Sabtu, 30 Mei 2015

KEHEBATAN DAN KETEGUHAN CITY WALL


Meskipun kini Xi’an telah menjadi 1 dari 13 kota megapolitan di China, peninggalan sejarah berharga dikota yang pernah menjadi ibu negeri pemerintahan kerajaan China kuno  tetap dilestarikan dan dipulihara dengan baik. Di Xi’an, antara lain kita masih dapat melihat tembok kota yang tinggi dan kukuh mengelilingi kota yang berdiri sejak zaman Dinasti Ming pada tahun 1370 Masehi seluas 14 km2. lengkap dengan gerbang (gate) yang terdapat di beberapa pusat kawalan diatas kota tersebut.





Bagi pengunjung yang ingin melihat panorama dan menelusuri keindahan dan kehebatan kota ini, anda boleh membeli tiket masuk bernilai RMB 54 seorang. Untuk memudahkan kita meneroka seluruh kota tersebut, perkhidmatan basikal ‘mountain bike’ disediakan. Kadar sewa untuk dua jam ialah RMB 45 untuk sebuah basikal. Jika anda inginkan kayuhan yang lebih bersemangat dengan pasangan atau dengan teman anda, basikal berkembar pun ada disediakan. Kadar sewanyanya dua kali ganda. Jadi sama saja. Sorang kena bayar RMB45 juga.


Keadaan permukaan di atas kota tidak rata kerana batu-batu yang disusun menjadi lantai telah dimakan usia dan menempuh berbagai keadaan cuaca. Berhati-hati ketika berbasikal tetapi jika cuti sekolah atau perayaan, jumlah pengunjung mungkin terlalu ramai. Masa terbaik rasanya bulan mei dan jun kerana cuaca tidak terlalu sejuk dan terlalu panas. Kalau tengahari pun masih terasa nyaman.. Jika anda kurang sihat atau tidak biasa berbasikal, anda boleh berjalan-jalan disekitar kota itu dan duduk menikmati panorama yang ada. Semasa berbasikal anda adapat merasakan getaran pada tangan anda kerana jalan yang berbatu dan berlubang. Anda akan merasa kebas dan lenguh, tetapi itu adalah senaman yang baik untuk kesihatan tubuh anda. 

MASJID BESAR XI’AN ( GREAT MOSQUE XI’AN )

Berkunjung ke kampung Muslim Xi’an tanpa mengunjungi masjidnya tentu tidak terasa lengkap karena disanalah jantung kampung Muslim yang sesungguhnya. Masjid tersebut berada di tengah kawasan, yang mana untuk menuju kesana kita mesti melewati lorong-lorong di antara toko-toko penjual cenderamata dan barangan textile.





Masjid Besar Xian merupakan masjid pertama di daratan China, sehinga menjadikannya yang tertua di China. Ia dibina pada tahun  742 M ketika era Dinasti Tang.

Di sisi kiri pintu gerbang, terdapat sebuah kaunter bayaran tiket masuk sebanyak RMB 25 per orang. Bayaran akan dikenakan kepada pelancung bukan Islam sahaja. Berada di kawasan masjid seluas 6,000 m2 ini dengan berbagai bangunan tua dan antik dengan seni reka bentuk khas China, kita akan merasakan ketenangan dan mendamaikan di tengah hiruk pikuk transaksi bisnes di lorong-lorong di luar paga masjid. Ia merupakan masjid yang terbesar di China.

Selepas waktu melawat tamat, pintu utama akan ditutup. Anda masih boleh masuk untuk menunaikan solat maghrib melalui pintu kecil di bahagian tengah. Anda boleh bertanya kepada penduduk di sekitar kedai berhampiran jika anda  tidak menemui pintu tersebut.

Konsep masjid dan perniagaan ini sudah menjadi tradisi dan model pembangunan masjid yang diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW. Kita boleh melihar model masjid dan pembangunan ekonomi umat seperti di masjidil haram, masjid nabawi, masjid al Azhar dan masjid Husin di Mesir , masjid Baitul Rahman dan Masjid Baitul Rahim di Aceh, masjid-masjid di Turki dan banyak lagi.


Menurut  sumber , ada yang  menceritakan bahawa Masjid ini sudah berusia lebih dari 650 tahun, tetap ada yang menyatakan bahawa  masjid ini sudah berusia lebih dari 1250 tahun. Masjid ini juga termasuk dalam salah satu masjid terindah di Dunia. Ini kerana  rekabentuk bangunan di kawasan  masjid ini masih mengekalkan senibina bangunan terdahulunya iaitu tempat sembahyang umat Budha atau kuil.

Masjid ini ditemukan oleh Laksamana Cheng Ho, penjelajah China yang merupakan penganut Islam. Selama lebih dari satu milenium, Masjid Besar Xian telah menjadi sebahagian dari masyarakat Muslim China. Masjid ini memiliki seni reka bentuk seperti kuil tradisional China, dengan banyak halaman dan pagoda. Namun semakin ke dalam, akan semakin terasa nuansa islaminya, berupa hiasan kaligrafi Arab dan China. Komplek masjid ini juga mengarah ke Mekah, kiblat  bagi umat Muslim.


Masjid Besar Xi’an mempunyai lima halaman, yang semuanya menghadap ke ruangan ibadah di sebelah barat. Setiap halaman memiliki bangunan dan gerbang sendiri. Di bagian pertama, terdapat dua bangunan yang digunakan untuk menerima tamu. Di bagian kedua terdapat ruang pembersihan diri (mandi, wudhu dan sebagainya).
Halaman ketiga masjid ini, yaitu Qing Xiu Dian atau tempat meditasi, memiliki menara masjid tertinggi di kompleks ini. Tingginya mencapai 10 meter. 





Selain dari itu terdapat dua menara lainnya yang digunakan sebagai tempat instrospeksi yang disebut Xing Xin Ting dan tempat mengunjungi hati atau Sheng Xin Lou.

Di dua menara terakhir ini, meski namanya tempat introspeksi dan mengunjungi hati, pada hakikatnya kedua menara ini memiliki dua fungsi, yakni sebagai tempat untuk mengumandangkan adzan, dan juga  tempat melihat bulan. Menara ini direka dengan gaya tradisional China, dihiasi dengan seramik biru dan patung kepala naga. Di dalamnya, langit-langit menara diwarnai dengan lukisan bunga teratai.

Di bagian keempat, terdapat sebuah pavilion di tengah halaman yang disebut Feng Hua dan dua bangunan di kiri kanan yang dibangun pada masa Dinasti Qing. Pavilion dan 2 bangunan lain di bagian ini merupakan tempat murid-murid belajar.


Bagian terakhir adalah ruang berdoa atau masjidnya itu sendiri seluas 1270 meter persegi dengan interior perpaduan kaligrafi China dan Islam serta dinding yang didekorasi ukiran bertuliskan ayat-ayat suci Al Quran. 

Keindahan masjid tua yang merupakan kombinasi gaya tradisional Cina dan Arab melambangkan kerukunan umat Muslim yang minoriti di China dengan masyarakat Cina yang lain.

Hingga kini penduduk muslim di negeri tirai bambu semakin meningkat, Islam semakin berkembang pesat meskipun ditengah belantara penduduknya yang menganut paham komunis. Di negeri China inilah sejarah mencatat peradaban Islam yang tertua terlahir, setelah dataran Arab, dan kota Xian merupakan bukti sejarah yang telah menjadi pusat pemerintahan bagi banyak dinasti-dinasti Islam yang berpengaruh. Semoga Islam akan mencapai kejayaannya kembali dinegeri yang terkenal karena rakyatnya giat dan gigih sebagai pakar dalam perniagaan dunia ini.


Sabtu, 23 Mei 2015

MAKANAN HALAL DI CHINA

Agak sukar sebenarnya untuk mendapatkan makanan halal di China kerana umat Islam yang minoriti dan sangat sedikit. Namun , disekitar hotel kami ada beberapa restoran halal. Bahkan ada peniagapeniaga kaki lima yang menggunakan motorsikal dan gerai kecil yang meletakkan tanda “makanan Islam” atau tanda halal.

Bahkan hotel tempat kami menginap pun menyediakan makanan halal. Untuk meyakinkan pelanggan, ada ayat kursi besar yang diframekan diltak didinding dewan makan hotel. Ada pekerja lelaki yang berkopiah dikepalanya melayan kami tapi sama ada di tak faham bahasa komunikasi kami atau memang dia ditugaskan oleh majikannya untuk memakai kopiah kerana ada tetamu muslim datang menginap di Hotel mereka.




Harga makanan di restoran atau kedai makan jauh lebih murah berbanding di hotel. Jumlah makanannya juga lebih berbagai corak dan citarasanya. Kebanyakannya disediakan ala carte. Anda boleh memesan dengan menunjuk gambar hidangan yang di letak di dinding kedai. Pastinya anda tidak tau nama menu tersebut. Jika nampak berkenan dengan nafsu anda, silakan saja memesannya. Harganya sangat berpatutan kerana kuantiti hidangannya sangat banyak. Kebanyakannya kami tidak mampu menghabiskannya.

Nasib baik ada gambar untuk memudahkan pelanggan memilih menu kerana masalah komunikasi


 Sate Cina yang sedap berasal dari kawasan Timur - Xinjiang


MUSLIM STREET

DiKawasan old own di Kota Xi’an ini ,kita dapat menjumpai perkampungan Muslim yang sudah ada sejak sekitar 1400 tahun yang lalu. Kawasan ini juga dikenali sebagai ‘Muslim Quarter’ atau ‘Hui People’s Street, suatu kawasan yang majoriti penduduknya adalah masyarakat suku Hui yang beragama Islam.  


Bagi para pengunjung muslim yang berkunjung ke Cina memang tidak sah kalau tidak datang  bertamu ke kota Xian. Ini kerana di kota ini lah sejarah Islam dan umat Islam bermula. Anda  akan lebih santai bila berjalan kaki, selain dapat melihat-lihat bangunan lama yang masih berdiri, anda juga dapat membeli souvenir atau cenderamata yang menarik seperti barang antik, kaligrafi, lukisan, aneka busana dan berbagai lagi barangan yang ditawarkan di sini . Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. 






Tetapi anda disarankan untuk menawar harga serendah 50% untuk mendapatkan harga yang terbaik. Ada peniaga yang boleh berbahasa Inggeris asas untuk anda menawar harga. Jika mereka tidak mampu berbahasa Melayu atau Bahasa inggeris pun , anda masih boleh berseronok berbelanja dengan menggunakan  mesin kalkulator untuk menawar harga. Jika anda beu pernah melakukannya, cubalah...


SYURGA MAKANAN HALAL


Bila di negara lain pelancung biasanya sukar untuk mendapatkan makanan halal, tetapi di kota ini para pelancung dapat memilih menu makanan mengikut selera mereka kerana berbagai aneka makanan  yang dijual di sana terjamin halal. sebab itulah mengapa kota Xian juga  boleh disebut sebagai ‘Surga makanan Cina Halal’.

Dikawasan ini ada beratus-ratus kedai dan gerai menjual berbagai jenis  makanan yang unik dan eksotik.







Daging lembu dan kambing yang ditusuk dengan batang kayu, bila dibakar ia menghasilkan aroma yang sungguh sedap. Bila dimakan, lagilah sedap.


Selain makanan Cina ,di kota ini juga ada makanan ala timur tengah seperti Roti bulat berlubang-lubang . Kalau di Mekah, ia dimakan dengan kuah dal atau kari kambing.  Semua restoran di sini  hanya menyediakan minuman popular iaitu  teh hijau panas. Ramai orang Cina suka minum teh ini kerana percaya dengan khasiat dan kebaikannya.


MENIKMATI TANDAS GAYA CINA

Selepas kenyang menikmati juadah istimewa dan lazat, pastinya ada yang terdesak untuk 'membuang sampah'. Jika memang tidak boleh ditangguhkan hingga balik ke hotel, maka anda terpaksalah melaksanakan segera panggilan alam tersebut. 


Kebanyakan orang yang pernah mengunjungi negara China , pasti mempunyai kenangan yang tersendiri berkenaan dengan penggunaan tandas di China. Tandas awam di sini biasanya tiada paip air. Jadi anda kena bawa air sendiri. Tisu tandas juga jarang disediakan. Kadang-kadang sisa tisu yang telah digunakan dibuang di sudut tandas boleh menyebabkan tekak anda akan kembang dan terasa loya. Ada kawan-kawan yang membekalkan topeng muka untuk mengurangkan bau yang mengganggu emosi anda tetapi timbul pula cabaran lain...Ada tandas yang tidak berkunci dan ada yang pintunya hanya separuh sahaja. Anda boleh ber hai-hai dengan orang sebelah.

Tandas masjid juga tidak kalah sikon nya ( situasi dan kondisi ) nya. Bahkan kadang timbul keanihan pulak sebab ada ruang seperti tandas tapi didinding tertulis (  NO TOILET ). Rupa-rupanya ia memang bukan tandas, walaupun hanya untuk berkencing sekalipun! Ada kawan-kawan yang ditegur oleh jemaah tempatan dalam bahasa cina kerana kencing di ruangan tersebut, tapi tidak mampu untuk membalas dengan kata-kata . Oleh kerana keadaan terdesak, dan kami hanya itu yang mampu tersengih sahaja.

Semasa berbual-bual dengan imam masjid , ruangan tersebut hanya untuk mencuci sahaja. Maknanya , selepas anda membuang ‘sampah’ , anda boleh melakukan istinjak diruangan tersebut. Nampak macam pelik, tapi itulah hakikatnya di sini. Perlu dicatat, tidak semua masjid atau restoran tandasnya begitu, tapi rata-ratanya begitulah..

Selamat menikmati tandas gaya Cina dan jangan banyak merungut...Bersyukurlah.....
*Cukuplah cerita tentang tandas..Naik kembang tekak pulak rasanya..


Selasa, 12 Mei 2015

ISLAM MULA SAMPAI KE CHINA

Menurut cerita pemandu pelancung kami, penduduk Kota Xian sahaja berjumlah sekitar 7 juta orang. Kebanyakannya tidak menganut mana-mana agama. Mereka ni dianggap aethis atau zindik. Mereka jadi begitu kerana sistem pemerintahan komunis memang tidak membenarkan penduduknya beragama. Ramai pemimpin dan ulama’ Islam yang menentang penindasan dan kezaliman pemerintah satu ketika dulu mati dibunuh. Namun kebelakangan ini, penduduk yang sudah beragama seperti Islam,  mereka dibenarkan untuk meneruskan amalan ibadah mereka . Pemerintah semakin bersikap terbuka dan liberal bahkan pelancung-pelancung Islam digalakkan datang ke China.


            Hari ini Negara China mengakui lima agama selain atheisme, antara lain adalah Islam, Protestan, Katolik, Taoisme, dan Buddhisme. Menurut data resmi, China memiliki 22 juta Muslim, sebagian besar tertumpu di Xinjiang, Ningxia, Gansu, dan Qinghai. Sedangkan menurut data tidak resmi. populasi umat Islam di China berada pada tingkat tertinggi kedua setelah atheis, sekitar 65-100 juta Muslim atau sekitar 7.5 peratus dari populasi diKota Xian  sebelum berpindah ke Beijing sekarang bermaksud Kedamaian di Sebelah Barat . nama lamanya adalah Cháng'ān. Di zaman raja Iskandar Zulkarnain pula ia di kenali itu sebagai Negara Siamen




PERJALANAN KE XIAN





MEMILIH KOTA XI’AN

Kami memilih Kota Xian, ( baca : syi’an) kerana ia  adalah sebuah kota klasik yang menyimpan banyak cerita sejarah. Ia banyak merakamkan sejarah kisah suka duka perjalanan kehidupan rakyat dalam sebuah negara yang penuh dengan episod dan tragedi sejak ribuan tahun dahulu terutama berkaitan dengan perkembangan Islam di sini.

Kota Xi’an juga dikenali sebagai syurga makanan bagi umat muslim di China . Ia adalah  ibu kota bagi negeri Shaanxi di bagian barat laut China. Kota Xian merupakan  sebuah kota tua yang  eksotik dan kaya dengan sejarah. Kota yang didirikan pada sekitar 300 tahun sebelum masehi ini memiliki berbagai cerita dan peninggalan sejarah berdirinya bangsa China yang sangat menarik.

Ia salah satu kota tertua di China tempat pemerintahan Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong . Dan kota ini telah menjadi pusat pemerintahan bagi banyak dinasti-dinasti  yang paling berpengaruh. Di situ terdapat Masjid Khen Jang yang di bina oleh Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong atas arahan ayahandanya iaitu Maharaja Tai Zhong . Bandaraya Xi'an adalahbandaraya titik paling timur dari Silk Road atau Jalan Sutera. Xi'ansudah 3100 tahun memiliki sejarah hebat dan merupakan penempatan khas pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain. Bangsa Siam ketika itu adalah merupakan satu bangsa di negeri China yang menetap di kota ini. Dan kota ini dikenal sebagai ibu kota dari  4 Kota Purba China bagi Dinasti Tang, Dinasti Zhou, Qin, Han dan Sui yang mengguna ibukota Siam Lama ini sebagai ibunegara mereka.ibandingkan agama lainnya( dari Onislam.net )




PERJALANAN KE XIAN

Perjalanan ke Xian sekarang semakin mudah. Airasia menawarkan perjalanan dua kali setiap hari dengan Airasia X. Pesawat boeng 747 pastinya besar dan mampu menampung ramai penumpang . Gambaran mudahnya ia menempatkan 9 penumpang untuk satu baris ( ABC DEF GHI ) . Anda boleh memilih penerbangan petang iaitu pada jam 6.00 petang dan tiba di xian jam 11.30 malam. Perjalanan memakan masa lebih kurang 5 jam setengah. Penerbangan dengan Aiasia semua berpengkalan di KLIA2. Harap maklum.

Anda boleh membeli pakej lengkap atau beli tiket sendiri dan beli ground shj. Ikutlah bajet dan selera masing-masing.

sang suria sedang mengundur diri untuk ke benua sebelah