Jumaat, 1 Mei 2009

Sehari Dalam Mesyuarat Yang Kabur

Semalam Wak menghadiri satu mesyuarat penting anjuran Kerajaan Negeri. Tujuan utama mesyuarat ialah untuk melantik jawatankuasa Menangani Gejala Sosial di Negeri Selangor.Banyak pihak yang diundang antaranya semua Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) ,Pejabat daerah, Agensi-agensi kerajaan, NGO-NGO dan individu tertentu.

Mesyuarat bermula awal iaitu pukul 8.30 pagi. Wak sampai terlewat 10 minit kerana menjangka biasanya mesyuarat bersama SUK bermula dengan sarapan pagi. Bila Wak sampai dewan msesyuarat dah hampir penuh.

Dr Haron Din sedang memberikan pengisian ilmu dengan membawakan kisah pembunuhan Qabil dan Habil dan menekankan betapa perlunya pengisian kerohanian sebagai teras jati diri dan kekuatan diri manusia.

Perbincangan diteruskan dan banyak berlegar sekitar permasalahan sosial yang berlaku di Selangor. Wakil dari PDRM membentangkan keadaan jenayah dan indeks keselamatan di Selangor. Nampaknya Selangor masih menjuarai lagi kes jenayah tertinggi di Malaysia.

Perbincangan semakin panas terutamanya isu yang melibatkan pihak PBT.Pengerusi mesyuarat YB Exco memberi notis amaran kepada pihak PBT dan Pejabat daerah yang tidak menghantar wakil dan sepatutnya YDP dan D.O sendiri yang sepatutnya hadir.

Perbincangan bertambah menarik kerana pengerusi tidak mengenali semua ahli mesyuarat yang ramai. Ketika ahli-ahli mesyuarat memberikan respon ada yang tidak memperkenalkan diri.Antaranya ialah Bro Kamal Efendi. Selepas selesai memberikan pandangan pengerusi bertanya kepadanya, tuan dari mana?

Bro kamal yang berpakaian kot dan bertie lengkap ( agak jarang sebenarnya dia berpakaian demikian) pun memperkenalkan dirinya." Saya ialah Kamal Affandi, satu-satunya Pengalisis Jenayah Muslim di Asia".

Wak tengok ramai ahli mesyuarat yang senyum-senyum dan ketawa kerana Bro Kamal kita ni memang selalu keluar TV dan dah macam selebriti.Tapi masih ada pemimpin negeri yang tidak mengenalinya. Maklumlah sebok dengan tugas dan tak sempat dan tengok TV dan baca surat khabar.


Wak masih kabur tentang perjalanan mesyuarat kerana tidak ada agenda yang jelas. sehingga mesyuarat berakhir, pembentukan jawatankuasa yang disebut-sebut itu tidak juga dibincangkan.

Wak agak keliru dan rasa rugi dengan masa yang terbuang tanpa hasil. Bahkan makan tengahari yang telah ditempah juga tidak sempat dimakan kerana mesyuarat berakhir pukul 11.00 pagi .

Sepanjang perjalanan balik, wak tertanya-tanya dalam hati , kalau begini caranya mereka mengurus negeri, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Wak doakan mereka akan sentiasa diberi petunjuk dan Hidayah Allah...dan Wak juga.

Wak Juragan - Wak ada dokumen sulit yang nak dikongsi tetapi masanya belum sesuai.