewaris
Muhammad al Fateh
Meskipun kini Xi’an telah
menjadi 1 dari 13 kota megapolitan di China, peninggalan sejarah berharga dikota yang pernah menjadi ibu negeri pemerintahan kerajaan China kuno tetap dilestarikan dan dipulihara
dengan baik. Di Xi’an, antara lain kita masih dapat melihat tembok kota yang tinggi dan kukuh mengelilingi kota yang berdiri sejak zaman
Dinasti Ming pada tahun 1370 Masehi seluas 14 km2. lengkap
dengan gerbang (gate) yang terdapat di beberapa pusat
kawalan diatas kota tersebut.
Berkunjung
ke kampung Muslim Xi’an tanpa mengunjungi masjidnya tentu tidak terasa lengkap
karena disanalah jantung kampung Muslim yang sesungguhnya. Masjid tersebut
berada di tengah kawasan, yang mana untuk menuju kesana kita mesti melewati
lorong-lorong di antara toko-toko penjual cenderamata dan barangan textile.
Di sisi
kiri pintu gerbang, terdapat sebuah kaunter bayaran tiket masuk sebanyak RMB 25 per orang. Bayaran akan dikenakan kepada pelancung bukan
Islam sahaja. Berada di kawasan masjid seluas 6,000 m2 ini dengan berbagai bangunan tua
dan antik dengan seni reka bentuk khas
China, kita akan merasakan ketenangan dan mendamaikan di tengah hiruk pikuk transaksi bisnes di lorong-lorong di luar paga masjid. Ia merupakan masjid yang terbesar di China.
Selepas waktu melawat tamat, pintu utama akan
ditutup. Anda masih boleh masuk untuk menunaikan solat maghrib melalui pintu
kecil di bahagian tengah. Anda boleh bertanya kepada penduduk di sekitar kedai
berhampiran jika anda tidak menemui
pintu tersebut.
Hingga kini penduduk muslim di
negeri tirai bambu semakin meningkat, Islam semakin berkembang pesat meskipun ditengah belantara penduduknya yang
menganut paham komunis. Di negeri China inilah sejarah mencatat peradaban Islam
yang tertua terlahir, setelah dataran Arab, dan kota Xian merupakan bukti
sejarah yang telah menjadi pusat pemerintahan bagi banyak dinasti-dinasti Islam
yang berpengaruh. Semoga Islam akan mencapai kejayaannya kembali dinegeri yang
terkenal karena rakyatnya giat dan gigih sebagai pakar dalam perniagaan dunia
ini.
DiKawasan old own di Kota Xi’an ini ,kita
dapat menjumpai perkampungan Muslim yang sudah ada sejak sekitar 1400 tahun yang lalu. Kawasan ini juga dikenali sebagai ‘Muslim Quarter’ atau ‘Hui People’s Street, suatu kawasan
yang majoriti
penduduknya adalah masyarakat suku Hui yang beragama Islam.
Bila di
negara lain pelancung biasanya
sukar untuk mendapatkan makanan halal, tetapi di kota ini para pelancung dapat memilih menu makanan mengikut selera mereka kerana berbagai aneka makanan yang dijual di sana terjamin halal. sebab itulah mengapa kota Xian juga
boleh disebut
sebagai ‘Surga makanan Cina Halal’.