Selasa, 15 November 2011

Bengkel Turn On Your Intuition




Askm wrt wbt,

Saya ingin mengajak rakan-rakan dan semua pengunjung sekelian untuk menghadiri BENGKEL TURN ON YOUR INTUITION yang dikendalikan oleh seorang pakar dalam Terapi spiritual Aura Shifa Us Rachmat Setiawan.

Terapi ini diperkenalkan untuk membantu orang-orang yang terlibat dalam usaha membantu orang lain dengan satu pendekatan baru yang lebih santai, mesra dan yang penting ia adalah paduan antara teknik NLP ( barat ) dan Al Quran ( Islami ).

Anda yang menghadapi masalah kecelaruan spiritual, gangguan jiwa, makhluk halus dan sebagainya patut hadir kerana pendekatannya yang lebih mesra dan tidak menyakitkan pesakit.


Tempat sangat terhad dan cepat daftarkan diri anda. Diskaun akan diberikan kepada yang mendaftar 3 orang. Sijil akan diberikan kepada peserta bengkel.

Maklumat lanjut : 019 333 9871 - Us Zawawi

Selasa, 8 November 2011

Ini Baru Pisau Sembelihan

Tahun ini wak diminta oleh Panitia Masjid untuk membantu menyembelih lembu untuk Program Ibadah Korban.Tahun lalu wak diminta menyembelih dua ekor lembu tetapi pisau yang wak gunakan memerlukan tenaga dan kudrat untuk memastikan sembelihan berada dalam keadaan sempurna.

Wak teringat kepada pisau yang digunakan oleh guru wak tahun lalu..Wak ingat pisau dapur untuk kupas bawang sebab rupanya cuma biasa-biasa saja tetapi tajamnya luar biasa. Wak cuba tanyakan Paman Google dimana nak dapatkan pisau tersebut. Menurut maklumat yang diberikan pisau tu harganya sekitar Rm150-rm250 .Akhirnya Wak dapatkan satu pisau jenama VICTORINOX buatan SWISS. Ternyata hasilnya memuaskan.Ianya lebih ringan dan sangat tajam. selapas empat kali sembelihan, ianya masih belum perlu diasah lagi. Tetapi sayang, ia tidak didatangkan dengan sarungnya sekali.Takut disalah guna.Bahaya Pisau Telanjang!

Lembu Korban, Peniaga Jangan Korbankan Pengguna

Masih berkisah tentang Program Ibadah Korban. Oleh kerana permintaan lembu korban tahun ni semakin meningkat, harganya juga turut meningkat. Harga lembu melonjak ketahap yang tidak munasabah.Jika seekor lembu berharga Rm3500 dengan kadar daging 80kg bermakna harga sekilo ialah RM43.70. Mahalnya!

Namun bagi memenuhi tuntutan ibadah korban, pelaksanaannya adalah menurut kadar kemampuan masing-masing. dengan harga sekitar Rm2500 seekor ada lembu yang berat dagingnya hanya sekitar 35kg sahaja. Dalam usaha melaksanakan ibadah korban ini eloklah jika pihak peniaga tidak meletakkan harga yang keterlaluan kerana setiap orang ada peranan masing-masing dalam menjayakan pelaksanaan program Ibadah Korban.
Keberkatan rezeki yang kita perolehi adalah penting selain ianya halal.Justeru itu, janganlah mengikut hawa nafsu dan tamak haloba dengan mengaut keuntungan dunia yang sedikit ini dengan berlakunya unsur gharar ( tipudaya dan muslihat ) dalam urusan jual beli.


Ada yang membuat beberapa helah untuk meningkatkan kadar keuntungan mereka. Biasanya mereka memberikan lembu makanan yang kurang berkhasiat dan berzat selepas akad jual beli dilaksanakan. Kesannya berat lembut merosot dan kelihatan sangat tertekan.Mungkin kerana kurang makan atau diberi makanan yang kurang baik. Wallah A'lam.

Isnin, 7 November 2011

kemeriahan Aidil Adha, Ringkas tapi Signifikan

"Kenapa perlu korbankan haiwan untuk dipersembahkan kepada Tuhan? Ini seperti amalan agama kuno tinggalan nenek moyang kita dulu.". Ungkapan ini menarik untuk kita fahami dengan pencerahan ilmu yang benar dan bukan kepada tanggapan umum semata-mata.

Haiwan korban yang kita sembelih pada Hari Raya Aidil Adha dan Hari Tasyrik itu adalah sebagai satu amalan kepatuhan kita kepada perintah Allah seperti mana yang telah dilakukan oleh Nabi Ismail Alaihi Salam. Keyakinan dan ketaatan kepada perintah Allah ini merupakan satu tahap keimanan yang sangat tinggi bagi seorang hamba kepada Maha Pencipta iaitu Allah SWT.

Sembelihan haiwan korban bukanlah satu persembahan istimewa untuk dewa atau Tuhan seperti amalan agama-agama lain tetapi ia lebih kepada mengangkat syiar agama Islam yang sangat penting dan signifikan kepada semua umat Islam. Pada hari raya korban ini, para fakir miskin dapat merasai kasih sayang dikaya dan dermawan yang sedia memberikan sebahagian hartanya untuk dinikmati oleh saudara-saudaranya yang lain.

Tahun ini masjid diKariah saya seperti biasa menganjurkan Program Ibadah Korban. Tujuannya untuk menjadikan sambutan ibadah korban ini menjadi satu kemestian dan budaya murni yang mesti disemarakkan. Alhamdulillah saban tahun program ini mendapat sambutan dari seluruh warga kariah. Bagi yang mampu mereka akan mengorbankan seekor lembu dan bagi yang kurang berkemampuan akan berkongsi bahagian dengan rakan-rakan dan kaum keluarga untuk membeli haiwan korban.

Ternyata umat semakin ramai dan daging korban yang disediakan masih belum dapat menampung jumlah penduduk yang semakin pesat dan bertambah. Tahun ini hanya 12 kor lembu berjaya dikorbankan. Setiap bungkusan seberat 600gram diagihkan kepada 400 orang penduduk fakir miskin yang dipilih. Namun begitu kehadiran saudara-saudara seagama dari Bangladesh, Pakistan, India dan Kampuchea@Cambodia turut menambahkan lagi kemeriahan suasana. Kami tidak dapat memberikan agihan daging korban kerana jumlah yang terbatas tetapi kami menyediakan sup tulang yang sangat lazat untuk dinikmati oleh setiap pengunjung yang datang.

Namun begitu ketika mereka menadah tangan dan membuka mulut meminta agihan daging korban kami terpaksa katakan TIADA dengan berat hati dan ribuan kemaafan kerana jumlah yang terhad. Namun begitu kemeriah nsambutan tetap dapat dirasakan. Walaupun ia ringkas tapi tetap siignifikan.